Tu pasal aku tamo masuk ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tu pasal aku tamo masuk ..
Qhaliff jd mangsa mak aku ..hahaha.. Bedak sejuk hand made okeh !! Mak aku dulu mmg suka pakai .. Ngan aku aku dulu terlibat sama kena .. Skang cucu dia lak ..
Tapi ada kebaikannya ..sejuk skit badan Qhaliff .. lenaaaa je tdoo ..
Adoi .. sakit jiwa aku tengok .. Aku pun lambat gak .. Tapi kalau dah lambat tu , terima je la hakikat .. Nak memecut laju hingga boleh mengancam nyawa orang lain tu , melampau sungguh laaaa ..
Maaf cakap la yer .. Aku bukan nak kata lelaki ni baik sangat atau bagus sangat bila memandu tapi mmg tau dah lelaki camana bila memandu kan ? Haaa .. Yang buat aku garu kepala bila perempuan yang memandu serupa litar F1 ni !! Tengok muka dari cermin belakang , suci jer ! Tapi bersungguh nak potong kereta aku .. Padahal depan nun , kereta dok bersesak !! Nak gi mana ? Takkan semua emergency case kot ? Kot ye emergency , lain kali pasang siren kat kereta tu .. Tak de la aku nak mengumpat dalam hati ..
Nasihat … Kalau dah lambat , biar je laaa .. Baik sampai pejabat dari sampai hospital !! Redha jer .. Salahkan diri sendiri sbb tak disiplin .. haihh ..
Menariknya , bila berlaku kemalangan .. tau pulak nak teriak dan call laki time tu ! Masa memandu , tak hengat dunia langsung ! Caitt..
Dah berebut makanan ngan bapak dia.. Dah pandai nak buat org ketawa .. Dan pastinya mengekor mak dia , bila dia tau mak dia ada di rumah .. Mmg meraung kalau tak nak amik dia ..
Rasuah dia dgn buah epal .. dia terus ok ..
Hurm.. Aku ada hingga hujung tahun je untuk dapatkan apa yang aku nak .. Pasni , adik Qhaliff keluar .. mmg susah dah sbb nak kena jaga dua baby ! Perghh .. Terfikir camana nak usung dua baby dari umah aku ke rumah mak aku , sendirian ! Bukan mudah tapi ramai dah ibu berjaya melakukannya ..
Hurmm .. Hari tu , waktu Qhaliff nak mencecah 7-8 bulan , badan aku mmg dah tembam cam Qhaliff skang . Tapi setelah diprovoke oleh rakan seperjuangan , aku nekad untuk kembali ke saiz asal .. Hahahaha ..
Satu lagi masalah ialah , $$ … Bila dah tambah sorang lagi bermakna ada yang perlu dipotong dan perlu dibuat penambahan .. Hurmm… Apakah perlu korbankan workout di gym ? Kat rumah dah ada pon set workout cuma ‘feel’ tu takde ..
Harapnya , aku berjaya kekal cam sekarang la.. Bukan apa .. Tak selesa bila badan naik.. Mengah satu hal .. Kena tukar seluar, baju lagi woo.. Confirm jadi XXL ! Tak sanggup kooo ..
-entri berbayar-
Sempena HARI IBU yang bakal menjelang bulan depan, satu contest sempena hari ibu telah dianjurkan oleh www.vitaminibu.com dan www.glorytextile.com.my ,
Memandangkan sekarang harga emas tengah menjunam turun, tuan punya blog telah berbesar hati menawarkan JONGKONG EMAS PAMP SUISSE LADY FORTUNA SEBERAT 5 GRAM sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah sampingan yang sangat hebat.
Ok meh aku citer sikit berkenaan kedua-dua blog di atas.
Blog www.vitaminibu.com ni di asaskan oleh seorang ibu kepada 4 anak yang mana salah seorang anaknya adalah merupakan baby yang ada jantung berlubang. Tapi Alhamdulillah keadaan baby tu semakin hari semakin baik. Nak baca kisah ibu ni ada kat www.superibu.com
Blog ini adalah blog berkenaan vitamin Shaklee dan kesihatan. Buat pengetahuan, ibu ni juga adalah salah seorang Penasihat Penyusuan Susu Ibu Malaysia.
