“ Daddy tau daddy lagi cute dari Qhaliff kan ? Diorang mmg jeles ! Sebab tu diorang tak LIKE gambar daddy .. Diorang saja nak kasi daddy jeles .. kan kan ? "
“ Daddy.. pliss laaa okeh ! Ni zaman Qhaliff ! Zaman daddy dah berlalu , okeh ! “
“ Daddy tau daddy lagi cute dari Qhaliff kan ? Diorang mmg jeles ! Sebab tu diorang tak LIKE gambar daddy .. Diorang saja nak kasi daddy jeles .. kan kan ? "
“ Daddy.. pliss laaa okeh ! Ni zaman Qhaliff ! Zaman daddy dah berlalu , okeh ! “
Gambar asal ..
Setelah dizoom kan ..
Di zoom kan lagiiii …
Tu diaaa aihhhh .. Hahahaha .. Sahih , boring !! Haahah … adoi anak aku nehhh .. Wat malu daddy je laaa ..
Berkat berkawin dengan ore Kelate dan dah biasa dengan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung yang biasa mengambil masa 8-10 jam ( paling awal ) dan ada yang hingga ke 16 jam dalam perjalanan sbb ikut jalan jauh untuk jalan jalan cari makan , perjalanan ke Sedenak Johor yang mengambil masa 4 jam , tidak terasa langsung ..
Tipulah tak penat , kan ? Penat tetap ada tapi yang paling tak tahan ada pedih mata yang menyebabkan mengantuk yang teramat sangat.. Kena berenti untuk rehatkan mata .. Namun , 4 jam tu tak terasa ..
Bayangkan .. Ke Kelantan , jarak perjalanan adalah 487km dan ke Sedenak , Johor cuma 290 kmj . Jadi , tak hairanlah aku sekeluarga boleh pergi balik dalam masa sehari jer… Kira tak perlu tidur la kat mana mana .. G sana , beraya pastu balik Putrajaya balik .. Hehe.. Keja giler ? Hehe .. biasa dah buat .. huhu ..
Bukan la riak atau nak berlagak tapi itulah kelebihan mereka yang dah biasa memandu berjam jam lamanya. Takde apa nak dihairankan seperti ada kawan yang hairan camana kitorang leh buat gitu ..
Dulu , aku mmg hairan gak .. Tapi sekarang , tak dah .. Sebab dah tauu .. Alhamdulillah , pengalaman sememangnya mengajar kita pelbagai kenikmatan hidup yang kita tak sangkakan langsung ..
Aktiviti hari ini di Sedenak , Johor .. di rumah Mat Gebu aka www.tiffinbiru.com
Best apa kawin dengan orang jauh .. memang la akan berperang tapi tetap ada kelebihan .. hehe .
Walaupun aku dh mkn byk , aku tetap berhenti di hentian RnR Pagoh , Johor .. Cantik dan selesa RnR ni hingga Qhaliff leh baring atas meja .. Melampau sungguh kan ?
Makanan pun mmg nampak menarik dan sedap .. Ni kat bahagian SUMMER ..
Ramai la pulak blogger berkumpul hari ni sempena Aidilfitri. Dan seperti biasa , Mat Gebu menjadi tuan rumah ..
Hidangan , alhamdulillah ... Lazat wehh .. Aku sendiri balun 4 kali laksa Johor .. Kenapa byk ? Mat kata dia tambah ikan kurau masin .. Tu diaaa .. mmg feveret aku woo ..
Aku nak senaraikan blogger yg hadir tp risau ada yg tercicir .. Jadi , pandang pandang je la yerr .. hehe ..
Terima kasih Mat Gebu dan rakan rakan blogger yg lain .. Er , majoriti dari Johor .. Hehe ..
Semalam aku layan youtube .. Ingatkan nak layan movie free .. Tapi entah camana , tangan aku ni terklik mengenai MICHEAL JACKSON yang mana terdapat teori bahawa dia dibunuh oleh pertubahan syaitan itu ..
Dalam video tu , banyaak kali dia cuba memberi amaran mengenai pertubuhan ini yang mana mereka mengawal industri muzik dan menyebarkan ajaran mereka melalui muzik , filem ( termasuk kartun ! ) dan juga politik ! Huihh .. Terkejut dan tak percaya ? Hehe …
Pelbagai cara mereka buat untuk jatuhkan Micheal Jackson seperti mengaitkan dengan kes kes rogol kanak kanak , dadah serta masalah peribadi .. Mengapa ? G tengok video tu sendiri ..
Dalam muzik yang kita dengar dan tonton , kita tak sedar kita dipengaruhi oleh mereka ini .. Sapa mereka ini .. Korang boleh google ‘ APA ITU ILLUMINATI’ dan membacanya. Ini bukan karangan budak sekolah untuk menakut-nakutkan kita .. Baca juga mengenai Dajal .. Aku malas nak tulis lebih lebih . Nanti ada yang kata aku fanatik dan mengarut ..
