Penat woo aku berusaha untuk mencomelkan otot-otot aku ni haaa yg dah berehat lebih 4 bulan ! Hehe .. Ditambahkan lagi dengan pemakanan yang penuh dengan lemak lemak yang cukup merdu bagi mencantikkan perut serupa perut gajah tu haaa .. huhu ..
Bukan senang mau senang .. Usaha mau lebih.. Tapi bila dikatakan gambar masa muda , apakah aku patut terasa ? Oh tidak sama sekali.. Ehehe.. Opkos la seronok sbb masa muda aku ialah 10 tahun lepas.. hehe .. Padahal gambar dibawah ni berlaku 3-4 jam yang lalu .. hehe ..
Pastu ada orang komen kat instagram kata ni badan tahun bila ?? Huwaaa.. sampai hati diaaaa … huwaaaa ..
Cantik tu tak la.. tapi ok la dari badan papan lapis kan ?
Nampak muda tapi tenaga dah mmg cam orang tua dah .. Huhu .. Tak terdaya dah ambo neh nak tarik berat berat .. huhu .. Terima je la hakikat.. Tak lama lagi , bersara …
Sedap niiii .. Blogger Sukur Ibrahim bagi kat aku tadi .. Memula tak nak makan sbb aku kan on diet .. Kononnya laa .. Tapi tadi dalam kereta , wife gi bukak kotak ni .. maka semerbaklahh baunyaa .. Aku terus mintak satu ! Tak kira walaupun tengah drive , aku nak makan gak !!
Dari satu hingga sampai rumah , aku dah makan 4 ! Mak aihhh .. Berjela gula dalam badan aku petang ni.. Nasib baik jap lagi nak g gym .. Banyak kalori nak bakar nehhh ..
Dan terasa perbezaannya dengan Big Apple dan Dunkin Donut yang mana aku makan satu pun dah cukup ‘menyesal’ kerana kemanisan gulanya ..
Yang pastinya , donutnya saja dah cukup sedap dan juga lembut .. Hehe.. Kalau tak , takkan 4 aku bedal kan ? Sanggup rosak diet .. hehe ..
Ok ok.. Menurut Sukur Ibrahim , donut ni projek dia ngan kawan dia .. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , g kat FB diorang .. GEBOO
Itulah blognya .. AKU TETAP AKU .. yang sememangnya dah ramai kenal terutama dengan kebijaksanaan serta terkenal dengan kecekalan mahupun semangat juangnya tak kira dalam dunia maya mahupun realiti ..
Dah berkali deal nak jumpa dan akhirnya.. hari ni dapat jugak bersua mukaaa .. Alhamdulillah .. hehehe .. Dan dia pun bagi sesuatu untuk aku dan Qhaliff makan .. hehe ..
Saja jeee nak suh aku kembali berisi ehhh .. hahaha .. Tkde laa.. Dia kasi ikhlas , aku terima dengan ikhlasnya ..
Wah .. pasni leh la lepak selalu memandangkan kitorang dekat je .. Erk , selalu tu tak la sbb aku nak pindah dah .. huuhu ..
Walaupun seketika je lepak , tapi dapat gak sesuatu darinya .. Nampak kecik tapi penuh ilmu serta pengalaman hidup di dada okeh !! Hehe..
Terima kasih Sukur .. Nanti lepak mamak eh ..
- IKLAN -
Alhamdulillah...Nov dah memulakan hari pertamanya....^_^
Bulan NOV ni promo JAMU ORG PUTIH!!
Khasiat sama macam JAMU kita Kacip Fatimah..
Ni dia........ALFAFA!!!
JAMU TURUN TEMURUN ORANG PUTIH...♥
HOT ITEM bagi ibu-ibu yang menyusu badan...^_^
Bukan untuk ibu menyusu je tau....anak dara pun boleh.. ♥
Orang lelaki pun boleh.....semua fleksibel...^_^.
Untuk kesihatan dalaman...hilangkan semua yang xselesa di bahagian intim, menghilangkan bau bdn, sesuai untuk mommy yg tgh pantang...untuk 'ringan' kan badan, badan lebih sihat & cergas.....sebab tu ia dinamakan RAJA SEGALA MAKANAN.
Nak beli 1 jimat...
Nak beli 2 lagi jimat..
Nak beli 3,4,5 lagi jimat..
Beli 6 lagi SUPER JIMAT sebab dapat FREE 1 botol..
