Aku malas nak tulis pasal ni sebenarnya tapi bila tengok ada rakan yang tulis di blognya menceritakan pendapatannya dari iklan yang aku rasa sepatutnya dia mampu dapat lebih dari tu, membuatkan aku nak berkongsi apa yang aku tau ..
Orang kata tak banyak pun , sedikit pun jadi la kan ? Tak kisah la papan iklan apa korang nak taruk dalam blog korang tu , letaklah .. Banyak ke sedikit ke yang mereka tawar tu , terpulang pada korang . Bayar ke tak bayar ke , kena bijak jugak la .. Dah tau tak bayar , buang la kan ? Dalam sebulan dah cashout , takde berita .. Tukar pada yang lain..
Itulah yang aku buat dulu .. Dalam tempoh setahun dua , sebagai ekperimen .. Mana yang bayar , aku kekalkan .. Pastu bayarannya pulak berbaloi dengan titik peluh aku . Yang kencing , maaf laa .. Aku buang terus dari dalam blog aku ..
Bagi yang baru buat blog , korang nak up $$ melalui iklan korang tu , aku bagi satu tips paling mudah iaitu perhatikan masa iklan di blog korang tu .. Biasanya iklan kat blog korang tu keluar pada waktu yang mengarut iaitu tengah malam , awal pagi dan jarang benar la keluar time ramai pembaca .. hehehe .
Jadi apa yang korang kena buat ialah , post entri terbaru pada waktu itu seterusnya promote entri tu di FB mahupun Twitter .. Kalau rajin nak blogwalking pon , lagi bagus .. hehehe ..
TRAFIK ada , IKLAN pon ada .. baru $$ bergerak.. Apa guna post entri di waktu iklan takde kan ? Biarpun beribu orang masuk , tapi kat papan iklan tu , kosong .. Hehehe ..
Sedikit perkongsian dari aku . Sekurangnya perlu ada strategi update blog .. Kalau menulis kerana suka-suka , sila abaikan entri ni ..
Maaf jika ada kekurangan pada infomasi ini .