Gambar bawah ni cuma lakonan semula yang dilakonkan sendiri oleh Qhaliff !
Bila bayi dah boleh makan solid food maka kena hati hati .. Maklumlah , sedangkan susu pon boleh tercekik , ni kan pulak makanan pepejal.
Persoalannya , apakah persediaan kita ? Hurmm .. Tadi , sewaktu makan malam di Alamanda .. Qhaliff tiba-tiba tercekik .. Erk, dia tercekik betulkah ?? Sebabnya dia macam main main .. Tapi mata berair .. Hurm.. Bila dah korek kerongkong dia , takde apa apa lak .. Selepas bagi air .. ok dah .. Huh.. Sengih dan sambung gigit straw !
Masa tu , terfikir aku .. Kalau benar dia tercekik , apakah tindakah aku ?? Tengok sajakah ? Menjerit mintak tolong ? Atau g order coconut shake ?
Aku google.. Jumpa infomasi yang sangat berguna dari blog rakan ialah Myvitrd yang terlebih dahulu membuat entri yang sangat berguna ini ..
Bro Myvitrd , pinjam gambar eh ..
Rajah bagaimana bantuan boleh diberikan , sila rujuk blognya .. Klik SINI ..
Jangan pandang ringan isu macam ni .. Kalau berlaku , sekurang-kurangnya kita tak jadi tunggul kayu .. Dan menyesal dibelakang hari !