Satu penghormatan buat semua rakan rakan blogger. Diiktiraf penulisan blog hingga ‘layak’ diangkat ke dalam akhbar dan juga television .
Sapa sangka kan ? Dulu kita sangka , blog yang punya penulisan yang penuh skill atau blogger yang punya rupa paras menawan saja mampu ke dlm akhbar atau tv ..
Aku tak tayang muka kacak pon ? Heheh .. Aku siap tayang anak lagi haaa .. Hasil kreativiti header dari rakan yang aku sendiri pun tak kenal , blog aku diangkat kali ini . Aku rasa banyak dah blog dipilih kan ? Tak kisah la.. Sekurangnya , blogger seperti kita ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak .
Sekarang , dalam tv pon blogger dah mula boleh cari makan .. Kalau dulu , tempatnya hanyalah dunia maya tetapi sekarang ni , dah ada jadi pelakon pun haa ..
Tapi aku , aku lebih rela di dalam dunia maya ini saja . Inilah tempat aku mula dan berakhir. InsyaAllah .. Perjuangan aku melalui penulisan mmg aku impikan sejak dulu lagi ..
Bila rakan blogger di Twitter memberitahu mengenai artikal di Utusan Malaysia tu , aku tak sabar nak tau apa kisahnya. Bukannya bangga atau suka giler tapi nak baca apa pendapat wartawan tersebut mengenai blog aku ..
“ BEN Ashaari boleh dikatakan antara ‘otai’ dalam dunia blogging dan entri-entri yang dihasilkannya sering mendapat pilihan pembaca-pembaca blog.
Entri yang dihasilkannya sangat menarik.Tidak kira mengenai isu peribadi , isu semasa , sukan dan hiburan , semuanya ada .
Bahan bacaan yang ringan dan santai membuatkan penulisan Ben amat diminati dalam kalangan golongan muda. Dia kini mempunyai lebih daripada 25,000 pengikut blog.
Jika kamu mempunyai masa lapang , cubalah jenguk rangkaian blog milik Ben Ashaari ini . “.
Siapa sangka kan ? Jika ada keingina dan usaha , insyaAllah. Aku masih ingat lagi orang kata aku ini gila blog .. Gila update dan macam macam lagi la nama aku dapat .. Tapi aku masih lagi disini dan mereka yang mengelar aku dengan gelaran itu , entah di mana ..
Bukan riak atau takbur tapi jadikan ini satu semangat perjuangan untuk memastikan segala impian yang menjadi realiti walaupun nampak hanyalah satu fantasi. Sapa tau kan ?
Aku sendiri pun tak pernah terfikir akan pergi sejauh ini ..