Tak lama lagi , nak masuk setahun.. Bulan April.. Yeke April ? Sat nak cari MyKid Qhaliff …
Haaa.. confirm.. 2/4/2012 dia lahir .. Kena buat alarm 10 kali ni.. Kalau tak confirm aku lupa .. Huhu.. Aku mmg lemah bab angka ni .. Susah nak ingat kecuali kalau orang hutang aku .. Tang tu aku ingat ! Setakat ni , alhamdulillah .. orang yang hutang aku semua tak bayar sbb tak de sapa yang nak pinjam dari aku yang takde duit ni.. heee..
Aku dok ingat laaa Qhaliff macam mula mula lahir.. Kiranya belum mampu berfikir lagi .. tapi aku selalu tersilap.. Semalam , sewaktu bermain kejar kejar dengan dia .. dia lagi bijak dari aku .. Aku merangkak bagi dia kejar aku .. Dia merangkak kejar aku dan aku merangkak mengelilingi playpen tu haaa.. Sambil menyorokkan diri.
Aku berenti .. dia berenti .. aku diam .. Dalam perlahan aku merangkak berlawanan arah ! Dia pun buat begitu ! Hahahahhaha.. Aku tak sangka dia boleh pk gitu ..
Best part ! Dia bosan dok ikut aku , dia terus masuk ke dalam playpen tu haaa .. ikut shortcut untuk ‘dapatkan’ aku ! Aku gelak besar.. Dia pun ikut gelak.. Amboi.. cam tau tau jeeee..
Patutlah kita , anak kecil pada ibu bapa kita sampai bila bila. Mereka belum boleh lepaskan kita kerana beranggan kita masih kecil walaupun tak sepatutnya begitu ..
Hurmm .. bayangkan mak ayah yang ‘dibuang’ anak mereka setelah berjaya menjadi manusia berpangkat mahupun berharta .. Haih ..