Tengok cermin mata aku tu .. Cukup mengambarkan betapa panasnya cuaca di LEGOLAND ketika ni … Er , spek aku ni yang transition punya cermin tu haaa .. Kiranya ikut cuaca laa.. Kalau hujan , automatik ada air kat cermin tu.. Erk , hahahaha.. tak de la sampai hujan bersalji.. Panas dan tidak je , perubahannya tu ..
Berbalik pada perbincangan kita , Qhaliff yang aku rasa dapat sifat ibunya yang banyak tenang berbanding aku yang banyak menendang itu , sangatlah tenang bermandikan kepanasan di sana ..
Dalam stroller , dia cool .. Dukung pon begitu gak .. Aku pulak yang meronta tak tahan panas .. Huhu ..
Bila dalam keadaan gitu , syukur aku pada ALLAH diberikan anak yang sabar begini .. Harap kesabarannya dan bijaknya itu bersama dengannya hingga bila bila ..
Tamo ikut daddy yang gemar jadi hulk ni yer , Qhaliff ..