Daddy asik dok teringat beg tu jer.. huhu .. Putus cinta pon tk gini ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Daddy asik dok teringat beg tu jer.. huhu .. Putus cinta pon tk gini ..
Daddy asik dok teringat beg tu jer.. huhu .. Putus cinta pon tk gini ..
Ngeri aku tengok gambar ni haa .. Hahahah .. Ada ke dia nak potong sendiri ? Weehh , tok mudim pon tak berani aih nak kerat dia punya .. Hahahha .. Ke teringin nak berubah jantina ?
Budak budak ni , banyak benar keinginan dia terutama bila melihat orang yang dia percaya , buat .. Cam merokok , bercakap kasar atau paling tidak pun ada yang mengintai mak ayah dok ‘bizi’ bertempur .. haaa ..
Hati-hati la yer .. Anak kecik ni ibarat hardisk kosong.. Apa saja boleh diisi didalamnya ..
Dalam entri aku tadi di Pembelian online pertama ku ! , ada seorang rakan aku berkongsi artikal Kevin Zahri dan aku dah baca . Apa yang dia kata dalam artikal dia tu , aku tak nafikan kebenarannya .. Penggunaan fat bunner yang aku beli tu lebih pada meningkatkan lagi kadar metabolisme dalam badan seterusnya membantu pembakaran lemak. MEMBANTU yer.. Bukan boleh 100% telan dan kurus !
Baca peraturannya dan dapatkan khidmat nasihat pakar cara penggunananya dan bukannya main telan jer .. Dari botol tu ada tulis cara penggunaannya .. Caranya :
Minggu pertama , makan sebijik saja ( jgn lebih kalau nak hidup lama ), sebelum makan pagi , begitu juga makan tengahari dan sebelum bersenam. Kalau malam , tak bersenam , tak digalakkan sbb nanti tak leh tidur !
Minggu kedua , makan 2 bijik sekali pengambilan ( jika rasa minggu pertama tu takde masalah .. Kalau ada , kekalkan sebijik jer.. Kalau rasa tak sesuai , berenti ambilnya .. ) .
Minggu ketiga , makan 3 bijik sekali pengambilandan begitu minggu seterusnya. Sampai abis .. Jangan lebih !
PENTING ! Sila minum air putih dengan banyak sekali .. Air putih takkan buat anda gemuk yer .. Sila elakkan minum air kopi , tea ,berkarbonat !
Tak guna ambil fat bunner kalau tak jaga pemakanan ! Diet pemakanan perlu ada .. Kalau macam aku , aku akan elakkan makanan berminyak , terlampau bergula , berlemak , masin bila berdiet..
Dapatkan khidmat nasihat pakar seperti doktor anda ..
Perghh .. Kalaulah Qhaliff buat gini time aku gi toilet , mau koma aku sekejap ! Hahaha .. Dasat bebenor kalau Qhaliff mampu gini .. Mau gak aku antar dia masuk team wall climbing sblm join scuba diving .. hahaha ..
Seperti entri sebelum ni ,ada yang ingat baby yg nak masuk peti ais tu Qhaliff .. tak la.. Gambar gambar ni aku dapat dari email. Ada rakan antar tapi bila tengok gambar ni , aku terus terbayang Qhaliff .. Hahaha ..
Tak leh bayang aiihhh kalau Qhaliff buat gini ! Salah didikan kah Qhaliff atau terlalu banyak tengok tv ? Hahahha ..
Antara yang aku risau , menda ginilah ! Menyelongkar peti ais adalah kegemaran aku dan aku risau ianya menurun ke anak aku !
Sekarang ni pun , Qhaliff mudah benar terliur kalau tengok orang makan. Bukannya tak bagi dia makan tapi dia seolah gemar makan dan paling aku risau , makan apa saja cam bapak dia yakni aku ! Haram tolak tepi la.. Takkan nak telan gak kan ?
Apakah ianya akan menurun pada Qhaliff ? Kalau menurun ,jawapnya aku ken rantai peti ais ! Kang obes , susah lak aku nak dukung dia .. huhu ..
Hehe.. sejarah tercipta .. Ni aku beli online jer .. Kalau nak beli atas tangan orang , mau gak cecah seratus lebih .. Tapi dengan online , aku dapat RM90 je ..
Untuk apa ? Ni namanya FAT BURNER .. Nak bakar lemak dengan lebih cepat bila bersenam . Tak bersenam , aku tak berani nak komen apa apa .. Tapi aku galakkan lebih bersenam untuk percepatkan lagi pembakaran lemak ..
Lama sangat dah simpan lemak tepu kat pinggang dan perut aku . Part lain tak sangat .. Hehehe .. Sebelum memboroi dengan lebih dasat , baik aku singkirkanya. Dulu aku amik LIPO 6 .. mmg berkesan la .. Tapi bila dah stop workout , dia naik skit skit .. Kembali berkumpul ..