So kalau korang yang ada masalah penyusuan boleh la contact ibu ni di blog dia, service dia 100% percuma !!!
Antara sebab ibu ni mewujudkan blog ini adalah sebab beliau dah bertahun-tahun makan Shaklee sejak tahun 1998 dan memandangkan sekarang ni ramai sungguh pengedar Shaklee yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, ibu ni berasakan adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk berkongsi maklumat yang tepat berkenaan Shaklee hasil dari penggunaan dan pengalaman selama 15 tahun. Lama kan???
Ok yang satu lagi ialah blog terkemuka yang menjual baju kurung online dan kain cotton yang sungguh cantik dan berkualiti dengan harga yang sangat murah J
Butik ini terletak di JB dan proses penghantaran secara poslaju dibuat ke seluruh Malaysia.
Menarik minat aku untuk google memandangkan aku semakin jarang nak tonton berita kat tv dan juga membeli akhbar sbb baby kecik aku menguasai rumah ini .. Jadi , tak berkesempatan langsung untuk mempunyai masa peribadi bagi menelaah isu isu tempatan mahupun dunia.. Eceh ..
Mulanya aku terbaca di twitter. Seseorang telah tweet berita mengenai kemalangan tu .. Dan tadi , baru aku berpeluang nak tonton video kemalangan ngeri tu .. Hurm..
Kesian .. Aku malas nak komen lelebih sebenarnya sbb aku tak tau cerita sangat .. Apa yang aku tau cumalah menonton dari video 3 minit lebih dan baca dari blog blog jer .. Hurm..
Apa yang aku boleh simpulkan ialah di atas jalan raya ni , nyawa kita mmg di hujung tanduk .. Samada ketika memandu , berhenti mahupun berada di tepi jalan raya. Mata kena bukak luas luas .. Perhatikan segala kemungkinan yang ada di depan , tepi mahupun belakang. Bila kita waspada , ada pulak yang cuai ..
Perbanyakkan doa kepada ALLAH .. Al-Fatehah buat mangsa mangsa kemalangan tersebut. Baca la dulu sebelum nak exit blog aku ni .. Terima kasihhhh .. hehehe ..
Eksiden laa.. atau omputih kata kemalangan ! Haaa … Tapi sebelum korang membaca , leh tolong aku tak ? Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI sat ? Sat jeeeer pon .. Tqqq ..
Ok .. Ini kali kedua aku berpengalaman sedemikan rupa .. Kalau korang ‘call man’ , mungkin tau dah apa nak buat .. Hehehe .. Ini untuk mereka yang takde pengalaman .. Dan harapnya tak perlulah pengalaman itu. Memang memeningkan .
Apa yang perlu buat bila kereta yang dipandu anda berlaku kemalangan ? Contohnya dilanggar belakang atau langgar orang di hadapan ?
Yang pertama .. Call orang terdekat dan maklumkan . Jangan tandatangan apa apa dokumen jika ada orang datang membantu ! Ingat tu .. Walaupun dia kata dia nak tolong IKHLAS , jangan sign apa apa dokumen ..
Melainkan kereta anda teruk rosak hingga tak leh jalan , dapatkan nasihat dari orang berpengalaman .. Ingat , sedikit sebanyak kita sebagai pemandu jalan raya perlu tau apa nak kena buat walaupun kita tak nak ianya berlaku .. Jangan ingat semua okeh jer .. Haaa ..
Kemudian , buat laporan polis .. Sebelum tu , amik gambar guna handset anda. Pastikan jelas .. Lokasi dan kereta yang terlibat .. Rekodkan segalanya. No plate , no hp mangsa lain ..
