-IKLAN-
Haa...ni nak cerita lagi tentang COLLAGEN POWDER yang HOT.
Memang SANGAT HOT okay...hihi
Rata-rata yang nak awet muda belia memang memilih Collagen Powder ni.
Oh ya....nak cerita, dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder akan automatik dapat FREE MEMBERSHIP.
So sambil nak cantik+nak awet muda boleh jana pendapatan dari rumah & dapat bonus cash back...BERBALOI kan?? Beli produk Shaklee pun dapat harga member skali...^_^
Saya gerenti anda tak kan rugi punya...♥
Saya dah merasa bonus...alhamdulillah....♥
Nak tau tentang KHASIAT COLLAGEN POWDER boleh klik SINI.
Testimonial pengguna klik SINI
Jom PM sy untuk order & HARGA TERBAIK!!
PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 untuk HARGA TERBAIK ye..^_^
Emel: babymamapapaestore@gmail.com
Satu demi satu .. Memula Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) minggu lalu menarik balik semua kejuaraan Armstrong kerana kesalahan mengambil dadah. Pastu , pelumba basikal dunia itu turut diarah supaya membayar semula hadiah wang kejuaraan yang diperolehinya.
Dan hari ni , dalam akhbar Berita Harian pulak memberitahu Universiti AS tarik balik ijazah kehormat yang diberikan padanya ..
Hurm.. Tu dia penangan ambil dadah terlarang dalam sukan .. Berjaya kejap jer .. Dari seorang lagenda .. Dan kini ??
Pengajaran buat kita , fikir panjang sebelum nak buat apa apa yang menyalahi undang undang mahupun yang berdosa.. Lepas hari ini , belum tentu esok lusa leh selamat !
Budak tecik ni kan … dia tengah lena waktu aku dok guna laptop ni .. Saja wat sebelah dia sbb nak perhatikan dia ..
Tau-tau dia celik .. Tengok aku , dan terus pusingkan badan dia dan .. tuuuuu .. dalam gambar tuuuu ..
Aku rasa , pasni mmg susah la aku nak update blog dah .. Kena settlekan dia dulu baru leh buat kerja !
Ahaaa .. orang suh order yang sedap sedap tapi tamooo .. Haaa.. nak susu ibu , kat umah je nanti ..
Tapi susu ibulah yang paling sedap untuk bayi tau ! Tak caya ? Try ler .. hehe .. Aku tak kata tapi Qhaliff bagitau ..
Aku tak sangka pertama kali aku tengok di kaca tv aku boleh terjebak sama untuk mendapatkannya ..
Masakan tidak , aku membesar dengan main LEGO .. Tentu sekali aku takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan kesemua koleksi yang dikeluarkan oleh LEGO khas untuk FERRARI SHELL ni haaa ..
Model-modelnya ialah Ferrari F150° Italia , Scuderia Ferrari Truck , Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) , Ferrari F40 , Ferrari FXX dan Ferrari 458 Italia.
Cara nak dapatkan model ni , sila ke stesen minyak SHELL yang berhampiran dengan kereta anda .. Yelah , kalau kat highway , pastinya dekat dengan kereta korang kan ? Haaaa .. hehe.. Guwau jer..
Ok, sambung .. Bila aku dapat jer … aku terus koyak plastik tu.. Gelojoh tul laaa !
Huihhh .. Aku jadi pening kepala jap tengok dia punya part part yang kecik tu .. Otak aku dah beku untuk main semua ni .. Tapi aku sahut cabaran untuk siapkannya gak ! Yearghhh ..
Nampak cam susah padahal senang jer padahal senang je pun .. Kenapa aku kata senang ? Sbb dah ada manual atau pelan untuk pemasangan dilampirkan bersama part part LEGO tu ..
Ikut je apa yang dah diajar dalam tu.. Pasti akan siap punya laaa ..
Tapi sebelum tu , aku ‘rasuah’ Qhaliff untuk dia tidur nyenyak .. Baru aku leh buat semua ni dengan tenang .. hehehe ..
Dan , menjadi perancangan aku .. Aku berjaya tidurkan Qhaliff .. Siapkan projek mega aku nih !!
Tadaaaa .. Siaaaappp !! Senang kan ? Dah siap duaaa sekali tuuu .. hehe .. Mana ada susah kan ?
Dan , Qhaliff senyum riaannng ! Pastinya model model kereta ini akan jadi miliknya , satu hari nanti !!
