“ Selagi mana tidak memudaratkan aku , aku akan tetap merokok dan selagi tiada fatwa mengatakan rokok itu haram .. aku tetap merokok .. “. Kata kata seorang rakan yang bijak dalam ilmu agama ..
Ok , aku malas nak bertekak bab ni terutama dia sendiri pun bijak dalam agama nak dibandingkan aku yang jauh lebih cetek darinya .. Cuma aku mampu tersenyum je la ..
Perokok ni , hanya dok kisahkan diri dia saja.. Selagi dia sihat , dia akan merokok .. Camana pulak dgn orang sekeliling ? Kalau dia hisap rokok , jauh dari orang ramai .. ok , takde sapa nak marah atau larang .. Tapi kalau dok hisap depan kawan kawan walaupun kawan kawan dah berkali kali dok ingatkan , camana ?
Jika merokok tidak memudaratkan diri dia , apakah dia tidak tahu bahawa asap rokok itu akan memudaratkan orang lain yang berada disekelilingnya ? Ok , dia tak kisah .. Tapi kalau tak kisah , berbalik pada hukum agama .. Apakah hukum jika perbuatan seseorang itu mampu mendatangkan kemudaratan pada orang lain ? Hurm..
Dan menariknya .. Dia bagitau , hukum merokok ni cumalah makruh. Belum jatuh haram .. Ok .. Aku google dan jumpa jawapan dari ahli agama sendiri ..
“ Hisap rokok itu makruh jika ia sekali sekala tetapi jika dihisap hari-hari sehingga ketagih dan memudaratkan kesihatan serta asapnya boleh mengganggu orang ramai ia dihukumkan haram.Itulah maksud sebenar yang dikatakan orang kawan anda itu. “.
– Sumber : IslamGrid
Dan menariknya , ada yang kata bila merokok baru datang idea atau bila merokok baru ada stamina nak main bola atau workout .. Heeeee … Dasat betul pemikiran mereka setelah dikelabukan dek asap rokok ..