Aku tau , ada rakan-rakan yang merungut susah nak dapatkan koleksi model kereta LEGO – SHELL yang sedang hangat dipasaran tu kaaannn .. heheh .. Rileks bro !
Baru-baru ni , bertempat di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid , Shell Malaysia telah melancarkan tiga lagi model koleksi terhad model Ferrari yang dipasang menggunakan blok LEGO. Model-model LEGO – Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40 dan Ferrari FXX .
Menariknya terdapat sebuah Ferrari 150° Italia saiz sebenar yang dibina daripada blok LEGO - rekod julung kali dalam sejarah Shell yang telah memakan masa 6 bulan untuk direka dan dipasang oleh sepasukan pakar di LEGO.
Ini bermakna ada 6 set kesemuanya kan ? Ok .. Untuk membeli kesemuanya dengan cara mudah , sila ke stesen Shell yang berhampiran kemudian dengan tunjukkan kad BonusLink :
- Beli model kereta Lego® pada harga RM 12.90 setiap satu tanpa perlu membeli sebarang barangan Shell. (terhad kepada satu unit setiap pelanggan untuk setiap transaksi)
- Dengan pembelian minimum RM40 (gabungan resit dari stesen Shell yang sama dibenarkan) Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing, para pelanggan boleh membeli kereta model Lego® pada RM10.90 setiap satu dan / atau set Lego® Minifigures pada RM10.90 setiap satu (terhad kepada 3 unit barangan Lego® setiap pelanggan untuk setiap transaksi).
- Dengan pembelian pek 4 liter Shell Helix Ultra / HX7 / HX7E / HX7 Diesel, pelanggan akan menerima satu set Lego® Minifigures secara PERCUMA. Mereka juga boleh membeli sebarang model kereta Lego® pada harga RM12.90 setiap satu (terhad kepada 3 unit setiap pelanggan untuk setiap transaksi)
- Promosi ini sah sementara stok masih ada.
Ok .. Tunggu apa lagi kan ? Sila dapatkan ke semua set tersebut ! Aku dapat daaahh !