Sebenarnya aku tak kisah sangat kehilangan ultrabook dan kamera tu .. Tapi yang aku kisahkan tu adalah kandungannya . Hurm.. Kalau takat gambar bogel aku , takde sapa nak tengok aihh .. Sebenarnya lebih pada dokumentasi dokumentasi dan juga backup files .. Hurm..
Tapi tak mengapalah .. Redha..Bila mengenangkan orang lain yang lebih dasat dugaannya , aku terima dengan hati terbuka. Andai inilah dugaan aku dariNYA , aku redha ..
Sekurangnya-kurangnya , aku sekeluarga sampai rumah dengan selamat .. Tu paling penting berbanding ada yang mengalami kemalangan di tengah jalan raya .. Kereta problem .. dan sebagainya.. Aku takat hilang laptop dan kamera. Esok lusa ada rezeki lebih , leh sambar Sony hibrid tu .. hehe ..
Buat rakan rakan, jutaan terima kasih atas doa kalian . Semoga Allah berkati hidup anda sekeluarga .. Sian kat wife .. huhu .. Tak pasal pasal .. Dan Qhaliff .. huhu.. tengok je daddy dia berang dalam kereta tadi. Nasib baik cepat cepat istighfar.. Cepat tu tak la cepat sangat.. tapi sedar diri gak la.. Nak marah pon tak guna.. menda dah berlaku..
Dan buat PDRM GUA MUSANG , terima kasih kerana bersusah payah g mencari kat RnR tadi .. Tak pe la.. takde rezeki aku ..