Buat sikit penambahan ..Pasni nak gantung cermin lak ..hehe..
Pening gak nak bagi nampak cantik dan selesa ... Hurmmm..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Buat sikit penambahan ..Pasni nak gantung cermin lak ..hehe..
Pening gak nak bagi nampak cantik dan selesa ... Hurmmm..
Alhamdulillah .. siap dah segalanya.. Rumah dah bersih .. Kemas .. Cuma belum lengkap .. hehehe .. Astro dah masuk .. Kes terpaksa ! Tu pun pasang basic jer.. Sebulan RM40 .. Asal leh tonton je .. Pastu untuk internet , guna je MAXIS BROADBAND .. RM88 sebulan ..
Dan menariknya kat rumah baru aku ni , penduduk taman ni dah pun buat group Whatsapp untuk saling berhubungan antara satu sama lain dan juga menyalurkan maklumat terkini ..
Majoriti penduduk taman ni , baya baya aku .. hehehe .. Muda muda belaka … Cuma sunyi skit je la .. hihi .. Tunggu ada aktiviti , baru meriah skit belah malam ..
Ke tunggu Qhaliff besar .. malam leh layan bola depan rumah .. hehe ..
Aku tanya kawan aku ...
" Berapa ko amik utk buat satu plug point yg baru eh ? ".
Dia jawab .. Dia jawab eh ..
" RM250...".
Hurm ...
Tadi ada aku tanya kat kontraktor berbangsa Indonesia yg dah ads Mykad warna merah .. Soalan yang sama ..
" Tak pa la.. kira harga kawan .. 2 point tu RM100.. termasuk ngan barang dan upah ..".
Hurm .. Nak kaya sekejap rupanya kawan aku ni ..
vs
Bila ternampak dua budak botak ni ( UPIN IPIN ) , Qhalif tersenyum. Macam nampak kawan lama dia .. Hehe .. Dan semalam , aku saja test pasang Boboi Boy pada dia .. Dia tengok tanpa ada perasaan .. Hurmm .. Tidak menarik minat dia kah ? Dan aku kembali tayangkan youtube Upin Ipin .. Dia senyum ! Lorrr …
Ada seorang kawan kata Boboi Boy memberi kesan negatif pada anaknya. Setiap kali selepas menonton Boboi Boy, dia akan ikut gaya mereka terutama dari segi bahasa yang agak kasar ( tak sesuai untuk anak anak contohi ) .. Hurm …
Tak dinafikan sebenarnya sbb anak buah aku pun begitu juga.. Tapi ini tak bermakna Boboi Boy tu tak sesuai ditonton cuma untuk anak anak kecil yang masih terkial kial mengutip infomasi disekeliling mereka , mudah terpengaruh .. Kita yang dah tua ni pon mudah terpengaruh denga gaya bahasa ( tengok filem atau rancangan tv ) , ni kan pulak budak budak ..
Aku tanya rakan rakan di FB mengenai dua rancangan kanak kanak ni .. Dan jawapan mereka ..
Bagi aku , dua dua ok cuma Boboi Boy ni lebih sesuai untuk manusia kategori aku .. Kalau ada yang terpengaruh gak , ternyata dia masih belum mampu berfikir dengan waras ..
Pendapat korang lak ?
Legaaaa.. Broadband 20GB Maxis aku akhirnya berbaloi baloi !! Ni kat rumah baru aku .. Kat rumah lama ( pindah abis dah hari ni ) , Maxis semput giler !!
Dan ...Qhaliff boleh layan UPIN IPIN kat tv !!! Link guna HDMI .. Baru boleh buat kerjaa ... Huhu .. Operasi mencantikkan rumah akan bermula ..
Dan aku , boleh kembali download movie terkini !!! Weeeeeeee... Ops.. Alhamdulillah ..
Perghhh... Baru tauuu.. Dulu otai dah pesan.. baby nak tumbuh gigi , mmg liat nak tidur !
Ok..aku percaya ... Kena pasang video , mata letih ... Baru terlena.. tu pun masih kena dodoi lg ..
