Hurm.. Mengalir air mata aku tengok kesudahan drama yang cukup cukup cukup menarik ini ! Sejuta pengajaran terkandung dalam drama yang cukup simple ini ! Sejuta pengertian yang mampu dikupas kerana ianya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.
Drama ni dilakonkan dengan baiknya oleh Eman Manan. Pelakon yang tak perlu pacak muka atau fizikal untuk memastikan lakonannya menarik ! Serius , aku minat giler lakonan dia sbb dia berjaya hayatinya ..
Rasanya yang ni kisah kedua untuk drama Rahmat .. Ana nak susu .. Kisah pertama dulu pun mmg cukup meninggalkan kesan pada penonton ..
Drama sebegini patut ditayangkan di cerekarama TV3 agar semua orang boleh menontonnya. Kalau sekadar di Oasis, berapa ramai sangatlah yang boleh nikmati seterusnya mendapat pengajaran darinya..
Terbaik !! Tahniah !!!
Risau sebenarnya aku nak bawak dia keluar gi basuh kereta ni tanpa sebarang bekal. Maksud aku tanpa susu botol langsung dan dia pulak baru lepas mandi. Kiranya belum lagi disusukan sbb mak dia dok sibuk mengemas kat rumah. Sebelum mandi tu , dah bagi makan dan susu la .. Cuma kebiasaannya lepas mandi tu akan disusukan lagi .
Jarak rumah ngan tempat basuh kereta ni tak la jauh mana pun .. Dalam 5 minit je pon .. Tapi risau tu tetap ada sbb kalau budak dah start nangis , kalau dibiarkan boleh sawan diorang ni .. Sbb tu tak nak sampai tahap gitu ..
Tapi apa yang aku takutkan , tak menjadi kenyataan.. Alhamdulillah .Selama menanti kereta siap ( lebih kurang setengah jam sbb banyak kereta ) , dia ok jer .. Membebel dan layan youtube dengan aku ..
Sehinggalah kereta siap , dia diletakkan atas car seatnya , dia masih cool .. Menguap , aku pasang aircond dan dia hampir tertidur .. Belum sempat nak tutup mata , dah sampai rumah ! Terus kasi kat wife , disusukan dan … Zassss… Lena atas katil ni dan aku duduk disebelahnya sementara wife tunggu orang gaji harian datang untuk bantu dia kemas rumah ..
Makin besar makin bagus .. Alhamdulillah .. Berkat doa ibunya serta rakan rakan sekalian .. Terima kasih ..
Suami isteri dan seorang anak perempuannya saja yg uruskan bisnis cuci kereta ni.. Baru pukul 10 pagi , hampir 10 buah kereta yg dtg mandikan kereta mereka.. Sebijik , RM10. Mmg puashati !!
Petang macam mereka jual pisang goreng lak sbb ada gerai depan carwash mereka ni .. Rajin rajin .. Anaknya pulak sambil tolong sambil buat kerja sekolah ..
Rezeki di mana mana jer.. Nak tak nak je gali ..
Alhamdulillah.. Semakin besar anak teruna aku neh .. Makin galak dia bermain dan murah dengan senyuman ..
Dan gemar layan alif ba ta tp bila mak dia ngajar, mula garu kepala.. Pastu pelan pelan lari !!! Memang anak bapak betul.. Ni tamo ikut okeh , Qhaliff !!
Bulan depan. setahun sudah !! Tp takde plan nak buat besday pon .. InshaAllah , nak sedekah sedikit kat surau di kg wife ... Mana termampu je .. Jika diizinkan Allah..
Semoga membesar dgn sihat dan jadi anak yg soleh ..
Di Sogo buat pertama kali dalam tahun 2013 .. Baru nak suap makan setelah penat beratur beli air , tiba-tiba loceng kebakaran berbunyi dengan cantiknya tanpa henti !
“ Camana ni bang ? “ . Wife tanya aku ..
“ Apa apa , kita makan kasi abis dulu .. Pastu baru fikir apa nak buat .. “ . Jawab aku sambil memotong daging ayam black pepper yang menyelerakan tekak aku tu ..
“ Orang lain rileks je bang ? “. Wife tanya balik ..
