Dulu aku pelik camana mak aku leh sabar dgn aku yang gemar sepahkan rumah terutama dlm bilik tidur ..
Sekarang , aku faham dah !
Published with Blogger-droid v2.0.10
Dulu aku pelik camana mak aku leh sabar dgn aku yang gemar sepahkan rumah terutama dlm bilik tidur ..
Sekarang , aku faham dah !
Kali pertama aku baca , di timeline FB .. Dulu aku tak beberapa mengerti akan ketakutan ini tapi sejak akhir akhir ini , ketakutan ini senantiasa ada dalam diri .. Sangat menakutkan ..
Aku google mencarinya di internet , kisah hari akhirat ..
" Allah Taala berfirman:
“Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu? ”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya."
Mengenai jambatan Siratul Mustaqim .. Hurmm . Mungkin ada yg terlupa kita perlu menyeberanginya ..
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.
Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Astaghfirullah al azim .. Aku membaca satu demi satu dengan bernafas ikut mulut . Takut akan azab ALLAH .. Beraninya kita ni kan ? Kita hidup atas dunia ni pon dah rasa lama .. Bayangkan di padang masyar nanti beribu tahun lamanya sebelum mengadap Allah untuk pengadilan ..
Gambaran sebegitu saja dah cukup menakutkan .. Tak mampu dek akal untuk mengimaginasikan betapa gerunnya hari akhirat .. Tapi kita lebih gerun berdepan dengan boss di pejabat , boyfriend yang cemburu atau awek yang tengah merajuk kerana terlupa nak wish harijadinya ..
Lalai sungguh kita ni .. Asyik dengan ‘ sandiwara’ dunia padahal inilah tempat untuk kita kumpul amalan utk bekalan di akhirat nanti ..
Masa bujang dulu , hujung minggu pasti nak jumpa geng geng lain .. Lepak sambil beriadah menghabiskan saki baki duit yang ada dalam bank .. heee..
Dah nikah ? Hurm.. masih ada yang melakukan aktiviti tu samada berseorangan atau berkeluarga. Bagus la .. Kawan , sampai bila takkan hilang jika niat persahabatan tu kerana ALLAH ..
Aku ? Hehe.. Aku akan hanya keluar keseorangan bila aku ada job di luar .. Kalau tak ? Aku pasti akan bersama sama keluarga aku , ke mana saja .
Tak boring ke ? Masa yang aku ada sangatlah singkat .. Dengan masa yang singkat itulah aku nak abiskan bersama keluarga tercinta .. Mana la tau kan ? Kita atas dunia ni sementara je. Baik aku curahkan kasih sayang pada yang menghargainya ..
Jadi , hari ni .. operasi membersihkan rumah dan keluar beli barang dapur .. Minggu depan , dah kena balik Kelantan .. Wow.. lama rasanya tak balik sana .. Dengar cerita , panas .. huhu ..
Dah tidur .. masa untuk selesaikan apa yang patut diselesaikan ..
Tidur dalam kereta sewaktu ke Alamanda dari rumah mak aku . Pastinya di salon nanti dia menangis sbb mood tak stabil .. Heheheh.. Kena standby pujuk. Kalau tak , daddy hilang macho .. Ibu lama dah ilang kecunannya ..hehehe..
Payah gak memula.. tak seperti selalu .. Kali ni cuma nak edit skit je rambut dia.. Ingatkan nak botak cam daddy dia tapi tak jadi la.. Sian lak dia sbb nanti nampak daddy lagi hensem .. heheh ..
Dan , seperti yang diduga.. selepas abis gunting .. dia nangis ! Aku rasa bukan sbb gunting rambut dia tapi sbb bukak baju dia .. Mesti la dia malu kan ? Ramai awek kat situ dok kenyit mata ngan dia walaupun aku tau dok kenyit mata ngan aku .. Daddy cool jer .. lalala ..
Selesai gunting.. Anak bapak ! Hensem cam bapak dia gak .. Hehehe.. Ada la tu kang dok mengumpat dalam hati .. Rileks.. Hensem bukan sekadar dari raut wajah .. ok ?
Tak tau laaa kenapa budak kecik suka benar main kat tangga.. Kalau budak besar suka main kat tangga tu , confirm la tau dah kenapa .. kan ? Haaa.. ada banyak sebab musabab tu .. hehehe ..
Si Qhaliff ni .. bila dah start menghala ke tangga , memang kena ikut dah aku ni .. Kalau tengah dok update blog , kena tinggal segalanya .. Merisaukan sungguh ..
Walaupun setakat ni , dia berjaya memanjat dengan cantiknya tapi part nak turun tu , mmg gagal ! Bila pegang tangannya baru laaa dapat turun dia ..
Dan serius , aku tak leh buat apa apa dah skang ni termasuk gi gym. Lemak kembali beraja di perut dan pinggang .. adehhh .. Bila dah buat cun cun , orang amik buat fake akaun lak .. Macam macam laaaa perangai !