Hurm .. esok tidur dah umah baru ..slmt tinggal rumah ni..Kenangann..
Terbaca tajuk di Sinar Harian Online , ‘ Mayat ditemui di jeti sah William Yau ‘,, sangat sangat mengejutkan aku ! Pagi tadi aku terdengar di berita mengenai satu mayat dijumpai dijeti tapi belum disahkan siapa .. Dan akhirnya ..
“ Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights minggu lalu. “
“ Pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.
Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam tiga hari lagi untuk pengesahan lanjut.”.
Punca kematian , masih dalam siasatan . Setakat ni polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.. Lanjut , baca kat Sinar Harian Online .
Aku .. tak tau nak kata apa.. Kasihan sangat kat mak ayahnya .. Hurmm.. Anak kesayangan demam pun kita dah sedih .. hurmm .. Jagalah anak anak kecik kita .. Biar penat badan sekarang dari menyesal seumur hidup !
Tiba-tiba lak demam .. Nak tumbuh gigi ke ? Hurm .. Doktor suruh basahkan badan dia.. Suhu 38.0 ... Hurmm ..
Sian .. asyik meracau jer dia.. Kensel gi gym mlm ni.. huhu..
Aku di UNIFI ,Cyberjaya .. UNIFI Center buka jam 9.00 pagi dan ramai dah dok tunggu utk berurusan ..
Lambat 2 minit ? Atau jam aku yg cepat ? Masa itu emas..
Selamat tinggal UNIFI.. Semoga jumpa lagi ..
-iklan sat-
Sedap dan punya khasiat ! Klik SINI untuk lebih lanjut ..
___________________________
Qhaliff ke daddy yang nak ni ??? Heheh.. Bila tengok bayi baru lahir .. terasa rindu saat saat Qhaliff berusia sehari dulu.. Benarlah kata mereka , mmg rindu sangat nak rasa detik tu kembali walaupun pasti akan menempuh saat saat mendebarkan .. hehe ..
Aku .. aku dah semakin tua .. Tapi kalau kat barat , time ni la baru nak buat anak .. Kata mereka bagus .. Aku tak sure la bagus tang mana .. hehehe .. Tak kisah la mana pun.. Asal mampu , jalankan ajaaa dong ..
Buat masa terdekat ni , Qhaliff lom leh ada adik .. Kena tunggu setahun lebih , baru boleh .. Maklumlah , operation.. Kena tunggu sembuh betul , baru boleh ..
Tapi , kalau private hospital … diorang kata ok je.. Takde masalah .. Masalahnya lebih pada hospital kerajaan.. Hurmm .. Aku pon tak pasti la.. Aku bukan doktor .. hehe .. Nurse , jauh sekali .. Tu pun , orang orang yang cakap ..
Ikut aku, setiap tahun keluar .. hehehe .. Ada jugak bukak taska .. hehe..
Ternampak sewaktu menunggu wife kelmarin. Memandangkan rakan-rakan kat blog aku ni ramai yg bijak bijak senantiasa dipenuhi oleh idea idea yg membina , apa kata salurkan ke tempat yg sepatutnya ..hehe ..
Utk lebih lanjut ,sila ke laman web opt .. www.mohe.gov.my
Qhaliff dok tidur kat atas tu .. Lenaaaa .. Sapa jaga dia kalau aku dok ralit dgn laptop dan wife nak memasak ??
Tak pe .. pk positif.. Lena .. Mesti lama tdo tu .. Tp kalau dia jaga tanpa kita sedari ? Mesti dia akan merayau dlm bilik tu. Kalau jumpa sesuatu yg mampu mengancam nyawanya ??
Fikir panjang panjang setiap perkara. Pikir pendek , jadi cam dalam gambar tu. Bukan kehendak kita tp kita mampu elakkan ... Guna akal !
Baby yg masih ‘putih’ itu pun dah reti cemburu terutama bila ibunya mendukung baby lain . Hehe..
Cemburu itu nikmat tapi jadi bala bila terlampau ..
