Dan pemenangnya ialah !! Pergh.. Aku depan tv dah kul 11 lebih .. Apa yang aku nampak , sekumpulan manusia dok merepek atas pentas . Berpakaian seperti bangsawan ala Kesultanan Melayu Melaka tapi sepatah haram aku tak faham menda.
Dan pemenangnya , aku tak nampak la sapa . Tapi yang aku nampak , selebriti yang atas pentas terutama perempuan , membuatkan aku menyesal tak tengok dari mula. Kalau aku tengok dari mula tweet aku mesti penuh dengan umpat umpat terhadap mereka dan pasti membuatkan dosa aku semakin bertambah bertan tan banyaknya ..
Wife aku yang beria nak tengok , aku rasa dia dah tidur setengah jam selepas bermulanya ASKc2012 tu haa . Aku , kat gym.. Lagi best peluhkan badan dari peluhkan jari dok bertweet mengumpat.
Dan akhir kata .. Aku harap kerajaan amik berat skit la bab bab pemakaian artis ni dari dok kecoh tak sudah pasal kata kata Nurul Izzah tu haa .. Apa bezanya kan ? Oh , ada beza eh ? Maaf la yer.. Aku cetek bab agama ni ..
Tahniah la TV3 kerana berjaya tidurkan wife aku lebih awal dari sepatutnya .. Qhaliff pon lena dok dengar diorang merapu meraban..
Sapa menang ? Aku tak tau pun ..