Salah seorang anaknya , sebesar Qhaliff .. Qhaliff menangis nak susu pon aku dah kelam kabut ... Hurmm
Siannya .. Haih..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Salah seorang anaknya , sebesar Qhaliff .. Qhaliff menangis nak susu pon aku dah kelam kabut ... Hurmm
Siannya .. Haih..
Ada 4 botol gitu .. Ada yg tanya , apa beza madu asli n tualang .. Ada beza dr segi rasa...Khasiat , lebih kurang jer ..
Maka , terjwb sudahlah pd setiap tweet aku pasal madu tuu.. Hehe...
Dasat ompompuan ni .. Asal 'madu' jerrrr, terus ingat nikah lg .. Ingat senang keee jaga ompompuan neh ?? Huhh...
Hurm.. sian dia semalam .. Dalam mengantuk mengantuk tu , beria bersungguh dia nak ikut aku keluar jumpa kawan kawan blogger yg dtg ke Putrajaya ..
Dia tgk aku bersiap .. Sembur perfume.. deodorant.. Pastu aku solat Isya dulu.. Dia merangkak dtg ke kaki aku dan berpaut .. Alahaii...
Wife amik .. dia meronta ronta nk turun. Aku siap solat..Dia tersenyum .. Merangkak ke arah aku .. Aku dukung dia .. Suka giler dia .. huhu..
Hurmm.. Nak bawak dia kuar , jam dah kul 1030.. Que Achmad dah tunggu luar.. Aku pas Qhaliff kat wife..Muka berubah..
Setengah jam kemudian, wife bgtau dia dah tdo .. Sblm tu , merangkak lagi dia hingga dpn pintu ..
Aku balik tak lama kemudian.. Dia lena dah..Subuh dia jaga .. Dia cari wife yang sedang solat.. Menangis bersungguh sungguh dia.. Aku dukung , dia tak nak.. Merajuk kah ? Huhu..
Tetiba rindu sangat kat dia..Ni kat Perodua..Servis keta.Nak bawak dia, dok tdo lg .. Hurm..
Hurm .. Aku merajuk dah ngan dia .. Mentang-mentanglah aku punya dada tak mengandungi susu .. Qhaliff sanggup melukakan hati aku .. Huwaaaa ..
Kenapa ?? Kenapa korang tanyaa ??? Korang bayangkan eh .. Hurmmm.. Bayangkan laaaa .. Pandang ke atas dan imaginasikan .. Qhaliff yang sedang bermain sorang sorang nun jauh dari ibunya , ibunya berpura pura menangis.. Dia merangkak datang dan siap menangis sekali !!! Bayangkan laaa woiii .. Bayangkan !!!
Aku pon try buat gak laa .. Perghhh .. Dia pandang aku dengan muka penuh tanda tanya !!! Seolah berkata dalam hati ..
“ Apa gila daddy aku teriak cam putus sudah kasih sayang ??? “
Dan dia leh sambung buat kerja dia iaitu gigit mainan dia .. Bayangkan laaaa .. Ayah mana tak kecik hati wooiiiiii .. Aku sedihhhh .. aku sedihhhh .. Ni yang membuatkan aku keluar nak g cari maggie ketam ni ..
Sampaaii hatiiiii Qhaliff ! Esok lusa , gi duduk ngan ibu kat opis diaaa .. Daddy nak g umah kebajikan orang tua tua .. Huwaaaa …
Yummy .. sedap wooo maggie ketam adik ipar aku masak ni .. Huhuh.. Ikutkan , apa saja maggie sedap bagi aku .. Hantu maggie la katakan .. Bukan hantu madu yer .. huhu ..
Haaa .. Orang kata kalau kena denggi , makan sup ketam ni penawar untuk denggi .. Benarkah ? Ahaaa .. Ok ,aku google dan jumpa satu testimoni dari blog ni .. Aku copy sat eh .. Jangan tuduh aku blogger copy paste lak yer ..
“ SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah.
Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam.
Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya.
Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi.
Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. “
Haaa …. menarik bukan ? Tapi part selepas tu buatkan aku tersenyum lebar ..
“ Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui.
Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.Sila Tel . Ketam Segar Pintas Tanjung Bungah Faruk Abdul Rahman 012 552 1820 / 012 560 4036 .”
Hehehe .. pikir positif la yer .. Sumber dari SINI .. Yelah , mana tau ada yang mencari kan ? Ok la tuu..
Lupa lak … Maggie ketam yang dalam gambar diatas tu , bukanlah aku yang masa tapi adik ipar aku .. Anaknya, Ammar yang pernah top di blog aku satu tika dulu , disyaki dijangkiti demam denggi , minggu lepas.. Alhamdulillah , dah pulih ponn ..
Apa pun , segalanya terpulang pada kepercayaan korang .. Dapatkan nasihat pakar , seperti .. aku ? Heheh.. Doktor pakar laa.. huhu ..
Suka dia tgk burung kat sana .. Tapi yg lebey, bapak dia ...heheh ..