Nak kata lelebih , korang pon tau la kan .. Kot kalau berani seperti mana yang digembar gemburkan , guna la gambar sendiri .. Jangan guna gambar aku pastu nak jatuhkan maruah orang beb !
Jauh perjalanan kita di akhirat nanti .Bukan sehari dua ..Bukan 10-20 tahun weh ! Setiap apa yng kita buat , kita akan bertanggungjawab sendiri .. Naya weh.. dunia leh la lepas , akhirat nanti ? Jangan ingat kita hidup seratus dua ratus tahun atas muka bumi ni .. Entah esok lusa je boleh kehilangan nyawa ..
Mintak rakan rakan tolong report di FB yer .. Terima kasih .. Insaf la manusia .. Kalau nak pedajal orang , guna gambar sendiri atau mak ayah mahupun adik beradik sendiri. Baru la berani kerana benar !
Klik https://www.facebook.com/wan.obi.50 untuk report .. Macam macam la perangai manusia skang ni..
Ini gambar asal ..
Kemudian diletakkan ‘wartermark ‘ BEN ASHAARI seolah olah gambar ini aku yang punya ..
Tak leh la kan ? Walaupun diberitahu ‘FOTO : pemilik asal “ , namun jika diletakkan watermark kita ke atas foto tu , ianya dah ‘tak betul’ ..
Bayangkan jika aku amik gambar orang lain atas hasil usaha dia kemudian aku letak watermark blog aku tapi dalam entri aku tulis tu aku bagi tau asal usul foto tu .. pastu ada yang berminat , dia amik gambar tu .. Apakah pemilik foto tu tau ? Tak la kan ? Tapi yang pasti orang yang akan tengok gambar tu akan nampak watermark aku seolah olah aku yg punya ..
Sebagai contoh ..
Hehehe .. fikir la sendiri yer .. Aku kalau amik gambar orang , camana aku amik .. camtu laa .. Kalau dari luar negara , mmg aku tak bagi la kredit sbb diorang bukan kisah sangat .. Tapi dalam negara , boleh haru biru kalau tak bagi backlink .. Bukan apa , nak hasilkan gambar sekeping tu pon , makan kreativiti gak .. Bukan kelip mata terus jadi .. kan kan ?
Ahaaa .. Ada pendapat dah dari rakan blogger yg aku rasa ada kebenarannya juga disitu .. Namun , segalanya terpulang pada cara memasing juga .. kan kan ?
Antara pendapat mereka …
Dan banyak lagi pendapat yang boleh anda baca di entri segmen yang telah aku buat hari ini .. Ada yg menarik hingga berkongsi tips tapi sayangnya tak leh nak copy lak untuk paste di sini .. hehee .. Apa apa pon , korang leh la gi baca sendiri di blog mereka .. Klik SINI utk ke segmen tersebut . Tapi segmen dah ditutup yer .. heee .. Baca dan dapatkan tips jer ..
Pendapat aku lak ?
Sudah semestinya masih tersangat relevan kerana di blog kebanyakkan pembaca boleh dapat agak apakah bisnis yang dijalankan adalah benar , jujur dan juga penjualnya dapat dikenalpasti , jika benar benar melakukan sedikit ‘siasatan’ dengan melihat profile , komen dan juga boleh google dengan menggunakan kata kunci blog tersebut atau nama peniaga bagi mendapatkan jawapan atau komen dari pembeli pembeli yang pernah melakukan urusan jual beli dengan peniaga tersebut.
Di laman sosial yang lain , seperti FB .. terdapat banyak kes penipuan. Masalah fake akaun yang sukar dikenalpasti. Si peniaga leh je guna sapa sapa punya gambar dan buat bisnis haram pastu ! Grrr !
Instagram pulak bagi aku .. kebanyakkan mereka yang membeli atas dasar kenalan .. Yang baru baru tu , sukar sikit la .. Bukan tak leh percaya tapi sukar .. Sbb dapat tengok gambar je .. Komen pon , leh didelete dgn segera .. begitu juga di FB ..
Blog pon leh delete tapi jika pembeli dapat melihat komen komen terlebih dahulu sebelum membeli.. Kalau takde komen ? Haa..
Kesimpulan bagi aku .. Segalanya relevan .. Blog , FB , Instagram , Twitter .. tapi pembeli kena hati hati agar tidak tertipu .. Setiap laman sosial ada kelebihan masing masing .. Dan aku tetap memilih blog diikuti FB , Twitter dan Instagram. Puas guna blog sbb leh jelaskan dengan terperinci ..
Sekadar pendapat seorang amatur jer .. Segalanya terpulang pada anda sendiri ..
Tak sampai 2 saat , mai mintak lagi !! Aku tgk mulut dia .. tak mengunyah pon tp tadi dia mai gigit roti kat aku ..
Cek pipi dia..kot sorok kat kiri kanan pipi dia .. heeee..takde !
Sah ! Memang telan !! Adehh..
