Nak makan mana malam ni ? Tergaru garu kepala .. Mana eh ? Mana eh ? Kebetulan dari kedai elektrik di Bangi dan plan nak menuju ke Cheras.
Lalu depan satu restoran yang mana sebelah siangnya pasti menjadi kegemaran aku kerana terdapat pelbagai jenis juadah untuk dimakan bila dibayar ..
Perantau Hill .. Restoran ni mmg selesa giler. Siap dapat anugerah kedai harga patut .. Dan ramai gak yang singgah malam ni termasuk aku dan keluarga aku ..
Lapar sangat .. Aku order keow teow kungfu dan wife nasi goreng ikan masin .. Dan satu burger special .. Hehe .. Lapar benar tu eh ..
Layanan ok .. Mesra gitu .Takde masalah dengan mereka . Sayangnya .. inilah yang buat spoil ! Wife mmg tak nak makan sini sbb dia kata dh tak sedap .. Tapi aku degil nak lepak makan sini ..
Keow teow kungfu dia … mmg lain dari kebiasaannya. Setau aku la kan , dibalut dengan telur.. Tu yang biasa aku makan laa.. Tak tau la kot sini lain dia punya kungfu .. Sedap ? Terlalu biasa .. untuk kenyang , boleh laa.. Untuk order lagi , tak mungkin laa..
Aku rasa nasi goreng ikan masin .. Aku yang ada darah tinggi ni , nak gak try .. hehe .. Hurm… mmg masin la.. Tapi ok la berbanding keow teow kungfu aku tu ..
Burger ? Hehehe .. Terlalu biasa laa .. Kira aku pun leh buat kat rumah .. Haa .. Tiada keistimewaan gitu ..
Dan air ? Teh o .. opkos laa rasa teh .. hehehe .. Dan benarlah kata wife , masakan sini biasa jer .. Kira ni last la aku makan malam sini. Kalau nak minum minum atau pekena ABC , ok la kot ..
Harga .. murah gak la ..