Postage??? HANYA RM10..murah kan?? ^_^
Expired 2015...jadi tak perlu risau untuk buat STOK.. ^_^
PM atau whatsapps sy di 013-9337697 ye... ^_^
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , klik SINI
Ada yang tanya maksud aku pada peranggan akhir di entri Bagaimana nak tingkatkan trafik blog ? ni .. Apakah maksud aku ? Hurmmm ..
Sebenarnya cara ni semua orang dah tau cuma mereka kurang nak gunakan sbb MALU dan SEGAN ! Mereka rasa blog mereka tak mampu nak bersaing atau paling tidak pun tak best untuk dibaca !
Itu kesilapan sendiri yang mana rasa terlalu rendah diri sangat .. Best atau tidak , biar pembaca nilai sendiri. Tak best , mereka tak singgah dah .. Kalau best , mereka akan cari setiap hari ..
Perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum membawanya keluar dari dunia maya .. Maksud aku ialah , promote blog anda dalam apa jua platform yang ada seberapa kerap yang boleh hingga tahap orang naik menyampah ! Terpulang pada anda bagaimana nak lakukan selagi mana ianya tidak menyalahi undang undang dan etika dunia maya ..
Apa yang anda patut kenalkan ialah NAMA blog anda dan bukannya blog anda ! Pastikan mereka ingat NAMA terlebih dahulu dan barulah anda kuatkan pada blog ..
Walaupun ada yg kata blog patut terlebih dahulu kuat dan baru NAMA , bagi aku NAMA dahulu kerana manusia lebih mudah bermain dengan NAMA dari rupa ..
Letakkan tempoh tertentu utk sebarkan NAMA anda kemudian barulah kuatkan isi kandungan blog anda ..
Dalam erti kata lain itulah yang dilakukan oleh dunia hiburan masakini .. Promosi kaw kaw tapi kandungan tak semantap mana pon tetapi sedikit demi sedikit , atas teguran serta komen rancangan itu dimantapkan dan akhirnya waaalaahhh !
Bila dalam dunia maya dah mantap , bawa keluar ke dunia realiti seperti pergi ke majlis perjumpaan rakan rakan dunia maya untuk tingkatkan lagi network atau dapatkan lagi ramai kawan …
Sedikit demi sedikit , blog anda akan punya kekuatan tersendiri .. Tak mudah dan pelbagai rintangan akan anda lalui sebagaimana aku dah lalui tapi insyaAllah , ianya berbaloi ..
Mencisss .. Geram kat semut gatal yang kecik kecik tu haaa .. Apa saja menda , semua diorang nak main ‘serang’ dan hurung ! Arghh …
Ni netbook aku ni ! Abis diorang bersarang dalam keyboard ni haaa .. Kegeraman memuncak , aku hempuk je netbook ni hingga ‘diorang’ keluar akibat terkejut dengan perbuatan aku tu ..
Grrr … Dan tak pasal pasan ESC pon tak leh pasang balik ! No Esc dah ! Aiyokkkk … Ni alasan kuat untuk beli ultrabook touch screen ni .. Hahahahha..
Rindu kat ultrabook aku tu.. Sapa la manusia yang tak .. hurmmm.. entahlah ..
Qhaliff bangun kul 530 pagi . Bila dia jaga , ngan aku aku jaga .. Nak tidur balik , susah sbb dia dok ‘menyanyi’ . Macam tau je pagi nanti nak ditinggalkan mak dia sbb g keje .. Semalam , puas dah bermanja ..
Sehingga hampir jam 7 dia tak tidur . Last last aku pasang tv .. Dia tengok dan terlelap sendirinya .. Sian je tgk dia kesan dari sembelit malam tadi .. Penat sangat kot meneran .. hehe .. Kita sendiri pon penat , apatah lagi baby kan ? Hehe ..
Ni mak dia dah gi kerja .. Tinggal aku ngan dia .. Harapnya dia jaga kul 10 lebih nanti … Takde masalah .. Huhu .. InsyaAllah .. Kalau ada masalah , aku bagitau korang eh .. hehe ..
Alhamdulillah ..
Tadi dia berak lagi .. Memula tu nangis gak .. Mungkin dia takut sbb pedih kan ? Yelah , sebelum tu kan sakit skit sbb sembelit .. Tahi keras gitu ..
Selepas jumpa doktor tadi dan dia kasi ubat , najis dia lembut skit dah .. Berak tadi pun aku buat style kita kita berak gitu .. Hahaha .. Bukan apa , dengan cara gitu , senang dia berak haaaa .. Tapi tak sesuai Qhaliff nak guna toilet bowl lagi .. hehe .. Nanti beli yang khas untuk Qhaliff eh ?
Apa pun , lega skit bila dia dah ok . Tengok dia pun dah kembali ceria selepas berak tadi ..
