Memandangkan jenayah terlalu mengarut sudah dlm negara kita, aku ingat nak beli je pisau n letak dlm kereta .. Cari gak pump gun atau AK49 tp tak de .. hehe ..
Amacam ? Perlu tak beli pisau ?
Published with Blogger-droid v2.0.9
Memandangkan jenayah terlalu mengarut sudah dlm negara kita, aku ingat nak beli je pisau n letak dlm kereta .. Cari gak pump gun atau AK49 tp tak de .. hehe ..
Amacam ? Perlu tak beli pisau ?
Kuat benar aku makan daging kat Kelantan ni .. Sup daging , daging masak kunyit , daging masak kicap dan macam macam lagi resepi .. Kalau dulu la kan , seketul daging je aku makan , pasti terus sakit kepala berdenyut denyut ..
Alhamdulillah skang ni walaupun sesekali kena sakit kepala dan tekanan naik berbanding dulu setiap minggu aku pasti kena gara gara tekanan kerja ..
Macam macam ubat tradisional aku cuba tapi kebanyakkannya adalah daunan dan skang ni aku amalkan dua jenis je iaitu kulit kayu manis dan daun misai kucing ..
Dan skang ni , selamba je aku makan daging .. Bukan seketul dua tapi banyak wooo .. Alhamdulillah .. Aku rasa punca utama adalah tekanan kerja dan skang ni aku dah buat kerja sendiri , maka tekanan tu berkurangan 80% ! Hehehe .. I loikeee … Terima kasih juga pada wife dan keluarga kerana memahami .. hehe ..
Lega giler .. Walaupun setau aku penyakit darah tinggi ni takkan hilang , tapi sekurang-kurangnya terkawal gak la .. hehe ..
Bukan kartun tapi apa saja yang menarik perhatiannya , dia layan .. Kat rumah Tok Ma dia ni , tv asyik di rangkaian Oasis je .. Lain cenel , mmg pasti kena tanya kat Tok Ma .. hehe ..
Nanti besar , tak nak galak dia tgk tv sangat .. Macam mak dia dulu laa .. Memang kena ‘gari’ jer dari tgk tv berbanding ayah dia .. ahaha .. Ayah dia tak dapat tgk tv , mmg memberontak .. tapi kesannya ? Hhehehe ..
Namun dari segi kreativiti , ayah lagi kreatif berbanding ibunya sbb ayah byk tgk tv ! Haaaa .. hahaa. Jangan Qhaliff guna alasan ni dah ler ..
Begitulah nasib bas sekolah yang telah menyara keluarga aku selama ini .. Bersaiz bas mini dengan usia dah pun menjangkau 25 tahun tetapi senantiasa g inspection PUPASKOM dan lulus tetapi mak aku bagitau permitnya tak dapat disambung kerana usia bas tersebut !
Aik ? Ari tu dalam bajet 2013 ada bagitau yang bas sekolah takde yang dilupuskan tetapi ni apa ceritanya ?
“ Kerajaan mengambil berat akan keselamatan anak-anak yang menaiki bas ke sekolah dan pemandu-pemandu bas berikutan kualiti segelintir bas sekolah yang kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan pengusaha bas sekolah tidak dapat menampung beban kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan sebahagian besar bas yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.
Untuk itu, Kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi pertamanya, pemberian rebat tunai 10 ribu ringgit dan subsidi kadar faedah 2 peratus ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru yang berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk. Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN ditawarkan untuk tempoh permohonan 2 tahun bermula 1 Januari 2013. “
Kena beli bas baru ? Atau terpaksa bersara selamanya ? Nak beli bas baru , perlu buat pinjaman.Bas sekolah lak bukan harga kacil second hand ! Bukan tak boleh buat pinjaman tapi bila buat gitu bermakna yuran bulanan terpaksa dinaikkan dan ini akan membebankan pengguna . Kalau tak buat gitu , camana nak hidup kan ?