Sapa lagi penyanyi yang terlibat ? Ramai wehh .. Ramai .. Boleh dikenali dengan simbol simbol yang mereka guna dan lirik lagu yang kita tak perasan ,, Antaranya ,Rihanna .. Dan yang pastinya Lady Gaga.. Ramai lagi .. Korang tgk di Youtube , dengan dan tonton dengan akal ..
Aku mengarut ? Mungkin.. Tapi ada logiknya bila kita fikir dan kaitkan dengan agama … Erk ? Apa kaitannya ? Google dan baca sendiri .. Jangan lupa layan juga youtube lagu lagu yang dibackwardkan
Mengarutkah aku ? Bukankah kita semakin mengarut dengan menyukai muzik yang entah apa apa di zaman ni ..
Kenyataan dari President Amerika pon ada wooo .. Cari yang dibackwardkan ..
Mengarutkah aku dengan entri ini ? Mungkin la kot .. Kalau tak tau pasal Illmunati dan ajaran sesat ni , mungkin la ..
Cer cari dan google pasal ni .. Aku lama dah tau cuma malas nak tulis jer .. Cerita pasal baby je kan ? Hehehe ..
Dah pandai dia sekarang ni .. Ajak bergurau .. ajak bermain .. Cuma lom reti nak ‘ajak’ lagi .. Kalau reti , mau gak daddy tengah tidur kena gegar dengan dia ..
Cuba laaa kalau beranii !!
Qhaliff !! Bangunnn .. Merdekaaaaaa !! Merdekaaaa !! Hehehe… Tidur dah diaa …
Teruja ! Teruja bila ada nampak orang yang sering jadi perbualan dalam dunia maya mahupun realiti , menjelma depan skrin kita ! Haaa .. Apa jadi ? Gugup seketika ! Bukan sebab taksub tapi macam tak percaya .. Maklumlah , ada berjuta pengguna internet setiap hari di Malaysia , tiba-tiba dia perasan akan kehadiran kita ..
Walaupun ada yang ‘berlagak artis’ atau pilih kasih , bagi aku tu lumrah.. Kita nak kata lebih lebih pon , kita tak tau apa hal sebenarnya kan ? Kang mengata lebih , dosa pada kita .. Terima seadanya.. Kita bina empayar kita sendiri ..
Dan alhamdulillah , aku berada di satu tapak yang aku inginkan dan aku tak nak la riak mahupun angkuh. Tolonglah , ini cuma satu dunia sementara jer .. Mana yang boleh kita jadikan kawan dan sahabat , kita terima dengan hati terbuka.. Mana yang nak jadikan lawan , kita jangan layan..
Dan kawan blogger ini meluahkan perasaannya dalam entri terbaru dia.. Aku terharu dan teringat kembali saat saat aku mula berblog dulu.. Begitulah perasaan aku ..
Terima kasih buat blogger , Shakina.. Selamat datang ke dunia blog .. http://lotsoflove90.blogspot.com/
Macam tau tau dah malam ni nak keluar g Alamanda .. Menjerit dah ! Bila aku bawak dia keluar duk depan pintu , dia diam .. Amboii .. Aku masuk balik , dia nangis .. Aikkk … Ni punca dari dok merayau masa mengandung dulukah ?
Adehh … Kaki berjalan la pulak bila dah besar ni .. Dulu masa kecik , suka duk umah .. Jangan nanti dah besar , ajak p perhimpunan merdeka , dah laa .. Daddy tak larat dah masa tu.. hahaha ..
Baru-baru ni , ada aku pergi tengok rumah aku yang sedang diubahsuai tu .Bahagian dapur dah 50% siap. Bahagian-bahagian lain pun dah lebih kurang 50% . Tunggu nak pasang tiles dan juga kitchen cabinet utk bahagian dapur. Seronok rasa ..
Part tiles ni yang aku pening. Warna apa yang sesuai . Tiles yang camana yang sesuai ? Dan menariknya , aku suka amik tau camana mereka mengukur dan memasangnya .. Maklumlah , masa sekolah dulu , aku kerap ponteng masa kelas matematik.. hehe ..
Nasib baik ada MML .. Dengan sedikit tips dari mereka , aku tau jugak la pasal tiles ni .. Nak aku kongsi bersama korang ke ? Haaa .. Tapi tips ni dalam Bahasa Inggeris. Kalau aku alihbahasakan , takut lari maksud sebenarnya. Maklumlah , sekolah tak tinggi mana pon .Sempat belajar menaip komputer jer.. Tak sempat cikgu ajar nak hack komputer , cikgu dah lari ke oversea. Dengar jadi hackers besar kat sana .. Hahaha .. Ok , mengarut dah tu..
Sambung eh.. Sebelum tu , ada aku buat tips ringkas. Bolehlah g tengok kat sana dulu sebelum sambung baca kat SINI ..
