Pelik dengan sikap orang kita .. Kalau tak libatkan bangsa , tak sah ..Kalau tak libatkan politik tak sah ..
" Nasib baik dia tak menang .. Kalau menang , abis duit rakyat ! ".
Apa punya pemikiran gitu .. Dia abiskan masa remaja dia dengan berlatih. Masa dewasa dia dengan ke sana sini berlawan atas nama negara .. Menaikkan nama negara .. Hinggakan dia terpaksa lupakan MASA DENGAN KELUARGA semata mata negara.. Tapi kita pandang DUIT jugak ..
Bayangkan anak kita nanti .. Dia nak masuk sukan dan berjuang demi sekolah ataupun negeri .. Kita kata je kat dia ..
" Buat apa .. bukan dapat duit. Belajar jer . Nanti kerja , dapat duit .." .
Aku tak nampak dah DLCW nak sangat duit .. Apa yang dia ada skang ni dah lebih pon untuk dia makan. Tapi apa yang dia cuba nak buat ialah KASI RAKYAT MALAYSIA GEMBIRA setelah dok berperang dengan politik !
Cuba bayangkan kalau yang wakil Malaysia tu , bangsa aku lak iaitu Melayu .. Haaa , mesti ada pulak fitnah yang menarik dilemparkan pada dia .. Apa saja tak kena kan ? Bomoh la , rasuah la , kaki perempuan la .. Segalanya dah terbukti sejak dari dulu lagi ..
Jangan cetekkan pemikiran kita ..
Sapa yang lebih kecewa sebenarnya ?