Hasil titik peluh blogger Najeeb Abdullah .. Memang nak kena budak ni ! Tapi tak pe .. Sebab dah title adik , dimaafkan ! Kalau tak , saman RM50 !
Hasil titik peluh blogger Najeeb Abdullah .. Memang nak kena budak ni ! Tapi tak pe .. Sebab dah title adik , dimaafkan ! Kalau tak , saman RM50 !
Respek giler la dua dua penyokong dan pengurus mereka ! Hahahaha .. Serius , aku tak mampu jadi cam mereka ! Kasi tiket free VVIP sekali pon , aku lom tentu nak gi .. Kenapa ? Aku tak suka tempat yang bersesak sesak .. Pening kepala aku tengok .. huhu ..
Nak tengok satu hal.. Nak beli tiket satu hal ! Bila tiket abis , confirm la frust kan ? Maklumlah , ada yang tunggu sebelum subuh lagi haaa .. tau tau tiket abis dalam berberapa minit jer ..
Penyokong naikkan semangat. Big Boss pon kasi semangat gak !! Bonus ! Dan siap ada tambahan bonus lagi .. PErghhhh.. untung untung .. huhu ..
Harapnya dengan galakan sebegini rupa , bolasepak negara mampu pergi jauh skit dari skang ni.. Tapi , kalau dengan corak pimpinan atasan seperti skang ni , hurmm.. aku rasa .. aku rasa .. aku rasa korang pon rasa camana aku rasa .. heeee ..
Tengok bola yer .. bukan MMA tau ! MMA pon profesional ! Main tarak gaduh punyaaa ..
Sejak kehilangan dslr aku yang berjenama NIKON itu , aku malas dah nak berkamera. Hanya guna kamera hp jer.. Senang ! Upload terus ke Fb , Instagram mahupun blog ! Haaa ..
Tapi ada satu masalah ! Masalahnya ialah bateri .. Hurmm.. Aku malas nak guna power bank .. Biasanya aku akan recharge bila dalam kereta atau guna laptop jer .. heeheh ..
Tetapi sejak terpandang kamera Panasonic Lumix ni , aku tergoda ! Tergoda sungguh ni ! Nak beli ? Hurm.. kena kumpul duit terpijak dulu , baru leh plan nak beli ..
Apa yang menariknya tentang kamera ni ? Yang membuatkan aku berminat pada kamera ni ialah ada wi-fi , skrin dia leh condong 180, mampu dihidupkan dalam masa 0.5 saat , ada 19 jenis filter dan pastinya kerana kualitinya .. Aku pernah guna dulu .. mmg cantik gila la gambarnya ..
Malas dah nak guna dslr .. leceh nak usung beg besar besar .. ehehe ..
-IKLAN-
Alhamdulillah...sejak nuyun terjun dalam dunia vitamin ni...dah bnyak pesakit Sle yang dapat nuyun consult..memang mcm tak percaya pun ada..mcm doktor segera je..tp nuyun bukan memandai ye...hasil dari google n sebagainya..kita boleh fahamlah masalah pesakit Sle ni..
oklah,memandangkan ramai yg bertanya..nuyun kena jgk citer serba sedikit kat cni..semua produk shaklee ni kita panggil vitamin@supplement..bukan ubat ye...atau nak mudah faham..sebagai makanan tambahan..jd korang semua tak bolehlah nak harapkan penyakit dapat sembuh dgn cepat..mesti ambil masa..k..
dan tak semua vitamin Shaklee ni..korang boleh telan...tambah2 lagi klau korang ada sakit Sle ni..mesti korang perasan di bawah label Alfalfa dan Vita-Lea ada tertulis Alfalfa dan Vita-Lea tidak boleh diambil oleh pesakit Systematic Lupus Erythematosus (SLE)...untuk yg pernah google tentang Shaklee ni..mesti korang dah tau kan..
korang tah tak Sle tu apa?..kena jugak tahu sikit2 kan...meh baca sikit..
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya.
Protien darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.
Punca penyakit SLE tidak diketahui. Penyakit ini menyebabkan badan seseorang menghasilkan antibodi terlalu banyak, di mana antibodi tu akhirnya memakan atau membahayakan badan pesakit itu sendiri.
Bahaya kan? sepatutnya imun sistemkita untuk jaga badan kita...tapi dah jadi musuh dalam selimut plak..huhuhu...
tapi ada satu kes ni...dia ibu menyusu..tapi berjaya jugak susukan anak dia walaupun ada sakit Sle ni...jom tengok testi dia..
