Nak berjalan, kena pegang barang .. Nak main pon kena pegang barang .. Nak tidur pon gitu ?? Bila ada anak kecik ,baru tau cmna diri sendiri dulu... Hahaha ..
Sila abaikan ‘keseksian’ Qhaliff itu ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Nak berjalan, kena pegang barang .. Nak main pon kena pegang barang .. Nak tidur pon gitu ?? Bila ada anak kecik ,baru tau cmna diri sendiri dulu... Hahaha ..
Sila abaikan ‘keseksian’ Qhaliff itu ..
Aku cadang bila Qhaliff genap 2 tahun , dan dengan kehadiran adiknya nanti ( InshaAllah ) , aku nak tutup cerita Qhaliff .. Tapi gambarnya akan aku tetap post di InstaGram aku tu haaa .. hehee.. ok tak ??
Kenapa ? Aku rasa nak privatekan kehidupan dia .. Yelah , dia pon dah boleh berjalan , bermain dan mula nak membebel dah .. Kengkawan yang dah follow dari usia sehari hingga hari ni pon dah tau perkembangan dia .. kan kan ?
Tak leh eh ? ? Huh.. Ok ok .. aku stop bila dia masuk sekolah eh ? Hehehe..
Dah boleh wrestling dah ngan dia skang ni .. huuh ..
"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.
"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza .
Ibunya itu terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan anaknya yang disifatkan sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Cerita lanjut , leh baca di Mstar Online.
Kenapa aku berminat dengan cerita ni ? Hurmm .. Aku tak hairan dah dengan perkara begini sbb ramai manusia macam ni atas muka bumi ni. Puncanya ? Puncanya ialah mereka rasa mereka takkan mati . Seolah olah akan hidup selamanya dengan kehidupan begitu.
Pagi tadi , aku terbaca satu artikal di Facebook yang buat aku benar benar insaf dan mengigil ketakutan .. Tak silap aku tajuknya KEHIDUPAN DI AKHIRAT ..
Bayangkan , kita dengan jasad seperti ini , dengan punya rasa sakit seperti sekarang ini akan menerima balasan di akhirat kelak. Bayangkan , kita sekarang ini seorang diri ‘di sana’ dan yang meneman kita cumalah amalan kita ..
Apalah dunia ni sangat ?? Segalanya sementara jer .. Tersangatlah sementara !
Tu diaaaa .. Tak cukup satu tangan nak mengopek plastik tu haaaa .. Adoiyaiii , anak aku ni .. mmg dna aku sungguh !!
3 minggu cuti workout gara gara sakit siku.. Nak push up pon tak mampu .. Skang ok la skit .. Hurmm..
Sampai sampai gym ,tgk gini .. Adoiyaii .. Teruk la depa ni .. Diorg lupa kot antara kelebihan workout di gym ni ialah disiplin.. Ni takde disiplin dah ! Haih.. sia sia je badan besar tp ....
Amacam ? Ada sapa yg terdesak sangat nak cantikkan muka tu ? Bawak bawak la bersyukur ..
Hurm .. Nak join tak ? Dah 2 tahun berturut join. Bukan harapkan kemenangan pon tapi ‘semacam’ je pertandingan ni .. Haaha .. Rilekss .. Aku tak gilerkan kemenangan pon sbb aku sedar diri !
Jadi , tahun ni dan tahun mendatang .. aku tak berminat nak join walauun hadiah menarik camana pon ..
Kecuali .. kecuali ??? Takde kecuali laa .. malas nak merayu kengkawan suh pangkah aku .. hahahahah .. Nak low profile dah pasni ..
Mak aku cerita .. Aku terkedu memula .Takkan la sampai gitu sekali kot ? Gaduh ngan mak dia , pastu dicampaknya putung rokok ke atas tilam yang kemudiannya terbakar ?
Hurmm .. Memang ada kebakaran teruk di tempat yang mak aku nyatakan tu tapi punca tu .. Mak aku pun sure dengar dari mulut orang lain . Jadi kesahihannya boleh diragui.
