Tengahari td dia batai tdo dari kul 1 hingga 4 lebih .. Apakah dia simpan tenaganya utk berjaga lagi malam ini ?
Published with Blogger-droid v2.0.8
Tengahari td dia batai tdo dari kul 1 hingga 4 lebih .. Apakah dia simpan tenaganya utk berjaga lagi malam ini ?
Aku gemar download drama drama bersiri yang berbaloi untuk didownloadkan seperti Walking Dead , Grimm , Falling Skies , 24 dan banyak lagi .. Yelah , rumah dah takde ASTRO , jadi manfaatkanlah UNIFI yang ada tu .. hehe ..
Dan terbaru , aku baru layan semalam drama bersiri REVOLUTION yang confirm episodnya bakal berjela jela ..
Best ke ? Aku tak tau la bagi korang .. Bagi aku , idea diorang ni mmg aku senantiasa terfikir .. Apakah akan jadi pada dunia jika tiada bekalan elektrik ? Kalau takde telefon , kita dah mengelabah .. Takde komputer , dah jadi beban nak buat kerja .. Tapi kalau TIBA TIBA takde letrik ? Semua benda tak leh pakai .. Haaa .. camana tu ? TIBA TIBA yer .. Bukan hidup dalam zaman purba .. hehehe .
Inilah yang nak ditunjukkan dalam drama ni .. Yang pastinya , segalanya kembali seperti dahulu kala .. Aku baru layan episod pengenalan .. Dan mmg tak sabar nak tunggu episod selanjutnya ..
Ops .. Tak penting pon cerita cerita begini . Kalau sekadar nak abiskan masa terluang tu , ok je layan .. Layan utk cari idea baru update blog .. hehe ..
Puncanya kenapa boleh kehilangan tenaga elektrik inilah yang menjadi persoalan drama ini .. Dan seperti biasa , KUASA adalah agenda utama .. huhu ..
Nak download Revolution ? G kat teamhanna.org .. hehe ..
“Seorang bayi lelaki yang baru 17 hari dilahirkan maut selepas tersedak susu yang dipercayai diberi ibunya sendiri di kediaman mereka di Desa Indah Relau, Sungai Nibong di sini semalam.
Bayi berkenaan, Ng Kian Weng disahkan mati di rumah itu selepas selepas diberi minum susu pada pukul 6 pagi .Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar forensik mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan tersedak susu di saluran pernafasan.”– Kosmo
Hurmm … tersedak susu.. Antara kecuaian ibu bapa atau penjaga menjaga bayi kecil . Walaupun ada ibu atau bapa yg dah ada anak ramai , jangan sesekali memandang remeh bila bab menyusukan anak ni ..
Tak kira si isteri atau suami , ilmu mengenai menyusukan bayi perlu ada dan senantiasa dititikberatkan sewaktu menyusukan anak kecil tu .. Jangan pandang enteng wooo .. Aku sendiri pun takut hingga sekarang ..
Dalam intenet atau di kedai kedai buku pun ada jual buku mengenai teknik penyusuan ni. Google dan dalami ilmu mengenainya . Tak kira dah kawin atau belum , kena ambik tau gak .. Mana tau berlaku depan mata kita bila ada bayi tersedak susu , kita tau apa yang kita kena buat .. Tindakan pantas akan menyelamatkan satu nyawa ..
Kelmarin sewaktu disuntik , nurse bagitau mungkin Qhaliff akan demam 2-3 hari .. Setelah 2 hari , yang nak demam ialah aku ngan mak dia ! Aku dah start batuk batuk kering gitu .. Wife dah sakit tekak .. Selsema pon iyer .. Qhaliff ? Tenang dan mendamaikan seperti takde apa apa berlaku ..
Tadi pagi , aku pergi ke Kementerian Pelancongan. Rumah terbuka di bahagian lama aku bekerja dulu .. Kul 10 pagi sampai.. Makannya kul 12 .. awal la pulak ..Tak pe la , ziarah kawan kawan . Ada ramai staff baru gak .. Syukur aku dah ‘bersara’ ..
Qhaliff , seperti biasa .. automatik muka dia berubah macam muka aku ! Serius dan tak nak senyum langsung .. Aku main cak cak pun dia wat dek ! Amboiii budak ni.. Pandai benar berlakon ehh ..
Dalam kul 11 lebih , aku balik rumah sbb Qhaliff dah mengantuk .. Dia bangun awal .. Dia kalau dah mengantuk , mmg tiada maaf bagimu .. Dia menjerit serupa dalam bilik karaoke dia buat haa ..
Kat rumah , automatik dia senyum , ketawa , dan menyanyi gitu !! Grrrr …. Sihat benar budak ni aihh ..
Tak pe la.. mak bapak sakit , tak pe .. janji anak sihat …
Kenapa mesti kena pakai corset dari Premium Beautiful ?
Kalau anda berada di salah satu situasi diatas maka anda mmg patut memakai Premium Beautiful Corset ini.
