Hehe .. Bila dengar je ZALORA , pasti dalam kepala yang muncul adalah komen komen negatif kan ? Hehehe .. Aku pun begitu gak .. Event pagi tadi yang dianjurkan oleh MBE dan ZALORA di Alamanda mmg membuat aku tak sabar nak bertemu muka dengan wakil dari ZALORA ..
Kenapa lak ? Hehehe.. Aku nak tanya pelbagai soalan pada mereka sebelum aku nak update mengenai mereka dalam blog.. Hehehe .. Syiok wooo ..
Lunch di Black Canyon menjadi saksi segala Q and A aku .. Soalan pertama aku pada mereka , apa pendapat mereka mengenai komen komen negatif yang terdapat di forum internet atau di Facebook ?
Jawapan yang mereka bagi sangatlah memuaskan hati aku .. Mereka akui segala kelemahan yang ada dan mereka berusaha memperbaikinya termasuk mengupgrade sistem yang sedia ada kepada yang lebih terkini agar segala pembelian secara online berjalan dengan sempurna.
Seperkara lagi , kebanyakkan pelanggan tidak membaca Q and A yang terdapat di laman web mereka untuk mereka fahami apa yang harus mereka lakukan sekiranya terdapat masalah .
Memang betul pon kata mereka . Tak dinafikan kita jarang nak baca semua tu . Yang kita tau , beli je terus . Bila jadi masalah , baru nak pening kepala .
Aku bukan nak sebelahkan mana mana pihak . Mereka pun baru lagi dalam dunia online ni ( 5 bulan ) dan masa diperlukan untuk menjadikan mereka ‘sempurna’ sebaik mungkin .. Tu pun kalau korang nak beli barang di internet dengan harga patut .. hehe .. Tak nak , jangan paksa diri ..
Sebarang pertanyaan , korang boleh rujuk terus dengan bahagian customer service yang ada di Facebook dan juga Twitter .. hehehe ..
Tunggu la kot kot ada invitation dari ZALORA sendiri untuk ke pejabat mereka bagi menyaksikan sendiri perjalanan perniagaan online mereka .. Aku dah suggestkan pada mereka ..
Makan tengahari tu berakhir dengan baik sekali dan aku sambung makan kat rumah lak .. lalalala ..