Cuaca panas sgt ..Nasib baik gi awal pagi. Tak silap aku taman ni bukak jam 930 pagi . Tiket masuk , RM25 utk dewasa dan budak bwh 12 tahun lak cuma RM12 je..Qhaliff , kira dewasa .. dia tak nak mengaku dia baby .. Huhu .. Nak tak nak , aku kena mengaku la aku baby ..
Dalam tu , kitorang sempat habiskan masa 1 jam setengah sebelum Qhaliff mengantuk sgt .. Terpaksa keluar ... Hehe.. Adik aku ngan anak anak dia, jalan jalan lagi..
Hurmm.. Atas kul 12 , ramai woo org dtg .. dan kitorang ..balikkkkk..
Mintak cara baik , salah ... Buat cara salah , mengamuk .. Dah tu , camana ? Alasan adil tu la yg senantisa bermain di mulut padahal patutnya sama sama la bekerjasama , kan ? Hehe...
Aku ? Nikah lg ? Eh .. belum ada dlm perancangan .. Tak tau la akan datang , kan ? Hahahaha ..ada gak kena sunat lg ..
Biarlah gambar menjelaskan segalanya. Oh , ini dari kamera HTC ONE X yer.. Bukan kamera AES yang dah mengeluarkan beratus ribu saman tah hapa hapa itu yer .
Ops .. terasa keeee ???
Hah ??? Ayah dia mampu beli kasut sebelah je ker ? Huhu .. Apa nk buat.. Dpt bonus, byr saman AES ..Er , lom byr lg .. Dok simpan skit skit duit .. huhu..
Sebenarnya ada berpasangan kasut dia tp dia gemar cabut dan buang !! Berkali kali aku kutip dan pakaikan .. Akhirnya aku biar gitu.. Dia selesa gitu ! Hahaha..
Patutlah ramai tgk jer .. Hahaha..
Reaksi dia bila bagi makan oats ngan carrot padahal sebelum ni , telan jer !! Gaya siap goyangkan badan mcm geli geleman benar !!
Mengadaaa daahh .. Dan , dia dah leh baca memek muka orang tua dia .. Marah , sedih ...dia mesti tengok semacam dan datang bermanja..
Besar dah anak aku ..
-IKLAN-
Indiana Boutique menampilkan pelbagai jenis tudung dan selendang mengikut trend terkini. Penggunaan material yang berkualiti dan jahitan yang kemas adalah salah satu faktor produk yang dikeluarkan laris dijual.
Pastikan anda tidak ketinggalan memiliki koleksi dari Indiana Boutique.
Sila layari kami di www.indianaboutique.com atau
LIKE fanpage kami KLIK SINI
Ok la tu .. Stendek la artis … Ops , bukan artis kita yer.. Artis kita baekkkk baekkk punya .. Maklumlah , ada pegangan agama dan adat .. Jadi tau la mana baik dan mana yang kurang enak untuk dilakukan , kan kan ?
Sian kat artis popular dunia ni .. Bukan dia sorang je bermasalah gini .. Yelah , masa naik dulu .. syok tak terkata .. Bila dah terlalu tinggi , hurmm .. mulalah ..
Punca ? Banyak.. susah nak kata .. Tapi antaranya yang boleh aku tangkap , kes ngan awek dan juga tergugat dengan Psy kot ? Sebab Psy dah pecah rekod dia ? Hehehe .. Pecah ke eh ? Entah laaa.. Yang pasti korang popular laaa nak dibandingkan dengan jiran aku tu ..
Apa poon Justin , kalau nak hisap gak .. hisap la.. Duit banyak .. sakit , masuk spital .. Mati , tanam ke .. Tak susah kan ? Dan jangan lupa wasiat skit harta kat aku .. Oh , apa apa tweet aku eh ..
Baca la artikal pasal dia dan ganjanya itu di SINI .. Peminat setia Justin , jangan terkejut yer .. Ganja bagi mereka cam chewing gum jer ..
“ Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan kontrak seramai 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari hadapan sehingga hujung bulan Jun nanti.. “
Artikel Penuh: Baca di SINI ..
Tarik nafas lega la kawan kawan aku nun di opis lama aku tu dan 45 ribu lagi penjawat awam kontrak .. Dari dok dengar nak tetapkan mereka ( sejak zaman aku lagi yakni 7 tahun lepas ) tapi dok lagu tu gak je..
Tapi tak pe laa .. Dari nganggur kan ? Syukur la jugak ada kerja haaa.. Yelah , ada yang dah kawin , ada yang buat pinjaman bank .. Kalau tak sambung , mau botak kepala tiap malam dok digaru walaupun tak gatal.. huhu ..
Sian sebenarnya penjawat awam kontrak ni .. Maklumlah , bertaraf kontrak .. Jadi , ada yang pandang sebelah mata kat mereka ni .. Ada yang amik kesempatan ‘mendera’ mereka .. Hehe .. Lawak gak sebenarnya ..