Awie kata Tan Sri Jojo bukak Hard Rock Café , ok je ! Kenapa dia bukak kelab , ramai orang bising ? Hurmm .. Aku rasa la kan , orang tak kisah apa Tan Sri Jojo tu buat .. Lantak dia la.. Tapi orang yang bising tu sebenarnya sayang kat bro Awie ni ! Serius , aku pun sayang ! Sebagai peminat ! Aku mmg minat giler kat Wings dan Search .. Sebab tu ramai yang bising .. Sbb sayang ..
Apakah buka kelab saja boleh buat duit ? Hurmmm .. Fikirkan juga soal keberkatan hidup dan juga rahmatNya .. Memanglah itu antara kita dengan Allah . Tapi sebagai saudara seagama , kita perlu ‘tegur' menegur’ .. Kita mati sorang sorang tau .. Atau dunia ni je kita ‘beramai-ramai’ ..
Teringat kata seorang kawan ni .. Dia kata dia ‘terpaksa’ buat kerja di sebelah malam dengan jadi bouncer ( pegawal peribadi) di sebuah kelab malam .. Katanya bayaran lumayan dan kerja tak susah .. Hurmm .. Aku pesan kat dia , jgn lupa soal BERKAT .. Soal Halal Haram tu , sendiri dah tau .. Mungkin dia terlupa soal KEBERKATAN ..
Aku pernah nganggur bertahun tahun pastu kerja , gaji rendah. Aku ikut kawan aku meniaga ringtones utk handphone di pasar malam. Bayaran , tak seberapa tapi aku puas sbb aku tak perlu pukul orang , tak perlu tengok orang minum arak dan aku gembira tengok . Tak lumayan tapi ok la.. Dapat gak isi poket dan guna duit tu gi gym ..
Bila kita nak mencontohi seseorang , ikutlah yang benar… Salam Maulidur Rasul …
Tak sabar nak tengok filem terbaru Mamat Khalid yg penuh dengan maksud tersiratnya .. Bro Awie .. Semoga Allah merahmati anda .. Respek lu ! Bukan respek bukak kelab tu tapi suara bro dalam album Wings… hehe ..
Terbaca di SINAR HARIAN , walaupun tak suka , aku baca gak sbb bukan orang tu yang punya ! Weekkk .. Er , ada isu dulu la dengan orang yang mengatakan dia kerja kat Sinar Harian .. Kononnya la.. Dangkal sungguh ..
Haa.. Sambung cerita .. Kejadian dimana lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.
Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.
Cerita lanjut , korang boleh baca di SINI . Al-fatihah buat kesemua mangsa ..
Malam semalam , hujan lebat kan ? Dari Putrajaya ke Puchong. Aku menghala ke Sungai Buloh . Sangat sangat lebat. Aku memperlahankan kenderaan . Begitu juga dengan kenderaan lain .. Malangnya kebanyakkan yang menderu laju ialah lori lori yang punya muatan. Seram betul aku tengok . Cukup risau kalau lalu sebelah aku terutama yang bawak besi atau konkrit seperti diatas ..
Tak sangka rupanya berlaku juga .. Bila berlaku, apa jadi ? Pemandu cepat cepat melarikan diri .. Alasan takut kena belasah . Hurmm.. Kenapa tak fikir panjang sewaktu nak melakukan tindakan tu ? Tak ke sedar apa yang dibawa ‘dibahunya’ itu ????
Bila aku up cerita begini , adalah yang komen kata suami dia bawak lori.. Tak baik kata gitu .. Ayah dia bawak lori , ok jer .. Adik ipar aku pun bawak lori.. Mak ayah aku pun bawah bas sekolah … Adik beradik aku pun bawak bas sekolah .. Tapi ikutlah peraturan .. Kalau tak ikut peraturan , mmg terasalah dengan apa yang aku sampaikan ..
Diorang bawak kenderaan besar pastu himpit yang kecik kecik ni .. Akal takde ke ?? Tak kira la lori ke pacuan 4 roda ke .. Sama jer.. Terasa besar sangat ke ? Kalau tak sayangkan nyawa sendiri bayangkan jika berlaku pada anak bini !