Hurmm .. Nak bagi ke tak nak eh ? Sayang woo .. Ke beli lagi , pastu yang tu dia punya koleksi sendiri ? Nasib baik baru sorang anak .. Kalau 10 ?? Mau 10 aku kena buat koleksi !!
Ahaa .. Sabtu ni ( 24 November ) , jangan lupa ke Sunway Pyramid Shopping Mall (Blue Concourse, LG2) , jam 11:00 pagi untuk melihat lebih dekat lagi koleksi miniatur LEGO® Ferrari. Cya there!
Segalanya bermula bila dia terdengar bunyi plastik LEGO SHELL FERRARI yang aku sengaja koyakkan dengan kuat dengan kuat untuk tarik perhatian dia ..
Dari dok layan kartun , dia terus mengendap aku ..
Dan … Tadaaaa … No wayyyy !! Ni daddy punya ! Tunggu Qhaliff umur 40 tahun , baru leh main LEGO ni !!
Ternyata pergerakkan dia dah sangat pantas ! Ok … G tengok kartun balik ! Daddy nak layan LEGO ni !
Dalam diam tak diam.. Dah 4 tahun aku berkeluarga .. Sekejap je masa berjalan . Nasib baik aku menten hensem .. hehe ..
“Daddy .. jom balik .. mana tahan tengok daddy ngan mummy je makan ! Sedap je nampakk .. Huhuh … “
Memang siann tengok dia .. hahaha .. Abis dia kaco kitorang sbb tak bagi dia join sama .. Heheh .. Aku cari gak makanan untuk baby umur 7 bulan tapi yang ada pon chicken chop yang chef masak depan dia ! Hahahha .. Acah jee .. mana adaa ..
Disebabkan tak bagi dia makan , dia sembur !! Hahahah.. Nak tak nak , makan malam istimewa ni terpaksa makan bergilir gilir .. huhu .. Tak peee.. Tak kisah pon .. kan kan ?
Ahaaa .. Kat mana tempat kitorang makan ni ? Kitorang makan kat The Garden , Putrajaya yang kitorang jumpa dengan tak sengaja setelah puas mencari kat mana nak makan malam istimewa ni ..
Dan .. pastinya tempat ini .. Yearghhh .. HALAL dan digredkan SANGAT BERSIH ! A okehh !
Blogger Scarlett O’Hara ada tanya di FB .. “ Betul ke bersih ? “. Dan jawapan aku dalam hati ialah ..” Seriusss , sangatlah bersih ! “. Ditambah lagi dengan staff yang langsung tak sombong ! Sangat bekerjasama dan ramah ! Yeargh.. susah nak jumpa dah restoran gini apatah lagi aku berpakaian macam nak g gym jer ..
Makanan dia camana lak ?
Sedap ? Bagi aku .. masakan ni mmg original ! Tu je aku leh kata la.. Menepati mulut aku terutama chicken terriyaki ni .. Hehe .. Tapi sbb dok kalut ngan Qhaliff , kesedapannya tak terasa di tekak aku kecuali pada awal awal makan sebelum Qhaliff buat aksi spiderman kat situ ..
Harga ? Kalau nak makan malam yang istimewa tapi murah , aku cadangkan g kat food court je.. Tak la mahal mana pon tapi standard hotel gitu la.. Tapi tkde yang cecah hingga RM50 pon untuk satu hidangan .. hehe ..
Apa pun , The Garden ni mmg best untuk mereka yang dah menikah untuk menikmati hidangan ala ala ekslusif gitu .. Yang belum menikah , simpan duit dulu .. Lepas nikah baru mai ..
Komen wife aku tempat ni ? Hurm … hurmm .. Tunggu dia update blog dia sendiri laaa …
Alhamdulillah .. Mimpi ngeri dah berakhir ! Tunggu lagi 3-4 hari lak ..
Dah berhari dia tak berak haa.. Malas dah nak tulis panjang panjang .( buang air besar ) .. Berharap sangat la hari ni dia berak. Kasi betik dan ubat lembut najis gak tadi ..
Entah camana tadi , aku bawak dia bergayut kat grill pagar umah aku , dia cam meneran ! Haaa… Caiyokkk Qhaliff !! ‘Air ketuba'n’ nak pecah dah bermaknaaa .. bila bila dia akan berak !
Macam susah lak dia dok meneran .. Last last aku buat cara kita berak style omputeh tu haaa .. hehehe .. Nampak selesa jer dia .. hehe ..
