Untuk kali ke dua aku hadiri mesyuarat penduduk di taman perumahan aku ni . Dan satu satunya isu yang membuatkan aku tidur tak tenang ialah isu keselamatan !
Menurut ‘tok penghulu’ , dari sumber tertentu berkemungkinan penyamun kembali aktif setelah sekian lama menghilangkan diri ! Dan cara mereka amatlah pantas dan kejam !
Antara waktu mereka akan buat kerja , disebelah awal pagi yakni jam 4-6 pagi dan 5-7 petang ! Waktu balik kerja ? Yup… mereka akan serbu dengan parang , menurutnya ..
Kalau sebelah pagi tu , katanya mereka akan gunakan pukau .. Hurmmm…. Geleng kepala je aku .. Kawasan kejiranan aku ni dah la sunyi sbb baru lagi .. Maka ada yang cadangkan wujudkan pengawal keselamatan untuk mengawal keselamatan di sebelah malam .. Cuma kena keluar la duit skit ..
Aku ok je.. Takde masalah bab duit cuma mungkin akan jadi leceh terutama orang luar yang nak datang ke taman ni .. Yelah , nak kena daftar bagai laa .. Tapi demi keselamatan , kena la terima kan ?
Aku malas nak menuding jari bab bab gini.. Yelah , sapa yang patut dipersalahkan .. Pihak mana yang patut bertanggungjawab.Yang penting , tanggungjawab penduduk tu ! Perlu sepakat demi kesejahteraan dan keamanan !
Hurm.. Parang ? Haih.. Bila teringatkan kes blogger BeautifulNara tu , mmg mengerunkan aku .. Yelah , kalau kita sorang tak pe la gak. Ni ngan anak bini lagi .. Kalau anak dara tu ? Hurmmm ..
Semoga Allah lindungi kita semua dari segala malapetaka dan mereka yang berniat jahat ! Hati hati kawan terutama bila nak masuk rumah tu.. Pastikan tiada yang mengekori anda ..