Pastu call agen insuran anda untuk maklumkan juga kemalangan itu .. Tak kisah la teruk camana pon melainkan nak settle luar. Tapi kalau nak settle luar pastikan ianya benar benar disettlekan luar. Takut jadi kes lain laak .. haaaa.. Bahaya tuu …
Apa pun , aku nasihatkan .. kena ada ilmu sedikit mengenai kemalangan ni dan simpan no telefon mereka yang punya pengetahuan mengenai kereta ni .. Nasihat aku ni pon tak leh nak digunakan 100% .. hehehe .. Ini cuma sekadar nak bantu jer.. Bukan pe , kalau dah SIGN itu dokumen , mmg payah nak cerita balik melainkan kena ulur sedikit pampasan .. Melainkan diorang nak tolong ikhlas .. Ikhlas ? Hehehe ..
Teringat kata wife jiran aku tu pada sorang call men sewaktu di balai polis ketika keretanya mengalami kemalangan ..
“ Saya ingat awak nak tolong saya tadi ? Ikhlas awak kata .. “ .
Aku nak ketawa je dengar .. Mamat tu pon jawab ..
“ Ikhlas la gak tapi ni cara saya cari makan .. “.
Kata dah .. Mana ada ikhlas tanpa niat tersembunyi zaman ni .. Ada pon , leh kira dengan jari ..
Apa tu ? Memula pelik giler aku dengan perkataan ‘ Gwiyomi’ tapi dapat rasa la ianya dari pembawakan remaja dari luar .. Hehehe .. Dan setelah aku terjaga dari mimpi hantu berturut turut awal pagi tadi , aku pun layan la youtube memandangkan Maxis dah peruntukan 15GB bandwith untuk aku guna pada waktu aku terjaga awal pagi .. hehe ..
“ Lagu Gwiyomi, atau Lagu Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan 18 Februari 2013. Ia telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi', dimana ianya menjadi meme Internet pada Oktober 2012 diikuti oleh penampilan pertama dalam menunjukkan pelbagai acara Korea Selatan di bawah SBS MTV bernama MTV Diary. Gerakan ini juga telah memberi inspirasi kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka tersendiri ke dalam internet. “ – Wikipedia
Aku pun tonton la bermula dari youtube satu perempuan yang tak pasal pasal jadi popular kerana kecomelannya menjadi pujaan para penonton youtube .. ehehe .. Isteri kepada seseorang dengarnya ..
Menariknya , dikatakan si suami mengarahkan isterinya menarik kembali video tu tetapi sayangnya video tu dah tersebar luas. Macam macam orang dah upload atas pelbagai nama.. Hurm.. Kesian .. Skang dah tak pasal pasal ramai lelaki tengok dah tergoda ! hahaha.. Aku ? Jangan cari pasal .. Kat rumah ada dah .. Suh je dia buat depan aku sebelum makan . Confirm kenyang .. hahaha .. Kurus aku tanpa gi gym ..
Aks dan wajahnya yang comel tu tak menarik minat aku bila menonton youtube tetapi komen komen yang ada .. Haaa.. Biasa la kan .. Ramai hero dari penjahat. Penjahat sorang jer .. Mesti yang pegang watak jahat adalah orang dalam video tu .. heehe .
Kalau nak bagi nasihat , bagi elok elok . Tak perlulah nak maki hamun atau komen sampai nak aibkan orang . Nak libatkan agama sekali pun , apa kata tegur bebaik disusuli dengan doa padanya .. Kan bagus gitu ? Ni ala ala penyamun yang serang Lahad Datu tu je aku tgk .. Haishh ..
Dan adik adik yang teringin buat Gwiyomi pasni , aku harap fikir panjang .. Aku pun teringin gak buat tapi sebelum aibkan jiran tetangga , baik batalkan niat tu je .. Tak yah laa semakan lagi youtube dengan video video tak berfaedah tu.. Baik cari idea lain untuk popular atau nak tampilkan kekiutan kita tu.. Auww..Kita okeh ..
Gambar ehsan Mat Gebu @ tiffinbiru.com .. heehee.. Ni waktu gi umah dia baru baru ni ..