Kalau fikirkan soal keselamatan pelajar , ada banyak bas sekolah terutama di KL ni .. Yang ada permit dan tak de permit.. Yang selesa dan kurang selesa. Segalanya kena bayar ! Yang kebanyakkan orang kita nak, selesa tapi murah ! Perghhh …
Seperkara lagi , semakin banyak bas sekolah tanpa permit muncul. Bila laporan dibuat kepada JPJ, yang jadi sasaran adalah bas sekolah yang ada permit ni ! Yang takde permit ni asyik dok terlepas.
Disebabkan arahan lupusnya bas sekolah pertama milik orang tua aku ni , mereka akan hentikan bisnis mereka ini dan ini bermakna 3 sudah pengusaha bas sekolah berbangsa melayu tutup kedai ! Tahniah !
Bukalah mata .. Yang jadi pengusaha bas sekolah ni bukan dari golongan profesional atau yang punya pendidikan tinggi.
Akhir kata la kan … PI MAI PI MAI TANG TU GAK ! Yang makin kaya , semakin kaya ..
Ada sorang rakan di Twitter bertanya kat aku samada aku pernah lakukan seperti dalam gambar di atas ..
Opkoss ler pernah .. Lebih lebih lagi bila dia tak nak tidur dan asyik nak suruh aku dukung dan kebetulan lak , ada idea masuk dalam kepala aku .. Jadi , inilah skill yang aku akan buat .. Hahah ..
Skang ni belum dapat kaki orang kata .. Tunggu bila dah reti nak berjalan , haaa .. Masa tu , siap laaa.. kot kot laptop gantung kat leher haaa ..
Nampak mudah kerja dari rumah .. tapi cabarannya tetap ada dan mmg mencabar ! Hehe.. Emosi pon kena jaga wooo ..
Berpusing pusing dah skang ! Dan pantang tersentuh tikar tu haa.. Jari dah terus macam wolverine ! Mencakar cakar .. Kaki ? Jangan citer ler.. Dan pandai mengeletiss !! Bersantai betul skang anak teruna aku nehh ..
Tapi camana pon kan .. Kalau jalan mana mana , dia takkan tidur selagi aku tak dukung dan dodoikan dia .. Maksud aku bila g mall ke … Dia takkan nak tidur walaupun mengantuk . Bila aku dukung , terus lena diaaa ..
Dah biasa kan ? Bagus laa… nanti dengar cakap ayah dia bila dah besar.. Tamo degil degil ..
Seorang wanita di Jerman ingat dia obes … tapi rupa-rupanya tidak ! Dia menghidap ketumbuhan yang semakin membesar hingga tak mampu boleh berjalan dan akhirnya terpaksa menjalani pembedahan selama 7 jam lamanya !
Doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita tersebut yang telah pun berusia 60 tahun.
Berat wanta tu dah berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan tersebut ..
Waduh.. seharian hari ni Qhaliff berjalan . Berak pun atas jalan ! Hahaha .. Tak kisah laaa , janji kuar dari peram kan ? Hehehe .. Lama gak tunggu Qhaliff nak keluarkannya .. Lawak gak muka dia masa meneran tu .. Haha.. Nasib baik baby.. Bayangkan kalau aku yang meneran .. Adus.. Pasti macam abe RAIN tu kan ?
Dari pagi berjalan hingga ke malam . Malam g abang ipar kat Jerteh .Kemudian ke Tok Bali untuk menikmati ikan bakar. Sayangnya banyak restoran tutup .. Jadi , dapat makan biasa biasa je la. Syukur , alhamdulillah .. sedap gak laa..
Dalam perjalanan tu , Qhaliff wat perangai pelik ! Wife dah kecut perut. Maklum laaa , malam .. Pastu tempat baru lak tu .. hehehe .. Aku wat biasa je sbb aku tau , ni mmg time Qhaliff mood ceria sbb dia nak nyenyak ! Hehe ..
Balik .. Qhaliff tidur dalam kereta setelah puas menjerit , menyanyi dan bermain seorang diri termasuk mengetuk kepala aku .. Dan wife lega gak laa sbb dah lewat malam dan masih atas kereta .. huhu .. Laluan lak ,gelap gelita gitu .. hehe ..