Nak tau lanjut mengenai ciri produk dan kebaikan-kebaikan yang ade jom lawat www.farizamunir.com
Baru-baru ni aku ada hadiri satu majlis perasmian kempen yang dianjurkan oleh PETRONAS iaitu PETRONAS RAYA ,MERDEKA DAN MALAYSIA DAY .. Satu majlis yang simple tapi sangat mendalam maksudnya ..
Majlis yang simple tu dibuat di Galeri Petronas , KLCC dan dihadiri oleh media dan juga beberapa blogger.
Majlis diserikan lagi dengan Dato Mohammad Medan Abdullah , PETRONAS’ Senior General Manager of Group Corporate Affairs Division . Beliau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kempen yang dianjurkan oleh Petronas ini .
Kemudian , seperti yg kita tau .. Pertronas dan video perayaannya mmg senantiasa kreatif ! Kali ni aku sendiri nak tengok apakah kelainan yang nak ditonjolkan oleh Petronas ..
Kemudian , perasmian kempen I ART YOU MALAYSIA sempena sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 56 .
Pameran I ART YOU MALAYSIA yang dianjurkan oleh Petronas ini mengumpulkan sekitar 200 orang murid sekolah untuk mengambarkan dalam bentuk lukisan apa saja yang menimbulkan perasaan cinta mereka terhadap tanah air kita .
Antara lukisan yang dipamerkan ..
Majlis selesai sekitar 11 pagi dan seperti biasa ada buah tangan untuk tetamu yang hadir . Satu majlis yang menarik dengah hasil yang menakjubkan .
Tunggu apa lagi ? Jom kita kunjungi pameran ini di Galeri Petronas , KLCC ..
Disebalik tabir pembikinan .. Klik SINI
Tak nikah tapi ada anak ? Maknanya belum pernah nikah la kan ? Heheh .. Tak pe .. Tu jawab sama ALLAH nanti .. Kita jangan persoalkan dan menjatuhkan hukuman . Isu aku kali ni bukan pasal tu tapi yang dah nikah tapi lom ada anak ..
Dah cuba tradisional ? Tak jalan ? Makan akar kayu itu ini ? Dah jugak .. Jumpa pakar ? Takde masa atau risau kos rawatan mahal ? Atau .. biar je la ? Takde rezeki lagi ? Atau malu nak g jumpa doktor ?
Bila diajukan soalan pada mereka yang belum ada anak ni , pasti mereka segan dan geram. Yup , aku pernah lalui itu . Tapi kita jangan sekadar kata takde rezeki tanpa usaha . Usaha lak , buat satu dua jenis .. Selagi terdaya , selagi tu kena usaha .. Jangan sesekali kata takde masa nak g berubat atau sibuk dengan kerja .. Menyesal nanti .
Masa bergerak .. Masa tak nantikan kita .. Kejar selagi termampu .. Segalanya boleh diusahakan jika kita nak .. Jangan putus asa pada Allah . Berdoalah .. Kalau dah buat macam macam dan tak larat , tak pe la.. tu baru namanya , takde rezeki .. Rezeki sebelah lain .. Bahagian yang kita tak nampak ..
Hehehe .. Tensen tul wife ngan snowcap aku ni .. Nasib baik Qhaliff pakai .. Kalau tak , mmg aku tak dpt pakai punya .. huhu ..
Ok pe ? Kacak bergaya je kita pakai kan , Qhaliff .? Ibu jeles sbb dia tak leh pakai .. Nak pakai cap Siti Nurhaliza punya , nampak cam ..hurm ... Tak leh tulis ..nanti kontroversi .. hehe ..
Jap lagi kita g beraya eh .. Kat mana ? Tungguuu ..
Mula mula , segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang .. Makan malam di Fish Manhattan , Alamanda ..
Bergambar .. Bergurau senda .. Bertepuk tampak .. Bersepak terajang .. Dan macam macam lagi la bentuk gurau senda yang aku dan Qhaliff buat hinggalah dia mula boring dan ibunya menyusukannya .. Dan , dia terlelap ..
Selesai makan .. Aku bayar dh.. Harga memang menakjubkan tapi aku berpuashati sbb sedap dan kenyang sangat .. Aku amik Qhaliff yang sedang lena untuk diletakkan dalam baby carrier yang aku pakai ..
Perghhhh .. Bergemaaaa satu restoran tuuu dengan suara Qhaliff ! hahahah .. Segan siutt .. Macam kena dera je Qhaliff jerit ! Aku terus bawak dia keluar dengan cepat .. Sampai kat luar , mata dia dh celik dan dia pandang aku lalu , senyum !
Haaihh … Anak anak … Aku dodoikan dia dan ..
Dia terlena sekali lagi .. Hingga sampai ke rumah ..
Aku cuba nak capai maggie asam laksa tetapi Qhaliff tak nk lepaskan ibu jari tangan aku .. Grrr .. Terliur tgk maggie tuuu .. huhu ..