Haaaa .. kan dah pacak pacak rambut tuuu .. Sapa lagi hensem ? Ok .. aku tau dah .. terima kasih kerana sudi pilih aku .. Laalalalaa…
Haaaa .. kan dah pacak pacak rambut tuuu .. Sapa lagi hensem ? Ok .. aku tau dah .. terima kasih kerana sudi pilih aku .. Laalalalaa…
Tercari cari teks ucapan Bajet 2013 atau nak tonton secara langsung Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ? Jangan risau .. meh sini aku bagi … tapi sebelum tu , pada sesiapa yang nak hardcopy, sila ke Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya , jam 5.30 petang.
Teks ucapan bajet 2013 ini akan keluar pada jam 6 petang ini ( 28/9/2012 ). Klik SINI untuk ke mendownloadnya . Dan untuk tonton secara langsung , klik SINI ..
Selamat membaca dan menonton . Jangan kritik lebih lebih .. Hehehe ..
Selepas berjaya menidurkan Qhaliff di lewat malam , aku pon layan ICE AGE 4 jap .. Memang lawak la citer tu .. huhu .. Berbaloi download.. hehe ..
Pastu aku terasa sesuatu kat peha aku .. Tu diaaaa.. Qhaliff dah memasuki ruang tidur aku ! Amboiiii.. Semakin jauh dari mak dia .. Dan aku semakin sempit ! Agaknya, perangai sapa laaa dia ni ikut eh ?
Tak sedar apa dia tidur ! Ngantuk sangat la tu .. Sebelum nak kasi dia tidur tu , aku kasi dia main puas puas. Bila pandang kat mata dia , nampak kat kelopak mata dia semakin mengecil .. hehehe .. Ada hati nak lawan ngantuk tuuuu ..
Aku angkat , bagi kat mak dia .. SELAMAT JALAN ROMEO !! Dan lenaaaa … dah lenaaa … mak dia lenaaa .. aku je tak lena !!! Huwaaaaa…
Semalam aku ada kata dalam entri aku yang bertajuk Hikmah Bertudung , rezeki Shila Amzah di China yang mana aku tak kisah langsung pasal kemenangan dia tu haaa.. Al maklumlah , aku jarang amik tau hal artis Malaysia ni haa.. Artis dunia lagi la tak amik tau. Dalam erti kata lain , tak amik laa semua .. eheheh ..
Tapi kaaaannn .. semalam kaaaannnn .. Aku tak leh tidur kaaannn.. aku kaaannnn .. Layan youtube koooo .. Haaaa… Bukak bukak je , yang sedang trending ialah video nyanyian Shila Amzah di Shanghai, China tu haa ..
Ok , aku pun bukak dah layan .. Mula mula dia nyanyi lagu omputeh , Grenade and Set Fire To The Rain .. Huh ! Berdiri bulu roma aku tengah tengah malam tuu .. Terpesona aku jap dengan suara dia. Bukan aku sorang je ok ! Juri pengadilan pertandingan tu siap berdiri menyanyi lagi ! Perghhhh .. Kalau kat Malaysia , juri pandai kritik jer .. Mencari salah lebih tapi bila lagu best , tak de pulak berdiri menari sekali !! Kalau ada pun , boleh kira laaa …
Ok , tolak tepi soal tu haa .. Kemudian aku tonton yang dia menyanyi lagu mandarin ( Forever Love dan Zheng Fu ) ! Bapak sedap siutt !! Sememangnya dia layak mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang sangat giler sporting !!! Diorang turut sama menyanyi dengan Shila .. Perghhh !
Paling penting , cara dia menyanyi .. Memang hidup weh ! Tarak sombong punya dengan penonton ! Maka tak hairanlah dia disanjung dan mula dapat perhatian oleh mereka di sana ..
Dengan ini , terus terang aku kata .. aku bagi tabik spring la kat dia .. Tahniah Shila ! Anda mmg layak menang .. Kalau tak layak , aku pun tak buat entri ni .. hehehe ..
Atas permintaan.. Rujuk entri Sebelum dan selepas ubahsuai dapur ..
Ramai yang tanya sapa yang buat renovation rumah aku tu. Aku sebenarnya malas nak rekemenkan sebab nanti jadi apa apa , aku yang bertanggungjawab .. Haa , tapi memandangkan dah ramai yang bertanya .. maka aku jawab je la …
Sebelum tu , peringatan aku berikan yer .. Segala urusan atas kebijaksanaan korang sendiri. Maksud aku ialah korang kena berbincang dulu dengan kontraktor kemudian buat survey sendiri. Kalau nak lagi jimat bila buat ubahsuai tu , barang barang seperti kipas , lampu , aircond , sinki dan apa jua yang korang nak tukar , beli sendiri ! Tang guna tenaga kerja dan juga kerja kerja besar tu je biar mereka buat .. Ok ? Tu sekadar pandangan aku jer la. Nak suruh diorang pon , terpulang la .. Jangan kata aku tak bagi nasihat dah la yer ..