Tapi jika benarnya kerana tu , memang kesianlah kat jiran jiran yg mana rumah mereka pon terlibat sama rentung ! 4 bijik masa aku baca kat ahbar tu ..
Gaduh pasal apa , tu kurang pasti. Tapi aku leh rasa la pasal apa sbb budak kawasan rumah aku tu ramai rosak sbb dadah. Tapi aku tak kata la dia mintak duit kat mak dia .. Cuma kebarangkalian tu je la .. Haihhh ..
Ada yang fikir , dadah dan rokok ni cuma merosakkan diri sendiri je pon. Kira jahat sorang sorang ! Tapi dia tak sedar kesan daripada tu . Rokok , kalau budak sekolah yang menghisapnya .. camana ? Mana nak datang duit ? Dadah , jangan citer la.
Sian kat orang tua tu ..
Dia nampak mak dia menyapu pastu dia perhatikan kat mana mak dia simpan penyapu tu..
Dia gi amik dan tolong .. tolonggggg la sgtt ..hahaha..
Daddy tak gi gym sekerap dulu .. Cuba jimatkan seberapa byk yg boleh .. Tak kisahlah , janji gembira ..
Walaupun tak gi gym , mkn tetap jaga ..Bersenam , main bola dgn Qhaliff .. hehehe..Berpeluh gakkk ..
Hehehe .. Tak sangka lak aku .. Siap nak berlari dah dia .. Dan menariknya , leh sepak kena bola tu lak .. Kalau ikut bapak dia , ngan lantai lantai tu dia sapu .. hahahaha ..
Pasni leh layan kat padang dah .. Hitam ? Hahahah .. Tak pe la.. Bukan nak suruh jadi supermodel pon .. Artis ? Buang karan jer ! Pemain bola ? Tak de la.. Nak suruh dia punya pengalaman hidup .. Dan paling penting , jangan pisahkan agama dengan kehidupan ..
Seimbang ..
Bila bercinta , bermati-matian nak pertahankan kekasih hati. Tak kerja , kerja biasa atau kerja luar biasa bukan satu masalah . Bawah umur , atas umur atau takde umur pon tak kisah asalkan cinta disatukan !
Betul , bila dah cinta tu apa pon tak kisah dah ! Asalkan dapat bersama si dia yang tersayang dan tercinta ! Kononnya laa.. Benda lom dapatt.. Cer dah dapat ? Baru tahu langit tinggi rendah ..
Sebelum ‘dapat’ , duk reban ayam pon ok. Tidur beralaskan lengan tercinta . Makan nasi kosong pon ok .. Asalkan si tercinta tolong suapkan ! Kononnya laaa ..
Nanti ada anak camana pulak ? Anak yang masih kecil tu nak makan apa ? Nasi kosong ? Lampin camana pulak ? Susu ? Sakit demam semua camana lak ?
Bagi yang berkemampuan , mungkin ada isu lain lak cam isu mertua. Tak ngam ngan mertua .. Mertua sana sini kongkong ! Kekadang kita kena tengok balik kenape mereka mengongkong. Segalanya punya sebab kan ?
Sebelum beria nak menikah , cuba check kemampuan diri tu. Kalau benar menikah kerana ALLAH , inshaAllah dipermudahkan .. Kalau kerana nafsu ? Hehehe .. Ingat , menikah ni bukan saja menyatukan dua jiwa tetapi menyatukan dua ‘negara’ !
Alhamdulillah .. lena dah dia .. Hari ni tak gi rumah mak aku nun di Cheras. Seperti yang aku kata , penjimatan $$ bermula pada bulan ni .. Banyak jimat .. Bukan kedekut tapi untuk masa depan memandangkan Qhaliff bakal dapat adik .. InshaAllah ..