" Saya adalah pesakit SLE. Symptom SLE menyerang semula 2 minggu selepas saya melahirkan anak sulung saya, Faheem. Dosage intake steroid saya telah dinaikkan dari 10mg/sehari kepada 50mg/sehari. Kesan pengambilan steroid bukan sahaja dirasai oleh saya malah turut menjejaskan baby Faheem, Atas nasihat dari Paed, saya diminta agar mengurangkan penyusuan badan, dalam erti kata lain, mula memberi formula milk kepada baby Faheem.
Hanya Allah yang tahu, bagaimana sedihnya saya tatkala mendegar kata-kata Paed, tapi saya tak bolehla selfishkan? Jika susu badan saya memudaratkan baby Faheem… Maka, saya akur dengan saranan Paed dan Alhamdulillah baby Faheem kembali pulih. Akibat dari itu, susu badan saya semakin berkurangan. Apabila mula berkerja, saya pump susu untuk membuat stock baby Faheem. Tapi alahai sedihnya apabila setiap kali pump, 1/2 –1 oz saje yg saya dapat. Macam2 petua saya dah cube, bila di makan/minum bertambah susu tapi bila berhenti, susu berkurang.
Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan 2 insan yang istimewa, kedua2nya rakan sepejabat saya (Seorang LC, Seorang Independent Distributor Shaklee). Byk ilmu yg saya peroleh dari mereka. Tips2 dlm persediaan untuk breastfeeding.
Cara yang betul untuk pump susu dan pelbagai lagi… Tapi yang paling berharga bagi saya…apabila diintroduce oleh K.Cery dgn Set B Trial Pack Shaklee. Mula2 mmg rasa mcm x percaya, tapi Allah gerakkan hati saya untuk mecuba. Dalam case sy ni special sikit, saya x ble consume Alfalfa kerana pesakit SLE tidak digalakkan mengambilnya, jadi saya tukarkan dengan OsteMatrix. K Cery juge, suggest utk sy ambil ESP bg bantu produktiviti susu disamping meningkatkan energy (yelah keje as jurutera ni, mmg perlu super duper extra energy).
Alhamdulillah, saya amat berpuas hati. Minggu pertama selepas consume Trial pack+ESP, susu utk baby Faheem makin pekat, masa baby Faheem menyusu pun makin singkat (Bila susu pekat, baby kita cepat kenyang). Hari demi hari, berkat istiqamah dlm memastikan sy pump 3/4 kali di office + 1/2 kali dirumah malam hari dan juge berterusan consume trial pack Shaklee+ESP, production susu sy semakin meningkat…dari 1oz, 5 oz, 8 oz dan siapa sangka sy berjaya pump sehingga 17-20 oz sehari.
Alhamdulillah. …syukur kepada Allah s.w.t..Kerana berpuas hati, saya continue ambil Full Pack, membeli Full Pack Shaklee adalah tindakan yang bijak selain mendapat hasil yang positif, ia lebih menjimatkan kerana dijual pada harga Distributor(15% Less) dan boleh di ambil untuk tempoh 4-6 bulan. Sehingga kini, saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee kerana saya yakin dengan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepada Shaklee product akan merubah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik. InsyaAllah"..
Sedih dan terharu kan...tapi semangat tu yg penting... Alhamdulillah... korang yg ada sakit ni.. jangan mudah give up..kalau rasa nak cuba vitamin2 Shaklee ni.. kena consult dulu ye..jangan memandai sendiri tau..
Oklah.. Itu je untuk hari ni...Jumpa lagi
Yang ikhlas,
Nuyun ;-)
Email : nuyunbizhouse@gmail.com
Kalau pengasuh yang dera .. biasa dah dengar kan ? Kalau ayah dera ? Mula laaa mak mak berkata .. Tapi bila mak lak yang dera ? Haaaa.. camana tu ? Tapi kisah mak dera anak amatlah jarang nak dengar kan ? Sayang anak la katakan .. kecuali yang sanggup buang anak tu .. Hurmm.. Tertekan la tu ..
Tak pelik .. Zaman ni , macam macam dah leh nampak .. Tekanan perasaan mmg antara penyakit kronik warga dunia skang ni .. Cam semalam di Harian Metro , anak nak rogol maknya sendiri ! Bukan negara luar tapi dalam negara kita sendiri haaaa .. Apa cerita ?