Sedikit tips dari MML berkenaan tiles ni yang ada kaitan dengan ubahsuai di rumah baru aku tu .. Kalau ditengokkan dlm gambar kat atas tu , tu dah kira masuk fasa kedua tips dari MML iaitu PERSEDIAAN DI LOKASI UBAHSUAI.
Ada dua point yang utama untuk fasa ini ..
Gambar 1 : Screeding pada bahagian lantai sebelum memasang tiles
Gambar 2 : Rendering pada bahagian dinding
Tips tips yang dikongsikan oleh MML mmg sangat berguna pada aku. Aku nak terangkan kat sini , susah .. Takut salah penyampaian. Jadi ajaran sesat lak nanti . Sebaiknya biarlah pakar saja yang melakukan mengenainya. Kang kalau aku copy paste direct tips dari mereka , ada yang tak suka lak kan ? Jadi kalau nak tau mengenai tips tips atau dapatkan khidmat pakar kaunseling mengenai tiles ni , boleh hubungi MML sendiri..
Apa pun , MML banyak membantu aku untuk memilih tiles yang sesuai untuk rumah aku . Terima kasih MML !
Dah nak masuk 5 bulan dan masuk bulan ke 3 aku jadi Mr.Mama .. Terus terang , aku bukanlah sebaik mereka yang bergelar ibu. Apa yang aku boleh buat cumalah menjaga Qhaliff .. Mandikan dia , tukar lampin , bagi susu dan melepak dengan dia .. Tu kalau dia tak sakit .. Kalau sakit , lain pulak woo cabaran dia ..
Ternyata benar kata mereka yang berpengalaman .. Semakin besar , semakin berubah perangai dia .. Namun jika kita dah jaga dari kecil , pasti tau camana nak kawal..
Kalau dah sebesar Qhaliff ni , confirm dah nak bermain . Dia akan capai apa saja yang boleh di nak capai . Pastikan tiada benda merbahaya berhampiran dengan dia seperti kabel charger, kain kain yang tebal .. Risau la kan ? Bagi je kain nipis seperti sapu tangan untuk dia main .. Handphone ? Dah pandai nak capai wehh .. dah pandaii !! Abis laa ..
Tapi kan , buat bapa bapa cam aku ni kan .. Nak kasi tidur baby ni , mudah jer .. Bila dia bangun tidur , tukar lampin dia .. Pastu layan dia jap.. Baby ni tak lama mana pon leh bergurau senda.. maklumlah , tenaga banyak mana sangat kan ?
Pastu kasi susu .. Haaa .. Jangan lupa sendawakan dia .. Tengok mata dia masa hisap susu tu.. Kalau dah layu je tu , ada harapan untuk tidur .. Kalau masih segar ? Kasi dia main dengan permainan dia .. Dia takkan kacau kita punya .. Dia akan main dalam 30-45 minit .. Sempat la nak buat apa apa pun .. Pastu confirm dia boring .. Masa ni kita layan balik dia .. Dalam 15-20 minit.. Ajak berbual atau layan Chess .. Confirm dia boring ..
Bagi susu sekali lagi .. Confirm .. Zzzzzz.. Lenaaa .. Yelah , kenyang dan penat .. heehhe ..
Teror dah aku kan ?
Ni diorang jer.. Aku ? Ehem ..
Lena diulit intan jer .. Hehehe ..
Dan senantiasa disayangi .. kan kan ?
Semakin hari semakin nak ajak berborak dia .. Tapi pagi hari , dia nak tidur dulu ..kang sedar ,baru borak ngan bapak dia ..
Esok , kami nak g beraya umah Mat Gebu .Pastu , Sabtu lak nak g Kuantan. Nak g umah Puan Nina Juliana lak .. Ikutkan , nak gi umah Kak Ummi Zaihadi tp dah kak Ummi bizi , takde rezeki nak makan cheese cake dia .. hehe .. Lama dah nak g umah dia ..
Pastu Ahad , nak daftar masuk UMP .. Daddy nak sambung blajar ke ? Abis tu Qhaliff ?? Nak je citer eh ? Bila sampai masa ..
Lalala... Nak tidur jap ..
Daddy tau Qhaliff mampu menariknya ! Berusaha dan teruskan berusaha !!
Cara mudah nak dapatkan duit ialah merampasnya dari orang lain. Walaupun kita kata mudah tapi pekerjaan berani mati ini sebenarnya sukar dan mereka yang takde hati saja berani melakukannya.
Mengapa ? Mereka ada satu juta alasan namun kesemua alasan itu boleh menghalalkan perbuatan keji mereka ini .
Jadi mengapa mereka melakukannya juga ? Seperti aku kata tadi , mereka tiada akal dan berhati kering dan inginkan dengan kadar segera .
Pengajaran buat kita , elakkan dari tayang harta kita di tempat umum ..