Alhamdulillah .. Sejak balik dari Kelantan semalam , Qhaliff dah kembali membuang dengan baiknya. Itu pun berkat hasil usaha mak dia yang sediakan makanan berasaskan oats dan sayuran.. hehehe ..
Malam ni saja dah dua kali dia berak .. Satu kali sewaktu lepas aku mandikan dia .. Dan sekali lagi , selepas gi pasar malam di Putrajaya .. hehee.. Bagusnya , setiap kali tanda dia nak berak , dia meneran baekkk punyaa sambil pegang orang yang ada disisi dia .. Heeee ..
Dan , best part … lepas berak , dia start buat bising ! Tau kenapa ? Silalah basuh sekarang jugak ! Selagi tak basuh , selagi tu dia bising ! Dia tamo tukar pampers jer .. Mesti kena basuh !
Mau tak mau .. aku kena patah balik ke stesen minyak yang aku berenti tadi semata mata untuk diamkan Qhaliff ! Perjalanan nak sampai ke rumah , masih jauh ! Tak sanggup aku nak dengar dia ‘berleter’ dalam kereta !
Bila dah tukar .. ceria tuuuuuuu dan terus tidur ! Grrrr…