Teringat lagi seorang kawan aku yang terpaksa memasukkan bayi ke hospital gara gara doktor doktor tak bertauliah . Akhirnya bayinya ditahan selama 2 minggu .. Alhamdulillah , bayi dia ok ..
Apa maksud aku ? Maksudnya mudah jer .. Bila bayi kita tu tak sihat , bawa je terus ke hospital atau klinik .. Tak kisah la kerajaan ataupun swasta . Nak lagi jimat , g kerajaan dulu . Atau kalau banyak duit , g je swasta ..
Semalam , ada aku baca blog Dr.Hamid Arshat mengenai ubatan untuk kanak-kanak dan bayi .. Ada beberapa kes yang membuka mata aku dan aku rasa ramai pandang rendah mengenainya ..
Aku amik satu contoh ek ..
“ Seorang bayi perempuan telah dibawa kelinik kerana diserang ruam lampin. Doktor menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroidtiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.
Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu tersebut yakin dengankrim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat. Dia telah cuba merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan. Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek mukanya semakin bulat jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang sebayadengannya.
Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal kulit padabahagian lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Si ibu mula berasa bimbang lalu membawa anaknya kelinik semula. Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroid yang berlanjutan sehingga membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity.
Anak ini telah dimasukkan kewad untuk mendapatkan rawatanyang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan yangkeadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain.
Kes ini menunjukkan bagaimana penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh menimbulkan masalah.”
Boleh baca kes kes lain di blog beliau .. Klik SINI
Seperkara yang kita patut tahu ialah , kanak -kanak tetap berbeza walaupun menghidap penyakit yang sama. Ciri -ciri peribadi , personaliti ibu bapa , keadaan di rumah dan caragaya keibubapaan adalah berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak -kanak yang lain. Doktor perlulah menyesuaikan pendekatan yang digunakan untuk merawat setiap kanak -kanak itu. Apabila merawat seseorang kanak -kanak , doktor perlulah menggunakan kecekapannya berkomunikasi dengan ibu bapanya. Seringkali , pihak ibu bapa salah faham tentang bentuk rawatan yang disarankan oleh doktor.
Dalam erti kata lain JANGAN MEMANDAI MANDAI !