Dan , zassssssssssssss … panjaaanggg je kuarrr .. Amik kauuu .. Dah diakhiri dengan cairan yang melegakan muka dia !
Hahahaha .. Mana aci aku sorang je tengok kan ? Korang mesti leh imaginasi punya .. hahahah ..
Legaaa .. mandi sudah .. susu sudah .. tidur time !
Qhaliff dah sihat ..skit skit je selsemanya tapi daddy sudah terjangkit .. huhu .. Skang daddy sudah demam .. hehe .. Dah la nak pindah rumah .. Tenaga mau pakai woo ..
Tak pe la .. Janji anak sihat .. Ayah sakit tak pe .. kan ?
Baru Qhaliff kena gigit nyamuk , aku dah pening pala .. Baru selsema , kelam kabut bawak g klinik ..
Anak anak kecil di Gaza, Palestine tu ? Luka ? Berdarah ? Kena tembak ? Kena kejar dek tentera zionis ? Kena sepak terajang ? Macam macam lagi mereka dah rasa sewaktu kecil lagi .. Hanya mampu menangis tapi tiada erti takut langsung !
Bila dah besar .. anak anak kecil ini berjuang demi agama .. Tunduk sujud pada agamanya .. Anak anak kecil kita ? Ada yang begitu dan malangnya ada yang tunduk pada hawa nafsu ..
Bila melihat wajah anak kecil kita atau kita sendiri yang dah besar panjang , apakah kita terlupa segala pergorbanan mak ayah kita hingga bila dah besar begini , kita kembali sombong dan angkuh pada mereka .. Kalau begitulah rasa kita , bersyukurlah sbb mak ayah kita tak hantar kita ke Gaza sewaktu kita baby dulu ..
Aku tak mungkin jadi setabah bayi kecil itu ..
Ini antara barangan yang dikeluarkan oleh Israel .. Kalau boleh elakkan dari membelinya ,elakkan la .. Kalau rasa dah perlu sangat sampai takde pilihan lain , serah pada Allah saja niat kita tu .. Bab lain , kalau ada ‘peluru’ buatan Israel , kita guna serang mereka semula .. Tak susah kan ?
Ada yang tak tau kenapa dan mengapa kita perlu anti sangat yahudi ni ? Apakah hanya kerana mereka membunuh rakyat Palestin ? Hehe ..
Apa kata kita selongkar post post aku dulu .. :
Dan google la lagi .. ada banyak kisah pasal yahudi ni .. Rajin rajin membaca dari dok dengar mulut orang je ..
Haaa.. aku ingat dah .. Setelah dibincangkan pagi tadi pada jam 2 pagi , baru sedar dah 4 tahun aku ni berstatus suami pada wife aku .. Hahahah ..
Serius ar .. Aku ingat .. Memang nak letak alarm tapi disebabkan terlalu banyak kerja mencelah-celah disaat aku nak melakukannya , aku terus terlupa ..
Contoh eh , wife suruh aku masukkan susu yang telah dipam ke dalam peti ais untuk dibekukan. Tetiba dia panggil aku dan mintak tolong amikkan stroller baby. Haaaa , tang ni kesilapannya.. Maklumlah , otak dah tua .. hehe . Terus aku terlupa bab susu sebab tumpukan perhatian pada stroller tu !
Patutlah pagi tadi pada jam 2 pagi tu , beria dia tunjuk ‘waktu’ kat aku .. Yang aku ni pon dungu gak ..
“ 21hb ? So ??? Bukannya abang nak dapat gaji pada tarikh ni? Ke nak abang order pizza time ni ? “
Sekaliii .. amik kauuu .. 4 tahun lepas , pada tarikh niiii .. Awak menikah la Ben oii ! Terkedu jap aku .. Hahahahha … Dah la tarikh tak ingat , tahun menikah pon lupa ??? Hahahha .. Apa punya turr daa ..
Serius ., aku bukan lupa tapi malas nak ingat berapa lama dah aku kawin sbb aku nak hubungan ni sampai aku masuk dalam kubur .. Lebih dari tu , kuasa Allah yang tentukan ..
Sebab tu lah aku tak gemar ingat pada tarikh tarikh tertentu kecuali tarikh lahir aku … Leh claim hadiah ! Hehe ..
