Terdengar tadi di Buletin TV3 dan aku terus cari isu berkaitan di blog yang terlibat .. Hehehe .. Dasat .. Artikalnya dah ditarik semula kerana mendapat banyak ugutan bunuh dan kecaman ..
Isunya sebenarnya berkaitan PM kita tapi cara penyampaiannya tu yang betul . Dan buat memanaskan lagi ialah tajuknya ..
“ Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak “
Tajuk artikal mmg memainkan peranan penting seperti entri yang aku buat petang tadi ( Mana satu yang betul ? ) ni .. Tajuk lain , isi kandungan lain .. Sapa tak hangin kan ?
Aku bukan pro mana mana parti tapi bila melibatkan perkauman , aku cukup anti la .. Konsep aku mudah saja bila bab bangsa ni .. Aku hormat cara dia , dan dia hormat cara aku ..
Kalau nak buat artikal melibatkan kaum , aku rasa kajian menyeluruh perlu dibuat . Kalau nak libatkan politik , kena bijak skit bila menulis dan tulis tajuk tu haaa , kena la betul dan tepat ..
Sewaktu aku masuk blog up tulis artikal tu pun aku geleng kepala bila tengok ada sekeping banner kat situ haa .. Adoiiyaii .. Tak tau nak kata apa la ..
Buat sahabat sahabat pembaca dari Sabah , anggap je penulis tu tak matang lagi .. Tak guna nak marah orang macam ni .. Tak berbaloi ..