Terbayang muka menteri pasola yang sembelit tu haa …
Doktor suruh Qhaliff banyak diberikan makanan berasaskan fiber terutama sayuran yang punya serat atau fiber seperti sawi .. Sat nak google lagi apakah sayur yang punya serat yang tinggi .. Tak jumpa pulak.. Katanya sayur berfiber ni berdaun hijau dan punya jalur putih .. Apa eh ?
Katanya lagi elakkan dulu makanan yang dia makan skang seperti avacado , carrot dsbnya.. Banyakkan makanan berserat ..Hurmm ..
Hurm.. Susu tu , jangan kurang aihhh .. Jangan ingat bila dah makan , susu leh kurang .. Tu yang silap besau tuuu .. Tu pasal jadi sembelit.. Yang tua macam kita ni pun kena banyak minum air untuk elakkan sembelit ..
Dan merah di dahinya tu katanya cuma alahan akibat terkena benda dan akan surut dengan sendirinya ..
Hurm… Qhaliff , Qhaliff ..
Sembelit .. Hurm .. Bila 'penjaga ' nasihat , tamo dgr .. Mentang mentang la 'penjaga' lelaki .. hurmm .. Dah jd gini , kelam kabut ..
Nak bebel lelebih , cair jugal taik telinga nanti .. Biar je doktor yg bebel .. Malas dah nak bebel .. Nasib aku takde DR. je kat depan .. Kalau ada ?? Haih ..
Perghh .. Cantik .. Harga pon cantik .. Berkualiti .. Confirm cantik kalau kat ruang tamu aku rumah baru aku tu haaa ..
Tapi , bila congak congak .. hurm ... Nanti je la beli .. Banyak sangat dah berabis ni terutama tang renovate tu haaa ..
Tunggu masyuk skit lagi laaa .. Nak selesa tp jgn sampai tak selesa hidup , udah la kan .. Hutang jgn sampai buat hidup merana ..
Perghhh .. Tewasssss akuuuu ... Mentang mentang aku kawin dahhh !
Deepavali kembali lagi. Seperti perayaan perayaan yang lain ,PETRONAS memainkan peranan mereka untuk memeriahkan setiap perayaan yang ada di Malaysia ini .
Dan di Galeri Petronas , KLCC satu kempen perayaan Deepavali telah dirasmikan dan diberi nama “ Be the Light – A Celebration of Culture and Tradition” . Gabungan budaya , musik tradisional , pakaian tradisional bangsa India menjadikan lagi exhibition itu lebih menarik dan patut dikunjungi untuk melihat lebih dekat lagi budaya masyarakat orang India di Malaysia.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut setiap acara yang bakal dianjurkan di Galeri Petronas , KLCC dan juga jadual segala event sempena Deepavali ini , sila klik List of Activities Lined Up at Galeri PETRONAS ini .
Ahaa.. Kat bawah ni video perasmian Kempen Deepavali 2012’ oleh Petronas dan video sempena Deepavali 2012 oleh Petronas.
Selamat menyambut Deepavali ..
Hurm ..
Camana eh ? Sebenarnya , mudah jer nak tingkatkan trafik ni haaa .. Segalanya dah terpampang di depan mata terutamanya di dalam dunia maya ni ..
Cuma antara kita nak atau tak nak je guna .. Yang pastinya , ada yang nak dengan cara mudah .. Trafik yang datang , dia nak berkekalan .. Usaha ? Hehehe ..
Fikir .. camana nak dapatkan trafik terutamanya untuk blog . Kebelakangan ini , cara mudah utk mendapatkan trafik adalah melalui fan page atau group di Facebook sangatlah . Tu cara paling mudah .
Cuma trafik begini memang merugikan blogger kerana mereka terpaksa mencari isu isu panas atau isu yang mampu membuatkan members di dalam page tu untuk ke blog kita .. Persoalannya , berapa ramai yang akan terus membaca entri yang sebelum sebelum itu memandangkan mereka masuk hanya kerana tertarik dengan entri panas tersebut ?
Mendapatkan trafik yang besar mmg mudah tapi untuk mendapatkan trafik yang sejati tu yang sukar .. Blogger terpaksa mencari isu panas atau bermain entri bersifat SEO untuk mendapatkan trafik setiap hari !
Kalau sekadar cerita biasa , apakah members di page akan tertarik ? Bagi aku , pendapat aku .. tak perlu trafik yang beribu ribu tapi tiada memberi kepuasan pada penulisan kita ..
Cara terbaik untuk mendapatkan trafik sejati ialah , perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum membawanya keluar dari dunia maya itu ..