Alhamdulillah .. bertemu muka jugak dgn blogger Teratak Bonda ni atau Puan Nina Juliana di Kuantan ni .. Dah 2 blogger Kuantan aku terhutang budi.. Sorang lagi kak Ummi Zaihadi.. Dulu dia uruskan percutian kami ke Pulau Tioman dan Qhaliff ' tercipta' kat situ la .. menurut tarikh doktor laaa .. hehehe.. Kuasa Allah..
Kami sekeluarga dilayan baik oleh Puan Nina sekeluarga .. Terima kasih . Dari makan hingga ke homestay , dia uruskan hehe ..
Menariknya , disebabkan aku kalut serta terlalu penat (alasan?) , sedang aku undurkan kereta utk keluar dr rumah Puan Nina , tayar kereta termasuk ke dlm longkang kecil di depan rumah dia !!
Tepuk dahi aku bila tgk tayar kereta dah dlm longkang. Nasib baik kecil je longkang tu. Nasib baik suami Puan Nina ada .. Dia nak tolong sama angkat kereta tu keluar dr kereta ..
Aku kata tak per.. aku angkat bhgn tayar kanan tu , dia tekan minyak .. Nasib baik g gym .. Hahaha... Sekali tekan , kereta berjaya diselamatkan ..
Huhu .. aku rasa aku dah penat sangat kot .. Yelah , mana ada rehat.. Bila duduk diam , aku tgk blog dan cari info menarik .. atau jaga Qhaliff .. Time tidur je la dan solat je la rehat .. huhu..
Tak kisah laa .. segalanya pengalaman menarik kat sini .. Sekali lagi , terima kasih pada Puan Nina , suaminya dan anak anaknya yg comel kerana sudi jemput aku sekeluarga ke rumahnya ..
Er ..masih malu dgn kejadian tu .. hahaha ..