Seperkara lagi , aku buat bukan untuk smart ke apa tapi keselesaan bila nak bergerak. Tak la termengah mengah dek dok mengusung lemak tu ke hulu ke hilir.. Aku nak tinggalkan je terus .. hehe ..
Bagi yang dah beli , aku nasihatkan baca panduan dia . Jangan memandai mandai yer .. Kang , haaaa .. Dan yang ada penyakit seperti darah tinggi , jantung dan sebagainya , dinasihatkan tanya pakar terlebih dahulu.
Dan yang berminat nak beli tu , sila rujuk papan iklan di atas tu yer … hehehe .. Nak makan sebijik dulu sblm lunch ..
Dah siap nak g kerja . Pakai comel dah .. Dalam hati daddy ..
“ Kat umah pakai macam tarzan je .. Nak keluar , tu dia .. Ratu kebaya 2015 pon confirm tarik diri tengok .. “ .
Hahaha.. Bukan cemburu tapi itulah perasaan suri rumah macam aku ni haa .. Hahahaha .. Tapi aku tak kisah pon .. Jauh sekali nak cemburu.. Tu semua hasutan syaitan.. Segalanya niat dan paling penting , pemakaian tu perlulah menepati kehendak agama .. kan ?
Sambung .. Apakah hadiah untuk mummy sebelum g kerja tadi ? Yearghhhh … Qhaliff berak kaw kaw kaw punyaaa .. Daddy lega giler ! Kenapa ? Takde la terkial kial nak membasuhnya ..
Aku tak pasti la camana ibu ibu atau penjaga lain membasuh berak baby ni tapi bagi aku , cukup punya terseksa .. Nak baringkan dalam sinki ? Gile ke apa ? Nak suh berdiri ? Abis muka aku kena air .. Jadi pelbagai skill kena guna kat sini .. huhu ..
Tapi bila mummynya ada , senang .. Aku pegang Qhaliff dan dia bersihkan. Tak sampai seminit , selesai dan daddy pon menarik nafas legaaa… hehehe ..
Waah… Kecemerlangan KSN baru diteruskan lagi ! Baguslaahh .. Nampaknya khabar angin yang mengatakan Ketua Setiausaha Negara , Datuk Sri Dr Ali Hamsa jauh lebih bagus dari yang lama tu haa , ternyata benar sama sekali ! Tahniaahh !!
Menurut Berita Harian Online , kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat. Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan.
InsyaAllah .. Kalau ada rezeki , ada la kan .. Harapnya , blogger pasni pon leh naikkan gajinya .. hahahah .. Gaji blogger , ada la caranya ..
Pasni , penjawat awam yang tetap tu , terutama yang dok bagi alasan gaji kecik , maka keje pon kecik je harap lebih bersungguh-sungguh la yer .. Jangan datang , lepak .. main game .. layan internet sampai ke petang .. Bila suh buat kerja , muka cam dapat notis berenti kerja jer ! Berubahlah yer.. Tak nak , ramai lagi nak kerja. Berenti je kerja .. Balik kampung , jadi pengusaha taik mata ..
Wow .. awal pulak ‘along’ bangun .. Hahaha.. Dah nak kena panggil along ke ? Sian .. Tak puas manja ngan daddy eh ? Jangan risau , takkan berbelah bagi kasih daddy ni .. Daddy anak kedua , jadi tau camana rasa .. InsyaAllah ..
Bila dah bangun gini , dia akan bebel sorang diri dan senyum senyum bila pandang aku pastu sambung main .. Mood pagi dia mmg gitu .. Dalam erti kata lain , dia akan tertidur semula bila bila masa .
Waktu cergasnya adalah antara jam 9.30-10 lebih .. Kiranya aku leh la tidur jap selepas update entri ni ..
Dan sejak decoder dah ok dan remote control dapat baru , aku leh tempah mana mana cenel di HyppTV dengan mudah sekali dan aku dah amik cenel Baby First. Ini bermakna , tiada lagi Upin Ipn … Rancangan kat situ mmg khas utk baby. Ada warna , bunyi yang pasti menarik baby untuk menontonnya.
Kiranya kerja aku tambah senang la skit . Letak je atas tilam ,, dia akan buat gaya gaya bebas seperti dalam di dalam entri ni ..
Kul 8 pagi , dia tidur semula .. Aku pun nak sambung tidur .. Mandi dah pon aku .. hehe .. Bukan apa , nanti kul 10 bangun , nak siapkan dia lak .. Makan minum , pastu kul 11 lebih sure nak sambung tidur dia .. hehe .. Hafal dah ..