Aku menuruni tangga selepas mandi .. Nampak si Qhaliff memandang aku dengan comelnya .. Mulutnya , tak henti henti mengunyah. Aku pandang wife . Mungkin wife sedang suap sarapan pagi tapi tak .. Dok membaca sesuatu ditanganya .. Hurmm ..
“ Qhaliff makan apa tu ? “ . Aku tanya. Wife terkedu dan pandang Qhaliff yang tiba-tiba berenti mengunyah untuk sorokkan menda tu dalam ruang pipinya yang labuh itu.
Wife terus capai dia dan korek mulut dia .. Dia tak nak bukak mulut dia ! Aku masuk campur. Paksa rela dia bukak mulut dia ! Dan akhirnya Qhaliff tewas ! Dia bukak juga mulutnya ..
Grrrr… Patut sedap dia nguyah ! Kertas rupanya .. Haihh .. Aku pandang wife .. Malas nak bising .. Sama sama salah .. Adehhh .. Letih kalau baby dah start telan apa saja . Semua benda nampak macam hotdog !