Hurmm .. Nasib baik dia muntah waktu aku duk pegang dia .. Banyak lak tu .. Kalau dok tidur atau baring , mau jadi kes naya kat aku .. huhu ..
Puncanya ? Aku rasa sbb susu banyak sangat kot aku bagi .. Hurm.. Silap aku tuu .. Tapi bila bagi sikit , dia punya meraung macam aku dera dia jer ! Tapi boleh je pujuk sebenarnya.. Hurmm ..
Apakah muntah susu dikalangan bayi ni bahaya ? Atau punya penyakit ? Aku google mendapatkan jawapannya .. Dari web ALAMHAMIL , ada info mengenainya ..
“ Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Apa yang menyebabkan muntah?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'.
Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.”
Selanjutnya boleh baca kat SINI .
Walaupun aku dah sendawakan dia , tapi itu tak mencukupi sebenarnya.. Apa yang perlu aku buat ialah ikut sukatan bila bagi susu kat Qhaliff ! Biar je dia nangis dari aku yang menangis !