Alhamdulillah .. sampai rumah Qhaliff kembali ceria dan aku bernasib baik sbb aku ‘off duty ‘ ! Hahahaha .. Lariii naik atasss ..
Seperti biasa .. Bila aku balik ke Kelantan dan aku update dalam blog lalu ada la yang berbunyi begini ..
“ Alaa , abang Ben .. Nape tak buat gathering ? “
Atau paling best ..
“ Jemputlah ke rumah .. “
Hehehe .. Peramah sungguh noooo .. hehe .. Tak kisah la.. Beramah mesra orang kata ..
Dan seperti yang aku dan kawan aku rancang , nak ajak blogger serta rakan maya yang lain bertemu muka kat KB Mall .. Saat yang dinanti , tiba .. dan yang hadir adalah rakan blogger lelaki saja . Hehehe.. Manakala Ustad Jiji terpaksa balik kerana dapat panggilan kecemasan sewaktu dah tiba di KB Mall .. Tak mengapalah ..
Terima kasih pada bro Erad Fadli , Syazwan dan Wan Zul kerana sudi berjumpa untuk merapatkan lagi silatuhrahhim .. Terharu aku gak sbb sudi turun mai jumpa untuk berbual gitu ..
Bergambar bersama bro Wan Zul dan Syazwan .. Hehehe.. Sebenarnya , aku lagi suka sikit yang datang sbb senang nak berbual dari ramai yang datang tapi wat hal masing masing .
Dengan bro Eraz tak sempat bergambar. Apa pun , hari ni aku dapat pelbagai maklumat dari mereka yang berlainan bidang dan pengalaman hidup .. hehe .. Thanks bro !
Tadi g jumpa blogger .. pastu g ziarah umah adik beradik .. Puas makan daging .. Patut meriah raya sini .. hihi..
Kalau tanya aku , jika ultabook Toshiba kesayangan aku ni rosak , apakah akan aku lakukan ? Nak beli laptop baru kah ? Hehe..
Sejak aku gunakan ultrabook , laptop tiada lagi dalam kamus hidup aku. Kenapa ? Yang paling penting adalah keringanannyan .. Hehe.. Tamo berat berat dahh .. Soal harga , kena simpan duit untuk dapatkan dan aku rasa skang ni pon ada gak ultrabook yang mampu milik seperti Lenovo ..
Dan terbaru , Ultrabook hibrid VAIO Duo 11 ni menarik minat aku ! Aku dah tengok di youtube spesifikasi serta rekabentuknya dan paling menarik ialah skrinnya yang bertindak seperti tablet tanpa perlu diceraikan ! Hehehe .. Sebab tu dipanggil hibrid … Dua dalam satu ..
Dengan menggunakan os Window 8 yang terkini , Ultrabook hibrid VAIO Duo 11 ini berharga sekitar RM4K saja .. Dengan senipis 17.75 mm dan seberat 1.3 kilogram , pastinya amat senang nak dibawa ke mana mana termasuk guna dalam kereta tanpa terbeban dengan keberatannya.
Rasanya , aku dah jatuh cinta dengan senipis 17.75 mm dan seberat 1.3 kilogram ni… Murah tuuu .. Dan mmg aku idam menda gini .. huhu .. Terbaik dari Sony !
Boleh gitu ? Apa punya turrrr daaa … Haaaihh … Bayi 5 bulan pon nak didera ! Tensen sangatkah jaga bayi ? Kalau tensen , toksah jaga .. Letak jawatan terus …
Sememangnya menjaga bayi ni perlu kekuatan mental . Nampak mudah terutama bila dia nak bermain ngan kita tetapi kita lak ada hal nak diuruskan . Bila nak main , bayi ni suka didukung .. Bila letak , nangis .. Time ni mmg boleh tekanan perasaan . Jadi sebaiknya , kena bersedia dari segi mental dan fizikal ..
Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang ini disedari oleh ibu bayi berkenaan ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.
Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.
Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.
Ibu bayi malang itu ada bertanya pada pengasuh tersebut dan dia bagi jawapan kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.
Hurm.. nasihat buat para ibu bapa .. Setiap kali amik anak , sila check anak anda .. Bukan tak percaya , tapi waspada ..
