Mimpi ! Aku mimpi.. Aku terjaga dan terus pegang perut wife dan istighfar .. Baca apa yang patut dan berdoa agar apa yang aku mimpikan itu tak jadi kenyataan .. Sekadar mainan mimpi ..
Pagi tu , aku ada bgtau wife yang aku mimpi buruk tapi tak ceritalah apa mimpi tu. Cuma aku minta wife jaga betul betul kandungan tu. Hurmm … Maklumlah , kecik lagi.
Dan semalam , selepas pegawai perubatan klinik Dr.Hamid Arshat buat scan , dia sendiri macam tak percaya apa yang dia lihat .. Dia minta kitorang gi duduk dulu . Sementara tu dia akan pergi berbincang dengan Dr. Hamid ..
Dan nama kitorang dipanggil masuk . Mukanya tidak menampakkan keriangan langsung seperti sebelum sebelum itu .. Dia mintak kami bersabar. Wife dah mula .. hurmm ..
Aku ? Aku seolah olah dah sedia. Redha. Sebab mimpi tu semacam satu petanda buat aku .. Yer , aku redha. Bukan rezeki kami lagi.
Dr.Hamid pon ada bagi beberapa cadangan selepas itu. Hurm.. Ni jap lagi nk gi ke klinik kerajaan untuk buat pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan kedua untuk tindakan selanjutnya.
Doakan kami ..