Toksah la merajuk sangat aih pasal ulangtahun ni haa.. Patutnya bersyukur si suami dah berkorban duk umah jaga anak sambil buat kerja ! Tu yang perlu senantiasa ingat .. Dan , bukannya saja nak lupa kan ? Kan ? Haaa ..
Nak aku bebel lagi ke ? Orang perempuan ni , bab tarikh sensitif .. Bab madu sensitif .. Tapi bila laki bagi tau dia demam , tak sensitif la pulak .. Lalalalala ..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 4 , SAYANG !! JOM CANDLE LIGHT DINNER KAT NASI KANDAR PELITA EH ..
Kelmarin , Qhaliff selsema ..
Dan skang , aku lak ! Lusa nak pindah .. Tenaga diperlukan 100% .. Hurmm… Ada sapa sapa nak bantu ke ?
- IKLAN STICKY POST . ENTRI TERBARU DI BAWAH ENTRI INI-
Puan Hismazaitul Azmy
(Solekan dan tudung dari RedGlow)
Pernahkah anda terfikir sampai bila terbatas dengan jadual kerja yang sama rutin membosan dan paling penting pendapatan yang memaksa anda akur dengan apa yang ada…
Puan Hismazaitul atau lebih dikenali dengan panggilan Hisma memulakan kerjaya dengan langkah berani dari kampung ke Kuala Lumpur. Bermula dengan kerja kilang dengan gaji RM 800 sebulan dengan menyewa beramai-ramai kerana kekangan kewangan membuat Hisma berusaha untuk keluar dari kepompong kesusahan.
Kemudian Hisma bertukar dari kerja kilang ke kerani dan dari kerani ke operator maxis hingga ke pramugari dengan pendapatan RM 5000 sebulan. Namun kerjaya pramugari tidak menjamin kehidupan yang normal baginya apa bila Hisma mengambil keputusan berumahtangga dan ingin memulakan hidup berkeluarga.
Dalam usaha mencari kerjaya baru Hisma mengambilkira banyak perkara seperti berapa jauh tempat kerja, berapa belanja petrol, berapa belanja tol, parking dan berapa GAJI yang mampu diperoleh dengan usia dan kepakaran yang ada.
Nak memulakan perniagaan tiada modal tiada pengalaman tiada asas. Nak sertai MLM tak tau menjual barang.
Syukur apabila diperkenalkan dengan kerjaya sebagai Perunding Kewangan, Hisma diberi tunjuk ajar dan ilmu bagaimana menjadi seorang Perunding Kewangan dan Perunding Amanah Saham ( Unit Trust Consultant) yang bagus. Paling utama dengan hanya berbekalkan yuran serendah RM 250 dan tidak perlu menjual barang.. Kerjaya profesional ini sentiasa bertemu pelanggan untuk berkongsi maklumat tentang kelebihan penyimpan wang di Saham Amanah
Seperti biasa tentangan dari banyak pihak membuatkan Hisma nekad untuk berusaha gigh membuktikan kerjaya pilihannya adalah tepat. Lahir dalam keluarga yg sederhana di mana ibubapanya merupakan kakitangan kerajaan sememangnya satu cabaran.
Namun semua tu tidak mematahkan semangat apabila bulan pertama Hisma mendapat pendapatan seribu lebih, RM 2000 pada bulan kedua, RM 5000 pada bulan kelima dan RM 15,000 pada bulan ketujuh. Pada bulan kelapan Hisma boleh berbangga dengan sebuah BMW kereta mewah pertama yang dimilikinya.
Kini Hisma bukan sahaja CEO di Agensi Atrium Consultants yang berjaya malah Hisma telah membantu ramai lagi perunding di bawah naungan Agensi Atrium miliknya.
"Kerjaya ini banyak merubah hidup saya, cara komunikasi saya, cara pemakaian saya, dengan siapa saya bergaul. Kalau pada mula-mula bekerja saya tidak mampu memiliki barang berjenama. Tapi di awal penglibatan saya Alhamdulillah saya mampu memiliki beg tangan berjenama Coach…
Alhamdulillah kini saya merasa untuk menggayakan beg tangan berjenama lain seperti LV,Gucci mahupun Chanel. Syukur."
Memandu kereta idaman…
Mampu memiliki rumah dan kereta yang menjadi idamannya selama ini.
Berminat untuk bersama Atrium Consultants?
Sila hubungi : 0123139044 /WhatsApp : 0102313904
FB Page : Atrium Consultants
Emel : hismazaitul@yahoo.com.my