Tak kisah la .. berkhidmatlah selagi mana kerajaan membayar gaji tepat pada masanya . Part ‘mereka’ tu , biarlah .. Hari ni hari mereka .. Nanti tau la langit tinggi rendah .. Doakan je mereka ubah perangai .
Buat kerja dengan ikhlas . Datang kerja , jangan main game .. Curik tulang atau sebagainya laa.. Korang pon lebih arif kan ? Hehehe ..
Rindu pulak kat opis lama nun di PWTC ..
“ Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. “
Dalam satu akhbar online yang aku baca baru-baru ni ada memberitahu yang sistem AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.
Itu baru 14 kamera yang dipasang .. Kalau 831 kamera dipasang menjelang akhir 2013 dengan alasan nak menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.. Kononnya laaa .. Tapi pasang kat bawah jambatan jalan lurus yang takde kes kemalangan pon ?
Kalau benar la nak tangani masalah kemalangan ni , g letak kat tempat tempat yang sepatutnya .. Kenapa ? Tak menguntungkan ke ?
Semalam , aku lalu dan nampak la penguatkuasa bawah jambatan tu siap dengan kamera yang diletakkan di bahu jalan .. Jalan lengang.. Had laju 80kmj .. Cuaca panas tak silap aku .. Nak suruh pandu berapa laju situ ? 80 ? Bila jalan lengang , takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan kita boleh jimat masa .. Nak tanya skit , yang dok bagi saman ni , ikut ke peraturan jalan raya ?
Jangan bebankan rakyat . Yang sedia ada pon dah cukup membebankan . Bila rakyat tak sokong , kata tak kenang budi .. Bila dah sokong , sakit hati !
Janganlah lupa.. Yang tinggal di Putrajaya ni , penjawat awam .. Kalau tiap bulan satu saman , baik CUEPACS mintak kerajaan sediakan tambahan elaun untuk bayar saman ..
Dah tambah sorang lagi kawan aku di Putrajaya ni kena saman.. Memula dia ingat dia takde .. Check punya check .. ada satu ! Huhuu .. Ini bermakna , kawan aku yang aku kenal dah ada saman AES ..walaupun bukan semua la.. Er , tak tanya semua pun lagi.. hehe.. Tapi 4-5 orang ada dah ..
Nak didik rakyat supaya bijak uruskan waktu ? Hurm.. Dah urus baik dah pon .. Keluar gi kerja yang depan mata tu pon dah bagi setengah jam awal . Ikutkan dalam tempoh setengah jam tu , dah leh sampai Gombak dah , kalau dari Putrajaya padahal nak ke opis yang tak sampai sekangkang kera tu haa ..
Janganlah semata mata nak cepat dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta tu , rakyat jadi mangsa ! Bukannya tak leh bayar saman tapi janganlah pijak kepala rakyat ..
Nak didik , guna akal .. Bukan guna poket ..
Entri berkait AES yang aku dah buat ..
Tahniah ! Daddy dapat saman AES . Dua lak tu ..
Ada kawan antar email tanya apakah makanan Qhaliff skang ni yang membuatkan dia ukk ukk dengan comelnya .. Hurmm ..
Aku bagitau la apa yang Qhaliff makan kemudian ada dia tanya aku apakah kandungan sodium di dalam tu tinggi atau sebaliknya ? Memandangkan aku dulu Sains sampai darjah 3 je pastu cikgu dah dimadukan kemudian berpindah sekolah , aku tanya dia apa tu sodium ? Kalau stadium tu aku tau laa ..
Dia balas email dan memberi tahu sodium tu garam .. Owh .. Baru aku tau .. Aku ingatkan salt je garam .. Ok ,satu ilmu baru untuk aku dan mereka yang tak tau .. hehe ..
Aku balas email semula tanpa guna bedak atau lukisan untuk mencantikkan email tu .. Dalam tu aku lampirkan dua keping gambar yang bukannya gambar aku atau gambar pp Qhalifff ..
Oats ni , wife tambah dengan kurma , kadang kadang dengan buah kiwi , avacoda ,plum , pear , sayuran lak .. carrot , brokoli dan kekadang salmon .. Selera je dia makan .. Dan sesekali potato .. Wah , cakap omputih aku .. Potato kauu ..
Makanan Qhaliff , takde kaitan dengan makin tembamnya pipi dia .. Pipi Qhaliff tu mai dari mak dia tapi labuhnya pipi tu , ehem.. aku punya masa kecik kecik dulu . Tak caya ? G cari dalam blog ni haa.. Gambar aku kecik dulu.. Kalau letak ngan David Beckham , confirm ramai keliru punya masa satu David Bechkam .. mana satu aku !
Apa gelak gelak ??
Haaa .. Dan buat mereka yang bakal dapat baby , pastikan susu ibu adalah keutamaan .. Manis wooo .. Erk , mana aku tau ??? Ala , Qhaliff bangun dah ..