Keratan akhbar yang aku amik dari Harian Metro ni , buatkan aku geleng kepala ketika membacanya … Hurm .. Apa nak jadi ? Dunia dah sampai penghujungya ..
Entah la…kita jangan kata lebih lebih .. Kita pon ada anak atau akan ada anak .. Bukan mudah nak hidup di zaman ni.. Pengaruh negatif ada di kiri kanan kita .. depan belakang.. Antara nampak atau tidak .. perasan atau malas amik tau !
Tadi petang , aku gi ke PjH ngan wife untuk membayar saman parking kereta yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya .. Hehehe .. Kat mana nak bayar ? Korang tau kat mana Maybank ? Haa.. Kat depan Mahkamah Keadilan tu laa ..
Tujuan utama adalah untuk buat rayuan sbb saman yang dikenakan tu mmg nampak mengarut sangat la ! Ok , malas nak pertikaikan part tu sbb takkan habis punya berbahas dalam ni . Jadi, gi sana terus untuk dptkan jawapannya ..
Di sana .. wife masuk berjumpa dengan pegawai bertugas. Aku kena jaga Qhaliff.. Bawak main kat padang rumput yang ada di depan pejabat PjH tu..
Selepas 15 minit berlalu , wife keluar .. Aku tanya dia apa cerita .. Dia pon cerita laa .. Rupa-rupanya , kereta yang dia parking di MOF tu telah dikenakan 2 kali saman parking !! Pukul 930 pagi dan 1130 pagi ! Dan , hanya satu tiket saman saja ada atas cermin kereta aku tuuu .. Amacam ?
Pegawai bertugas ada bagi andaiannya tetapi aku malas nak berkongsi ngan korang .. boleh ? Sbb jadi fitnah nanti .. Jadi tak yah la yer…
Kemudian , bertanya mengenai saman tu.. Maklumlah 2 tiket atas kesalahan yang sama .. Mana aci kan ? Jadi , akan ada prosudernya .. Mereka akan buat laporan dulu pastu akan hantar surat rayuan pada kita dan kita perlu gi ke sana balik untuk batalkan satu saman tetapi satu lagi tu , kena bayar gak la.. Dalam RM50 jer .. hehe.. Murah je ..
Dan wife ada tanya saman tahun lepas .. Camana ? Apa cerita ? Part ni best .. Menyesal lak gi bayar ! ahahhaha .. Kenapa ? Haaa … Nak tau ? Aku nak cerita gak kat korang tapi nanti aku dituduh menghasut..
Jadi , sebaiknya .. gi je ke pejabat PjH untuk mendapatkan jawapan sendiri.. Tanya la dulu , kalau tak bayar saman tu .. camana ? Hehehhee ..
Untuk saman yang satu ni , aku rasa .. aku tunggu je la surat dari mahkamah .. Malas pulak nak gi bayar … hehehhe.. boleh ? Kalau korang rajin nak bayar , bayar je la.. Bukan banyak mana pon .. Busuk busuk RM50 jer … heeee ..
Menarik gak bila tau prosedur ni.. Jangan buta tuli dengar cakap orang.. Sebaiknya dapatkan maklumat sendiri. Baru puas hati ! Nak bayar atau tidak , terpulang pada diri sendiri .. Weeeee … Sendiri tanggung maaa ..
Aku tersenyum .Ianya kembali mengingati aku saat saat aku mula kenal dunia internet .. Hurmm .. Sayang .. sayang seribu kali sayang bila ianya dirosakkan atas sebab yang sangat sangat tidak patut berlaku. Tapi apa nak buat , itulah kehebatan perasaan anugerah Allah !
Persahabatan dalam dunia maya ni , mmg sangat menarik sekali ! Aku sendiri telah punya ramai sangat kenalan dalam dunia maya ni . Pergi je mana mana dalam Malaysia ni , pasti ada kawan . Malah kalau gi luar negara sekali pun pasti akan ada kawan di sana .. InshaAllah .. Tak tipuuu .. seriuss wooo.. Tak caya ? Tak caya sudah ! Nenek kau dolahh ! Haha.. guwau jer..
Zaman aku dulu , internet lom mampu menjana pendapatan yang sangat tinggi pada semua orang . Zaman ini , hanya dengan jari jemari pon leh kaya !
Tetapi sayangnya , bukan semua punya niat gitu. Ada yang suka suka .. Ada yang mengumpan nafsu .. Ada yang cari kawan .. Ada yang cari dosa ..Dan paling menarik ialah , mencari saham akhirat ..
