Sebenarnya aku tak minat SAMSUNG sbb nama dia hampir sama dengan nama kawan aku yang rampas awek aku masa tadika dulu .. SAMSUL .. Haaa .. cinta pertama okeh ! Muka dia cam Julia Rais woooo .. Tu tanpa hingus kat hidung dia waktu tu laaa ..
Aku beli telefon ni kat kedai berhampiran kedai abang ipar aku di Menara Condong , Teluk Intan .. petang tadi ..
Haaaa .. Inilah kedai dia .. Kalau korang minat tudung dan kebetulan ada kat kompleks beli belah berdepan Menara Condong tu , leh la bagitau kat abang ipar aku tu korang kawan aku .. heehe .. Dapat la diskaun skit .. Jadi laa kan .. hehehe .. Kira kata KAWAN BEN ASHAARI .. Haaa.. sambil doa doa dalam hati laa .. mana la tau kot kot rezeki dapat murah skit kan .. hehe .. Leh pakai wat menikah ..
Berbalik pada telefon bimbit canggih aku tu. Dikatakan dia punya ciri ciri IPHONE 5 padahal hp Samsung ni , keluar terlebih dahulu dari IPHONE 5 ! Apakah Apple akan sama lagi Samsung kerana meniru ciri ciri IPHONE 5 lak ?? Sama sama kita nantikan .. hehe ..
Telefon bimbit yang aku beli dengan harga RM55 ( terima kasih la pada abang ipar aku kerana dia tunjuk muka je terus dapat murah ! ) ni mmg berbaloi untuk digunakan ketika bergaduh dengan awek .. Sila rujuk entri Tips untuk mengelakkan bergaduh sewaktu bercinta .. ni untuk meniru cara aku tanpa di saman beratus jutaa dollar ..
Telefon ni aku beli untuk jawab call dan balas sms jer .. Hehehe .. Kira kalau hilang pun , tak nyesal gak laa .. No tel dalam tu pun , takde la nak kisah sangat .. Yang penting , no wife je pun .. No orang tua , confirm la hafal kan .. Hehe .. Kawan kawan ? Alaa .. FB kan adaaaa … Lagi pun , kawan kawan , setahun sekali je baru msg .. tu pun sbb nak send ucapan hari raya yang berantai tu haa ..