Sekali lagi aku hampa .. Bukan aku saja tetapi rakan-rakan yang ikut sama pun begitu juga .Malah ada pengarah filem terkenal yang ikut tonton sama pun berharap pelakon yang melakonkan watak dalam filem yang aku tonton semalam , tidak lakukan sedemikian rupa pada filemnya ! Aku tak pasti la samada dia bergurau atau serius kerana yang dengar kata-kata tu , rakan yang ikut join screening filem tersebut.
Kecewa .. Pengarahnya , mmg aku sanjung tinggi . Memang sangat berbakat , lucu serta tidak membosankan bila dia berlakon. Sayangnya dia dalam filem ni , seolah kehabisan idea .. Apa dah jadi ?
Manakala filem tu pulak , diselamatkan oleh dua pelawak terkenal . Tu pun bukan dua dua ‘hidup’. Nasib baik la ada sorang tu .. Kalau tak , mmg hambar ..
Ngantuk .. Yup , aku dah nak terlelap menonton filem lucu tu. Nasib baik bila ada dialog separa lucah .. Kira ketawa gak la aku .. Nak harap dialog lain , aku pakat tengok handphone aku jer ..
Menariknya .. tau tau dah abis ! Takkan tu je cerita dia ?? Takkan nak buat The Series lak ? Jangan der !