“ Rileks rileks jugak .. Kang kalau betul , masak kita .. Lagi pun bukannya tak pernah ada sejarah terbakar Sogo tu .. Tu pasal kena waspada gak ..
Sebenarnya dalam waktu wife dok kalut membeli barang Qhaliff , aku dok perati jer kiri kanan andai berlaku kebakaran , di mana pintu kecemasan .. Mana la tau kan …
Aku teruskan makan dalam gopoh gapah. Tak terasa kesedapan dah .. Mata dok memandang ke arah tangga ekslator .. Cool je diorang ! Tapi loceng masih berbunyi .
Dalam pada masa tu , terdengar pengumuman. Tapi sayangnya aku tak dengar apa sepatah pon ! Ahh , sudahhh .. Tawakal je la .. Apa pon , kasi abis makan dulu .. Heee ..
10 minit kemudian , loceng berenti .. Aku pun lega .. Hehehe.. Sayangnya makanan dah abis ! Wife punya daging kambing masih ada.. Hehehe.. Kacau dia punya !
Kalau betul berlaku kebakaran tadi , aku di tingkat 6 Sogo ! Dengan orang yang ramai berada dalam tu , entah camana la nasib kalau memasing berasak asak !
Aku tak suka pergi Sogo pada hujung minggu. Padat !! Tp dah itu je hari yg boleh aku dan wife pergi.. nak kata apa dah kan ?
Yang tak bestnya bila dah padat ni .. nak jalan pun susah ! Nasib baik Qhaliff dah ditinggalkan pada mak aku. Kalau tak ??
Dan aku pulak yg pening.. Nak mengekor jer wife sambil pegang bakul.. Tak ikut kata ..
" Baru 5 tahun nikah dah jalan asing asing .. ".
Haaa.. camana tuuu ?? Kalau ikut , berasak pulak dengan kaum hawa !! Kanggggg jd kes lain lak !! Mana la tau kot ada yg nk berkenalan keee sambil sambil pilih baju tuuu .. heeee..
Dan cam biasa.. Nak cari baju anak tp yg dilebih cari ialah kehendak mak !! Belinya tak .. beleknya lebih ... Grrr..
Bila laki cuci mata ..kata gatal lak... Huh..
Dulu .. Dia takut duduk dalam tu sorang sorang .. Skang ni dah boleh main sorang sorang dah .. Dalam tak sedar , umur dia dah cecah 11 bulan .. Sebulan lagi utk capai usia 1 tahun !!!
Pasni kena start belajar dah ..
Aku terbaca di wall Facebook seorang rakan yang akhirnya , aku ke blog tersebut untuk membacanya .. Yelah , dulu asik disogokkan dek buku teks sejarah hanya untuk lulus ujian dengan cemerlangnya tanpa ambil kira kesahihan fakta tersebut ..
Tapi aku tak kata la apa yang aku baca di blog ini adalah benar belaka tetapi sekurangnya ianya membuka minda aku mengenai dunia sebenar yang telah disembunyikan dari kita .. Benar atau tidak , kita ada akal dan ilmu untuk menilainya . Jangan pulak ada manusia kata aku nak timbulkan spekulasi ! Guna akal untuk menilainya ..
“ Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?
Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri. “. – Misteri Kejatuhan Melaka
Cukup untuk membuatkan aku berfikir mengenai situasi sekarang di negara kita yang mana ada yang sanggup jual negara asalkan tekak dan perut mereka penuh dengan makanan yang akhirnya menjadi tahi !
Aku tak suruh korang percaya . Aku cuma nak kita fikir memandangkan kita dah diajar membaca dan menilai ..
Takziah buat mereka yg terkorban dan ianya yang cukup membanggakan ! Teringin aku terkorban kerana mempertahankan negara ! Bukan semua orang berpeluang merasainya. Yelah , dari mati sbb kolestrol sbb terlebih makan atau merempit , baik mati syahid sebegitu kan ? Al-Fatihah. Semoga roh mereka bersama yang diredhai Allah ..
Aku sebenarnya malas nak update bab bab sesuatu yang kurang pasti lebih lagi hanya baca di akhbar kerana terlalu banyak dah perbezaan dan ketidaktulusan dalam menyampaikan maklumat. Maaf cakap la yer .. Jangan terasa . Sebab tu aku berfikir berkali kali sebelum nak update .
Mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di Lahad Datu tu , terdapat dua cerita . Satu , kerajaan jadi dalang. Kedua , kerana pembangkang ! Mana satu yang betul ?
Sapa yang jadi dalang , mereka membuatkan peristiwa kota Melaka ditawan pejajah akan menjadi kenyataan gara gara pengkhianat !! Orang orang seperti ini patut dihukum seberat beratnya ! Mereka terlalu mementingkan agenda mereka dari untung nasib rakyat ! Jangan gunakan istilah untuk berjaya , perlu mengorbankan seseorang ! Itu istilah haramjadah !
Semoga segalanya selesai dengan segera tanpa ada lagi yang terkoban. Hanya ALLAH mengetahui apa yang ada di hati mereka . Dan kita, hanya mampu berdoa ..
Aku dah serik dah ! Dalam dok waspada , berlaku jugak ! Aku pernah ceritakan dulu dalam blog ni camana Qhaliff jatuh katil buat pertama kali. Kelam kabut kitorang ke hospital . Sejak tu , mmg waspada sangat namun , tetap terjadi atas kelalain .. Hurm.. Nasib baik takde apa apa ..
Tadi aku gi umah mak aku .. Terperasan dahi anak buah aku tu .. Semacam pelik .. Tak sempat cakap , mak aku bagitau yang dia jatuh tangga ketika cuba kejar mak dia ! Adoiiyaiiiii .. Sadisssnyaa dengar ! Aku mampu geleng kepala .. Kesian sungguh laa.. Lasak sungguh budak ni .. Nak kata lelebih , bukan anak aku .. Susah nak masuk campur hal orang ni .. Jaga anak sendiri je la jawabnya ..
Jangan sesekali biarkan mereka berhampiran dengan tempat merbahaya walaupun atas niat nak mengajar .. Bukan begitu caranya. Kalau rasanya mampu mengundang kecederaan lebih baik di ajar dalam bentuk lisan .Tak perlu ada praktikal !! Haihh ..
Nak dapat anak , bukan mudah ! Bila dah ada anak , buat macam .. hurmm.. Yelah , sapa tak sayang anak kan ? Tapi jangan sampai yang dikejar tak dapat , yang dikendong .. hurmm ..
Hehehe.. Qhaliff dengan sepupunya , Dania .. Anak buah aku .. Mak aku kata dia ikut muka wife ..
Agaknya masa mengandung dulu adik perempuan aku tu kerap tgk muka wife aku... Heee.. Kalau betul , aku nak tgk muka aku la nanti masa aku ngandung !!! Cehh ... Ayat tak leh blah..
Ada yg kata Qhaliff versi perempuan .. Adoiyai.. Sama tang pipi jer.. Bapak dia pon tembam apa ?? Cuma tembam tu dah dimakan usia .. heeee..
Tak kira la..Janji tetap kacak .. lalalala..
Anda pandai lawak jenaka?
Pandai bermain muzik tanpa elektrik?
Pandai menari?
Apa saja bakat anda, tunjukkan kepada kami! Anda berperluang memenangi hadiah lumayan.
HADIAH
Tempat Pertama : RM5,000.00
Tempat Kedua : RM3,000.00
Tempat Ketiga : RM2,000.00
Sagu Hati : RM700.00 X 3 pemenang
Penyertaan PERCUMA!
Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.
Jom datang untuk tunjukkan bakat anda!
Jika anda berbakat dalam nyanyian, sila datang ujibakat ke Pertandingan Bintang (Nyanyian) sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 jam 2.00 hingga 5.00 petang pada hari ini hingga 3 Mac 2013 di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Temui Haiza dan Fazli Zainal (Malaysian Idol)! Mereka akan menjadi juri pertandingan. Jangan ketinggalan..
Tempat Pertama : RM3,000.00
Tempat Kedua : RM2,000.00
Tempat Ketiga : RM1,000.00
Sagu Hati : RM500.00 X 5 pemenang
Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan. Jom datang ujibakat!
Hurmm... Harap Qhaliff ikut perangai yg kedua tu... Didikan bermula dari rumah...huhu...