Seperkara lagi kena tau .. Bila perjanjian dibuat , tempoh masa kerja belum tentu siap pada masanya atau mungkin lebih awal .. Macam rumah aku , ada berlaku kelewatan gak disebabkan seperti pekerja cuti ( raya ) dan masalah masalah diluar kawalan .. Itu tak leh nak kata apa la kan .. Yang penting siap dan tiada sangat penambahan kos. Bergantung atas budi bicara. Tak guna nak marah marah ..
Ok , faham tak ni ? Kerja kerja yang dilakukan kat rumah aku tu terus terang aku kata , memuaskan hati .. Nak kata sempurna 100% tu , aku tak kata gitu laa.. Kena masuk duduk , baru tau . Tapi dari apa yang aku nampak dan wife , puashati ..
Bagi mereka yang nak tau sapa yang buat , boleh hubungi
013 6746 4024 – SAIFUL ( kitchen cabinet )
013 375 6815 – IJAN ( kontraktor )
Psst .. bagitau korang baca dari blog BEN ASHAARI .. mana tau kot dapat diskaun kan ? Hehehe ..
Mengikut susunan .. Kebanyakan antara kita cuai menjaga bayi . Bukan tak sayang baby kita tapi kepala dok semak dengan benda lain .. Tu satu kesilapan ..
Patutnya , utamakan dahulu keselamatan baby sebelum melakukan kerja kerja yang lain .. Contoh cam aku ni kan.. Saja nak tengok apa Qhaliff nak buat .. Dulu dia tak mampu nak angkat kepala dan badan dia .. Skang ni , tengok la sendiri.. Perghh … Bayangkan kalau aku naik atas dan mandi ..
Biar rugi masa sedikit dari rugi masa banyak kat hospital !
Mak dah kbhai .. Anak dok bebel sorang sorang .. Daddy , cam biasa .. Nganga tengok anak sambil bertweet ..
Tidurlahhhh wahaiii ... Permaiiisuriiiii... Malam jumaat ni Qhalifff oiiii .. kang , kangg ... Haaaa... Datang Sarjit Singh kangg ..
Menendang-nendang skang yer.. Kalau aku nak hidung dia disebabkan selsema tu , berkali gak la kena tendangan tanpa bayang dari dia .. Terasa berat gak tendangan dia .. Hahahaha ..
Kalau kita duduk dekat dia .. mmg kaki kita jadi mainan dia .. dok menendang nendang .. Takkan nak jadi pemain bola kot ? Toksah laa.. Main suka suka ok la.. Nak join negara punya team , kena tengok tahun tu punya persatuan camana .. Kalau dok kroni gitu gitu gak , baik main chess je la Qhaliff oiii ..
Negara kita ni , baru nak maju dalam satu satu bidang tu , confirm spoil sbb ada yang giler kuasa .. Pastu , hancurrr terus .. Apa cerita ?
Suka suka bersukan ok la .. nak serius , hurmmm …
Berkejar aku balik rumah dari Alamanda semata mata nak bagi sokongan pada drama tempatan terutamanya bergenre hantu syaitan ni sbb aku suka baca kata kata tauladan di penghujung drama tersebut..
Ok… Sempat .. Sediakan pop corn dan bantal untuk tutup muka .. Tadaaaa .. Jam 10 malam di malam Jumaat ! Masa dan hari yang amat sesuai la untuk takut takutkan rakyat Malaysia dengan cerita cerita hantu .. Gulp ..
Dah mula dah .. Wahhh.. Fauziah Ghous berlakun.. Peeewitt.. Ilang dah rasa takut bila tengok muka cun dia walaupun aku rasa dia mekap seseram mana pun aku tau dia tetap cun .. hehe ..
Babak demi babak .. Bantal aku dah letak kat kepala . Terbaring enak gitu sambil mata tertumpu kat tv yang penuh dengan iklan ..
Waahh .. hantu diaa .. Aku rasa hantu dalam game lagi evil laaa .. Bukan nak kutuk , tapi tu yang aku nampak depan mata aku tadi.. Betuiii .. tak tipuu ..
Episod 1 yang dah boleh dibaca .. Walaupun ada yang kata nak tiru Nang Nak , tapi aku rasa tak .. Ini idea ori wehhh .. Nampak kan aku sokong drama tempatan yang bergenre hantu ni .. Kang kata aku tak sokong lak ..
Tamat dah episod 1 .. Nak download , rasanya tak perlulah .. Episod ke 2 minggu depan . Aku rasa aku tunggu je la episod terakhir .. Penat nak follow tiap minggu sbb dah macam leh jangka jer. Takat nak seram , aku duk belakang rumah aku pun dah macam dalam drama WALKING DEAD… Seraaammmmmmm …
Nak susuuuu .. nak susuuuuu … nak susuuuu ..
Muka kesian duk tunggu susu dipanaskan .. hehehe .. Sian dia kan ? Daddy jadi kelam kabut .. Tak sanggup tengok muka 10 sen dia tu haa .. huhu..
Bila dah dapat ?
Tinggalkan daddy sorang sorang eh ? Tak pe tak pee .. daddy leh layan blog dan twitter .. Nanti bangun kita g jogging eh .. hehehe ..