Alhamdulillah .. Dah nak masuk 5 tahun aku dalam dunia blog .. Dan dalam tempoh tu , aku dah lalui pelbagai ramai manusia dan juga pahit manis bergelar blogger. Menarik !!
Antara yang menarik ialah pelawaan syarikat syarikat besar untuk mengiklankan produk mereka .. Satu kebanggaan buat aku memandangkan aku cumalah penulis amatur tapi mampu beri impak yang besar seperti rakan rakan blogger yang lain ..
Surat pelawaan diterima. Perbincangan diadakan .. Tawaran dikemukan dan menariknya keputusan diam begitu saja ! Hahahaha … Sungguh amatur !! Bila ditanya , diam tiada jawapan. Haik ?? Takkan dengan kita punya ‘harga’ terus membisu begitu saja ? Serius , aku terus hilang hormat pada syarikat-syarikat besar ni !! Sangat mendukacitakan.
Bukanlah aku nak sangat duit diorang tapi aku nak tengok sejauh mana kesungguhan diorang nak gunakan medium blog sebagai pengantara mempromosi produk mereka. Hampeeeehh !! Seperti mana mereka mengoreng pengguna mereka , seperti itu juga mereka cuma nak goreng aku tapi aku pun ada kaki gak .. Tak semudah itu weh ! Info kiri kanan masuk ..
Dan baru-baru ni , ada kawan cerita kat aku mengenai satu syarikat gah ni .. Aku gelihati je dengar malah kawan yang cerita tu pun geleng kepala jer .. Nak kaya tapi kedekut !! Dah la kedekut , demand lagi ! Makkkk aihhh ..
Serius .. aku buat projek dengan company bukan bangsa aku ni , jauh lebih menguntungkan .. Bila kita buat gitu , mereka kata kita pilih kasih padahal ????? Sendiri pikiaq lorrrr ..
Rezeki datang dari ALLAH ..