Terbaca di SinarHarian Online mengenai NETBOOK 1Malaysia .. Abisss kena kritik ! Kesian PM kita .. bersungguh nak naikkan nama parti , tapi dimusnahkan kejap jer dek ada pihal yang tamak haloba !
Takkan satu kebetulan lak kan ? Kalau satu dua buah tu , ok lagi .. Menurut akhbar online tersebut berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah Temerloh terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.
Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.
Tak perlu tuding jari pada pihak kerajaan . Biarkan mereka menjalankan siasatan . Harapnya mereka akan lebih berhati hati selepas ini kerana apa yang berlaku nanti , maruah mereka yang tercalar ..
Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki. Sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.
“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini ( 17hb Sept ) baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.
Serius tensen bila menda menda teknologi ni wat hal !