Dulu kan , kalau ada budak kecik datang rumah aku kan pastu buat sepah .. confirm aku giler jap ! Hahahha .. Bukan la tak memahami tapi tak tau .. Maklumlah budak .. Kita yang takde anak , tak tau apa apa langsung kecuali cara buat anak .. haaa.. Part nak jaga , tu ramai tak kisah .. Serah kat mak bapak ..
Selepas ‘belajar’ dari orang tua ,bacaan ringkas , rakan rakan termasuk di dunia maya , barulah aku memahami kenapa dan mengapa mereka begitu .. hehehe ..
Jawapannya ialah .. BELAJAR ! Itulah cara kita belajar sewaktu kita kecil dulu .. Dengan cara begitu , kita tau akan sesuatu perkara .Sebab tu budak tau apa yang boleh dikoyakkan dan apa tak boleh dikoyakkan .. Sebab diorang dah tau .. hehe..
Alhamdulillah .. Qhaliff dah belajar banyak perkara antaranya bila aku sebut 1,2,3 dia akan mula melangkah .. Bila suruh kiss pipi , dia akan buat dan juga melambai .. Dalam kereta ? Jangan cakap laaaa .. Dah tau nak bukak pintu okeh ! Sangat merbahaya ..
Dan pagar dia sampai dah .. hehee..