Baru balik utk check up baby .. Terkejut .. Luar dugaan .. Tak pe lah .. Bukan rezeki kami dan Qhaliff utk punya adik ..
Allah sebaik baik perancang. Redha ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Baru balik utk check up baby .. Terkejut .. Luar dugaan .. Tak pe lah .. Bukan rezeki kami dan Qhaliff utk punya adik ..
Allah sebaik baik perancang. Redha ..
Wow .. satu penghormatan buat aku yg blognya biasa biasa ajaaa .. Hehe ..
Memandangkan mmg lama dah aku teringin mengenali dunia penerbangan ni , nampaknya peluang ni aku takleh sia siakan ..
Sapa sangka , kan ? Jadi blogger ni mcm mcm leh rasa .. Alhamdulillah .. Tak sia sia 'melabur' masa..
Kena popularkan lagi blog mcm ni .. hurmmm ..
Terletak di RnR stesen Petronas,Sri Kembangan .. Heheeh .. Baru test td nasi kandar dia ..
Sedap okeh !!! Aku tak tau la korang cmna tp bagi aku dan wife , mmg sedap ! Huhu ..Confirm akan jd tempat persinggahan aku .. Harga pon berpatutan je ..
Selain dr nasi kandar , ada lg 3 restoran termasuk KFC di RnR ni .. Surau dan tandas, selesa !
Cuma security bangla tak fhm bahasa melayu .Bukan apa ,td ada kes pertengkaran di salah satu restoran ..Takde security kat atas .
Aku gi la report sbb siap main pisau gitu ..Sayangnya , security tak fhm apa aku nak sampaikan..adehh ..
Dah tiba masanya rakyat Malaysia belajar ckp bangla la kot ..
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi,"
Benarkah ? Mak kata gitu , anak kata gini .. Segalanya kerana duitkah ? Sememangnya aku percaya pendapatan artis di negara kita ni tak la mewah mana pon kecuali yang benar benar dah ada nama dan bijak mencari peluang pergi jauh . Tapi yang baru baru ni , mmg sukar skit la.. melainkan mmg dah rezeki dia ..
Aku rasa ramai lagi senasib dengan Afiq ni .. Apa pun , selesaikan dengan cara baik .. Tak perlu nak diperbesarkan di akhbar. Sapa yang malu ?
Hurmm .. Kerana duit tak seberapa , tali persaudaraan sanggup diputuskan. Kalau harta menimbun , entah ala pulak ceritanya nanti.. Dunia dunia ..
Sumber : Mstar Online
Akui je laaaa Qhaliff oii .. Kalau orang kata Qhaliff lagi kacak , confirm diwarisi dari daddyyyyy ..
Suka betul dia tgk si Apin.. Siap ketawa riang bila si Apin bermain dengan Upin dan Ipin ..
Bela anak kucing mmg best tapi wife alergik ngan bulu kucing ... Mcm Kak Ros gak la.. hahahah..
Nak berjalan, kena pegang barang .. Nak main pon kena pegang barang .. Nak tidur pon gitu ?? Bila ada anak kecik ,baru tau cmna diri sendiri dulu... Hahaha ..
Sila abaikan ‘keseksian’ Qhaliff itu ..
Aku cadang bila Qhaliff genap 2 tahun , dan dengan kehadiran adiknya nanti ( InshaAllah ) , aku nak tutup cerita Qhaliff .. Tapi gambarnya akan aku tetap post di InstaGram aku tu haaa .. hehee.. ok tak ??
Kenapa ? Aku rasa nak privatekan kehidupan dia .. Yelah , dia pon dah boleh berjalan , bermain dan mula nak membebel dah .. Kengkawan yang dah follow dari usia sehari hingga hari ni pon dah tau perkembangan dia .. kan kan ?
Tak leh eh ? ? Huh.. Ok ok .. aku stop bila dia masuk sekolah eh ? Hehehe..
Dah boleh wrestling dah ngan dia skang ni .. huuh ..
"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.
"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza .
Ibunya itu terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan anaknya yang disifatkan sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Cerita lanjut , leh baca di Mstar Online.
Kenapa aku berminat dengan cerita ni ? Hurmm .. Aku tak hairan dah dengan perkara begini sbb ramai manusia macam ni atas muka bumi ni. Puncanya ? Puncanya ialah mereka rasa mereka takkan mati . Seolah olah akan hidup selamanya dengan kehidupan begitu.
Pagi tadi , aku terbaca satu artikal di Facebook yang buat aku benar benar insaf dan mengigil ketakutan .. Tak silap aku tajuknya KEHIDUPAN DI AKHIRAT ..
Bayangkan , kita dengan jasad seperti ini , dengan punya rasa sakit seperti sekarang ini akan menerima balasan di akhirat kelak. Bayangkan , kita sekarang ini seorang diri ‘di sana’ dan yang meneman kita cumalah amalan kita ..
Apalah dunia ni sangat ?? Segalanya sementara jer .. Tersangatlah sementara !
Tu diaaaa .. Tak cukup satu tangan nak mengopek plastik tu haaaa .. Adoiyaiii , anak aku ni .. mmg dna aku sungguh !!