Pergh.. apa yang aku takutkan . mmg menjadi kenyataan malam ni ! Setiap hari , aku akan lalu jalan ni bersama keluarga aku. Jalan dua lorong yang bengkang bengkok dan pastinya dipenuhi belukar dan ladang kelapa sawit menakutkan bila melaluinya di malam hari..
Apatah lagi aku pulak memandu kereta yang pertama kali aku pandu dan memandunya seorang diri di malam hari , yang tersangatlah malamnya.. Kul 12 tengah malam !
Berdebar.. dengan cermin depan berkabus , aku menumpukan perhatian di jalan raya dengan sebaik mungkin. Nasib baik ada teman yang memandu kereta di belakang aku. Aku pulak memandu di depan sekali ..
Tiba-tiba di satu selekoh , aku rasa semacam .. Disusuli bau busuk yang mengancam hidung aku. Aku nak bukak tingkap , tak berani. Nak jeling ke belakang , lagi la tak berani ..
Nak tak nak .. aku tahan je laaa.. Tunggu sampai rumah baru berani nak tarik nafas lega.. Dan , akhirnya .. segera parking kereta , cepat cepat gi tandas.. tunaikan hajat !
Tokey blogger Fuh.my , Que Achmad.com dan Mawardiyunus .. hehehe ..Saja lepak sblm salah seorang akan hilang status bujangnya minggu dpn ..hehe ..
Dah dikesan sebelum mencecah setahun lagi. Dia tiru sapa pon tak tau laa.. Bapak dia bukannya kaki geleng geleng cam dia buat tu haaa.. Kaki angguk ye la kot .. hahahaha ..
Dan sekarang , dah mula nak menari bila ada dengar muzik ! Bapak dia dengan muzik pon tak menari !! Ni anak pulak yang lebih haaa.. Jangan nak masuk pertandingan realiti yang mengarut nanti dah laaa
Hurm.. Mak aku bagitau tadi , bas sekolah milik abang aku kena pecah masuk. Dikebaskan beg yang mengandungi permit bas dan beberapa dokumen penting lain. Apa motifnya pon tak tau laa.. Duit syiling pon diambilnya. Sapa punya kerja ? Hurmm ..
Kat taman aku membesar ni mmg banyak kes pecah kereta terutama belah malam. Parking yg disediakan dalam kawasan flat , mmg tak mencukupi langsung apatah lagi anak anak yang dahulunya kecil , dah besar panjang pon . Siap ada cucu dah pon… Bila dah besar , confirm la berkereta . Jadi , satu rumah maunya ada 2-3 bijik kereta. hehe.. termasuk la keluarga aku ..
Itu yang pecah kereta belah malam.. Belah siangnya pulak camana ? Hurmm .. Terbaca di Harian Metro tadi , lagi menyedihkan.. Rumah sendiri pon dah tak selamat !
“ Seorang suri rumah kerugian lebih RM20,000 apabila rumahnya di Wangsa Melawati, di sini, diceroboh tiga lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berehat di ruang tamu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun berada di rumah seorang diri apabila tiga lelaki bertopeng menyerbu masuk mengacukan parang ke arahnya.
Menurut sumber, seorang daripada lelaki itu bertindak menjaga mangsa manakala dua rakannya menggeledah seluruh rumah. “
Camana tu ? Rumah sendiri tuuuu ! Siang hari lak tuuu … Dah tak selamat ! Hurmmm .. Sememangnya kena berhati hati 200% sekarang ini. Penyamun tak semestinya berparut dah mukanya !
Nampaknya kena pakai baju besi zaman dulu dulu la kalau nak gi mana mana dah skang ni ..
1 ) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA di dalam ALPHA LIPID SD 2
Membantu meninggikan metabolism Meningkatkan penggunaan tenaga Merangsang badan membakar lemak Bahan Antioksida yang kuat Pemeliharaan Jantung Antibacterial & Antiviral
2 ) Alpha Lipid SD 2 MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT
Membantu sistem penghadaman (melawaskan) Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis)3) Alpha Lipid SD 2 MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN
Memperbaiki jisim otot Meningkatkan metabolisma
4) Alpha Lipid SD 2 MEMPUNYAI ALPHA LIPID formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik!
SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN Alpha Lipid SD 2
*************************************
Anda pasti teruja jika anda tahu mengenai Alpha Lipid SD 2! Cubalah sekarang.
*PERHATIAN! HANYA LEMAK SAHAJA YANG DIBAKAR 100% TANPA MENGGANGGU OTOT!
Keluar kereta , 1hb Mei ari tu . Jumaat lepas , dah servis 1 ribu km .. Ni baru seminggu dah nak masuk 2 ribu.
10 ribu servis lagi .. Rasanya mesti bulan depan .. Perjalanan sehari pergi balik ,100km !! Perghhh .. Minyak dua hari RM50..
Bersyukurlah ... Kata mereka .. Tu belum masuk tol lagi .. Gi balik RM2.60 .. Adehhh .. Hidup di kota , beginilahh ..
Tak tau la cmna mereka yg bergaji kecik .. hurmmm