Ada yang tanya maksud aku pada peranggan akhir di entri Bagaimana nak tingkatkan trafik blog ? ni .. Apakah maksud aku ? Hurmmm ..
Sebenarnya cara ni semua orang dah tau cuma mereka kurang nak gunakan sbb MALU dan SEGAN ! Mereka rasa blog mereka tak mampu nak bersaing atau paling tidak pun tak best untuk dibaca !
Itu kesilapan sendiri yang mana rasa terlalu rendah diri sangat .. Best atau tidak , biar pembaca nilai sendiri. Tak best , mereka tak singgah dah .. Kalau best , mereka akan cari setiap hari ..
Perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum membawanya keluar dari dunia maya .. Maksud aku ialah , promote blog anda dalam apa jua platform yang ada seberapa kerap yang boleh hingga tahap orang naik menyampah ! Terpulang pada anda bagaimana nak lakukan selagi mana ianya tidak menyalahi undang undang dan etika dunia maya ..
Apa yang anda patut kenalkan ialah NAMA blog anda dan bukannya blog anda ! Pastikan mereka ingat NAMA terlebih dahulu dan barulah anda kuatkan pada blog ..
Walaupun ada yg kata blog patut terlebih dahulu kuat dan baru NAMA , bagi aku NAMA dahulu kerana manusia lebih mudah bermain dengan NAMA dari rupa ..
Letakkan tempoh tertentu utk sebarkan NAMA anda kemudian barulah kuatkan isi kandungan blog anda ..
Dalam erti kata lain itulah yang dilakukan oleh dunia hiburan masakini .. Promosi kaw kaw tapi kandungan tak semantap mana pon tetapi sedikit demi sedikit , atas teguran serta komen rancangan itu dimantapkan dan akhirnya waaalaahhh !
Bila dalam dunia maya dah mantap , bawa keluar ke dunia realiti seperti pergi ke majlis perjumpaan rakan rakan dunia maya untuk tingkatkan lagi network atau dapatkan lagi ramai kawan …
Sedikit demi sedikit , blog anda akan punya kekuatan tersendiri .. Tak mudah dan pelbagai rintangan akan anda lalui sebagaimana aku dah lalui tapi insyaAllah , ianya berbaloi ..