Dalam perbualan telefon tadi , wife tetiba gelak .. Dia cakap Qhaliff buat lawak malam tadi .. Aku tanya la nape ?
“ Boleh dia panjat sofa tu dan duduk diam kat situ pastu bukak sendiri dia punya bekas makanan yang berisi potato lenyek yang mak aku bekalkan kat dia petang tadi tu , dan makan sendiri ! Abis muka dia comot ! “..
Wife masa tu kat dapur dok amikkan air untuknya .. Dia yang dok tengok kartun , tetiba leh wat keje gitu sedangkan dia dah makan pon sebelum tu .. Mungkin sbb dia lapar balik lepas berak kot ? Hehehe ..
Sayang aku tak dapat rekodkan keletah dia tu .. Kalau tak , leh upload dalam youtube.. Kenangan pertama kali makan sendiri .. hahaha .. Dia ni mmg .. Bab makan , pantas jer .. Tapi ! Ubat skang dah susah nak makan .. Haa.. Siap kemam bibir dia .. Adeh ..
Boleh tlg saya tak? Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI
Hurm .. Dapat whatsapp dari jiran meminta pertolongan. Katanya kereta isterinya dilanggar. Aku berharap tiada apa yang serius ..
Alhamdulillah .. Nasib baik takde apa apa .. Aku terus bagitau wife yang mana ketika tu aku dok bawak Qhaliff pusing taman .. Wife ok jer.. Kenapa dia terus ok ? Haaa .. Segalanya mengimbau sejarah lama..
Apakah sejarah itu ? Wife aku pernah kemalangan gak .. Dilanggar dari belakang . Masa tu dia masih bertitle tunang. Aku yang 0 pengetahuan mengenai kemalangan kereta ni , mintak tolong kawan opis aku yang sangat sangat sangat ok bila mintak tolong apa saja . Nama dia ? Haa.. Haswadi Yahya.. Aku bagitau ni sbb sampai bila bila aku terhutang banyak budi dengan dia .. heee ..
Dia , cerita banyak tarak punya .. Terus start enjin gi bawak aku ke tempat wife aku berkursus nun di Shah Alam .. Masa tu , aku tak reti memandu walaupun ada lesen ! Heeee.. Dan dari sana , terus ke balai polis Tun H.S Lee .. sbb lokasi kemalangan di Sungai Besi.
Di sana.. dialah yang tolong uruskan hinggalah selesai segalanya .. Dan kembali hantar wife ke Shah Alam dan kemudian balik ke KL .. Haaa.. Satu sen pon dia tak nak amik bila aku hulur .. Baguskan ?
Dari situ , aku belajar .. Hari ni kita tolong orang .. Esok esok orang tolong kita.. Kita tak tau sapa kawan kita sebenarnya tapi bila berlaku sesuatu yang malang , kawan kita akan muncul ..
Alhamdulillah .. berbalik pada jiran aku tu , segalanya dah ok cuma nak settlekan bab kereta jer. Yang penting , isteri dan keretanya okeh !
Apa yg korang perasan ? Heeeee ..
Boleh tlg saya tak? Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI
Best .. meriah .. tapi tak berpeluang jalan abis sbb selangkah demi selangkah , terhenti sbb 'ditahan' oleh promoter booth .. Adehh .. penatt melayan ..
Tak sempat abis , keluar dahh ..
Boleh ? Gi kat >> https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196 dan klik LIKE je ..
Hehehe .. Ketinggalan dah ni .. Terima kasih yer pada yang sudi .. Semoga Allah balas kebaikan anda tu ..
Amik kauuu .. tak senang duduk aku dibuatnya !! Tapi , masa demam pun lebih kurang je camni ..Ni mesti ikut perangai aku nih !!
Alhamdulillah ..tadi dia gigit jari aku ..terasa gigi dia tp bila aku nak tengok ,dia tutup dengan lidah dia !
Makin berakal dia ..tau aja camana nak perdayakan ayah dia ..