Kalau cam Qhaliff , setakat ni .. aku cuma risaukan dia yang cukup gemar makan ! Apa saja aku makan , cepat cepat dia datang dan terus amik port di celah kaki aku dan menarik tangan aku ke arah mulutnya ! Kiranya apa yang aku nak suap tadi tu , masuk ke mulutnya terlebih dahulu !
Tak da masalah untuk Qhaliff .. Sememangnya mak dia dah latih makan apa saja termasuk sayur dan buah. Yang garam , manis semua tu .. ditapis .. Makanan segera ? Tak boleh lagi !
Tapi ada beberapa orang kawan aku perasan , anak mereka ada masalah untuk makan. Mereka lebih gemar minum susu .. Kesannya , ada yang dapat sembelit ..
Bagaimana nak tangani masalah camni ? Aku google dan cari jawapan. Wow !!! Ramainya yang punya masalah begitu !
Macam macam jawapan ada.. Ok , ini yang wife buat pada Qhaliff .. Dia senantiasa tukar menu .. setiap hari ! Takde makan yang sama jer ..
Bila dengan aku , dia akan makanan yang lain lak ..contoh dia akan makan epal dan buah limau dengan aku . Kiranya aku gigit , pastu dia akan hisap air tu .. Lama kelamaan , dia akan start gigit .. Gitu gak ngan buah limau.
Selain dari tu , aku kasi roti dengan ada perisa. Sekadar untuk dia ‘menikmati’ rasa .. Dari situ , selera makan dia bertambah. Dia tau apa yg bapak dia makan tu sedappp !!
Bila time nak susu ..
“ Neee nennn . Neee neennnn .. “
Aku gi bancuh la susu untuk dia andai mak dia takde .. Heee.. Kena sabar hadapi karenah budak ni sbb satu hari nanti , mereka akan sabar pulak hadapi karenah mak ayah dia .. bila dah tua !