Seronok aihhh bila si isteri tolong carikkan sorang lagi isteri untuk kasi lengkapkan kuota .. Hahahha .. Ke takut suami cari sendiri ni ? Sebelum dia cari sendiri , baik offer dulu eh ? Hehehe..
Tak kisah la apa pon mereka punya alasan tapi yang pastinya takde pun payung emas untuk mereka ! Er , mana tau ? Main petik je ke aku ni ?
Rujukan pertama .. Sila klik petikan dari kuliah Ustad Azhar Idrus (SINI) dan keduanya , dari blog USTAZNAIM .. Boleh klik dan baca sendiri la keterangan yang ada di blog ustaznaim tu yer .. hehe ..
Apa pun , tahniah la buat mereka kerana cuba bahagiakan suami mereka ..Kalau aku ? Aku ? Aku ??? Aku ?????? Aku diberi peluang gitu ?? Aku … tiba tiba keyboard rosak.. Biarlah hati aku jer yang tahu .. Hahahaha ..
Sumber gambar : Hmetro
Segala tugas tugasan , aku serah kat wife .. hehee .. Kasi peluang kat Qhaliff bermanja manjaan dengan mummy pokonya .. Haaa , nanti anak manja terlebih ngan daddy , mummy poko jeles .. kan kan ?
Namun begitu , mana laa sampai hati seorang ayah nak biarkan anaknya begitu kan ? Haaa.. Walaupun hari cuti , tanggungjawab sebagai seorang ayah tetap dijalankan. Begitu juga tanggungjawab kita sebagai seorang hamba ALLAH .. Kena buat gak walaupun hari cuti ! Nak rehat , kat kubur nanti .. hehe ..Tu pun kalau dapat rehat .. hehe ..
Tetap jugaklah bertugas di awal pagi namun ada jugak wife kasi can macam pagi tadi .. hehe .. Serius , aku sangat sangat letih dan sangat mengantuk ! Barulah dapat tidur dengan secukupnya pagi tadi … Terasa nikmatnya serta segarnya !
Terus terang la yer .. Aku tak leh berpisah ngan Qhaliff dah walaupun untuk sejam .. hehe .. Terus rindu giler !!! hahaha .. Rindu giler nak dia cakar muka aku pastu senyum .. hahaa..
Tak cuti pun tak pe la dik oiii .. Daddy relaa kooo ..
Bila tengok barisan pelakon , aku terus tak jadi nak tidur apatah lagi ianya cerekarama khas sempena AidilAdha .. Sediakan tisu ! Confirm dah kan ? Mesti main air mata punya ..
Fahrin Ahmad, Eja , Lisdawati , Zarina Zainuddin.. Haa.. Semua otai otai berlakon .. dan diarah oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Raja Ahmad Alauddin .
Sediakan teh o kopi. Perut pon dah diisi dengan daging masak kicap serta nasi briyani 2 pinggan .. Jadi , kita tonton dengan hati yang gembira disamping twit mentwit …
Start … bla bla bla .. Ok … cun .. jalan citer best .. Fahrin Ahmad berlakon dengan cool .. Lisdawati pon begitu.. selamba.. Eja .. Ok , seperti yang dah dijangka ..
Ok .. seperti biasa , dah leh jangka dah ni .. Apa akan jadi .. Walaupun pengarah macam nak kasi tukar sikit jalan ceritanya agar penonton tak leh nak baca apa akan jadi nanti tapi , serius .. bila dah jadi gitu , aku terus hilang mood nak tonton .. Hambar abis ceritanya .. Penghayatan pelakon semakin takde bila dah masuk tengah tengah ..
Tisu yang aku pegang tu , aku kasi kat Qhaliff walaupun dia dah tidur ! Pergh.. Nyesal aku abiskan 2 jam aku dengan tonton drama ni ..
Jalan cerita ada tapi penghayatan takde .. Maaf la yer .. ni pendapat aku je .. Kalau korang rasa best , maka best la .. Nasib baik tak main kat panggung ..
Ke aku tak reti nak hayati ?