Tinggal berdua je di rumah . Seawal pagi mmg tak susah nak urus Qhaliff . Kasi makan , mandi pastu tidurkan dia .. Cuma sejak sejak dah teror berjalan dan ada gigi ni , dia dah macam orang besar ! Bukan macam tapi berlagak macam org besar ! Apa yangaku makan , dia nak join. Apa aku minum , dia nak jugak .. Kalau aku ke dapur , dia akan ikut sama .. Kalau nampak aku makan , maka bersuaralah dia ..
“ Naaa naa naaa naaa … “
Macam nak kata nak laa .. Makanan yang wife buat , dia kurang selera ! Huhu.. sian.. awal pagi dah bangun masak .. Takpe , kang tengahari makan la tu ..
Selepas siap makan , dia main sendirian .. Aku tak syak memula tapi aku perati dia macam nak kasi tau sesuatu. Aku check seluar dia .. Tu diaaaaa .. dah macam kuah dal roti canai tu haa.. Hahahaha ..
Apa lagi .. masa untuk mandikan dia .. Ngan aku aku mandi sekali .. confirm basah punya .. Memula bersihkan najis dia .. Perghh .. bauuuuu diaaaa .. Nyaman sekali dongg ! Kalau dulu , confirm muntah. Tapi disebabkan aku ni spesis Fear Factor , aku belasah jer.. Hahahha ..
Dah siap mandi , lap dan letakkan dia atas lantai di luar bilik air .. Aku nak lap badan aku dulu .. Tup tup , dia pancut ! Nasib baik atas lantai.. kalau atas tilam ?? Huwaaaaaaaaaaaaaa .. saja jeee dia nak kasi aku kelam kabut !
Serius , dia mmg berjaya buat aku kelam kabut. Part nak pakai lampin tu mmg dah makin payah sbb dia asyik nak main jer .. Merangkak ke tv dan ketut tv tuu ! huhuu ..
Selesai semua tu , jom tidurrr !!
Cuaca panas membahang memgakibatkan ramai sakit kepala termasuk aku dan wife !
Tapi tidak pada budak kecik nih !! Disuruh tidur , dia bantai bergendang !! Bertambah sakit kepala !!!
Grrr..
Baru balik dari Alamanda .. Sewaktu di AEON utk membeli barang dapur , terpandanglah satu permandangan yang ‘mengerikan’ .. Haaa .. Bukan saja saja nak memandang yer .. TERPANDANG ..
Maklumlah .. dah berapa kali aku ‘disapa’ di FB dan Tweet. Kata mereka , mereka senyum kat aku tapi aku tak perasan atau ada yang menyapa aku tapi aku wat dek sbb pandang tempat lain ! Haaa..
Jadi , skang ni aku jalan kena la bukak mata .. Tengok kiri kanan atas bawah .. Maka nak dijadikan cerita , terpandanglah satu perempuan ni .. Bertudung , berseluar jeans dan berbaju kemeja putih yang cerah sekali permandangan di dalamnya !
Mak aihh .. Pink dan berpolka dot. Aku pandang orang lain yang terperasan cam aku . Hahahahha .. Lawak lawak .. Lawak ok ! Bukan timbul rasa ghairah lagi menyeksakan ! Tidak sama sekali .. Aku cuma mampu mengeleng kepala jer .
Haihh .. malu weh .. maluuuuu ! Malu sbb apa lak ? Ko pk la sendiri ! Haaa .. Jangan pulak ada yang kata , nape tak jaga mata ?? Dah tau dosa tengok gak !
Perghh .. part ni pandai pulak suruh jaga mata ! Yang part kena jaga aurat tu , tamo lak gi tegur ! Tau nak suruh lelaki jaga mata lak ! Alo .. lelaki leh kawin 4 okeh !
Hahahahah .. Aku tak kira .. pasni aku nak wat repot polis atas tuduhan gangguan seksual ! Tak kiraaa ! Kang susah laaa .. tiap tiap tahun wife beranak ! Mana blehhh !!