Alhamdulillah .. di usia aku yang dah pon nak mencecah 40 tahun ( lagi 20 tahun cecah la ) ni , aku telah mengetahui mana yang baik untuk aku dan yang perlu ditolak jauh di dalam dunia maya ini .
Aku harap , persahabatan kita dalam dunia maya ini tidak dirosakkan oleh agenda yang sekadar memuaskan nafsu dan hasad dengki untuk seketika sahaja !
-iklan-
Melancong FREE ke Australia
All fully sponsored including
2 way Flight tickets, accommodation,
Halal food, transportation, & tour.
For more info, visit:
www.WaneyZainuddin.com
Babak ni aku ulang berkali kali.. Kenapa ?Sebabnya .. Setiap kali babak ni , dia akan menjauhkan diri dari aku yg dok pegang hp ni ..
Pelik.. bila dah lepas babak ni ,dia datang semula.. Apasal gitu ?
Serius .. aku tak paham .. Bila dah jauh dr babak tu , aku balik semula ke babak tu dan dia kembali bangun dan lari lagi !!! Hurmm.. Muka serius ketakutan .. Lohhhh …
Haih.. tak larat nak bersihkan dalaman kereta ni .. bekas titisan susu minuman Qhaliff bersepah .. hurmm.. Nasib baik la anak sendiri.. Kalau takkk .. lama dah aku suruh dia turun dan balik jalan kaki ke rumah , sendiri !!
Dan tadi gi basuh dah kat Alamanda .. Terbang RM20.. Janji bersih untuk event Honda Sabtu ni ..
Debu kat badan kereta .. perghhhh .. baik punya hitam ! Bayangkan debu debu tu masuk ke paru paru ..
Nasib baik la bulu hidung ada utk tapis udara yg tercemar tuu ..
Alhamdulillah .. Murah rezeki si kecik nih ! Kecik ke ? Hahaha .. Adehhh .. Berketul lengan aku dukung dia . Nasib baik dia nak dukung tapi mmg aku suka dukung dia.. Dukunglah selagi boleh .. Nanti bila dah sampai masa , hurmm… pasti rindu semua tu ..
Baju raya sedondon untuk aku dan Qhaliff ! Haaa.. Wife kena beli sendiri.. hahaha .. Tak kisah la.. orang nak bagi , kita terima .. Rezeki jangan ditolak la kan .. Nganga jer .. Asalkan ikhlas dan diberkati Allah ..
InshaAllah , nanti gi ukur ke butiknya .. Butik mana ? Tu nanti cerita laaa .. heeee..
Murah rezeki anak kan ? Dari aku mula takut nak kawin sbb tak cukup duit , skang ? Sesungguhnya setiap perkara yang baik itu ada balasannya .. Banyakkan bersabar..
Hati hati yer … Ni fake punya profile. Gambar tu pon gambar palsu . Rasanya tu blogger yang aku kenali ..
Macam macam la manusia skang ni .. Susah susah la mak ayah bagi nama suh pakai , sibuk la nak guna nama orang lain .. Kang bila kena tangkap , tau pulak menangis menyesal ! Masa buat tu , tamo pikir !
Dari Sinar Harian Online .. Baca kat SINI dulu baru tau apa kesnya dengan gambar di atas ..
Kalau aku la kan ? Serius .. mmg aku akan buat seperti mana mereka jugak ! Tapi kan , sebenarnya perbuatan begini amatlah merbahakan diri sendiri dan juga orang lain ..
Katakanlah , dapat kejar orang yang mencuri tu .. dia ada senjata merbahaya .. Camana ? Jangan ingat kita punya ilmu bergaduh ni , boleh terus guna je.. Orang yg buat kerja gini biasanya nekad untuk buat apa saja .. Hati dah kering…
Sememangnya amatlah sukar utk buat keputusan pada waktu kecemasan begini . Sebaiknya fikir dulu sebelum melakukan sebarang tindakan … Andai yakin benar nak berdepan , silakan .. Kalau was was , gi je la report polis .. heeee ..
Bersungguh la dia memanjat tangga .. Dengan hasil simpanan 2 hari yang baru nak keluar tu ( tu pon lepas minum jus ori oren yang aku perah sendiri ) , dia merangkak naik tangga seolah olah ajak gi tandas bilik atas ..
Aku yang duduk sebelah dia ketika di tangga tu , mmg perlukan oksigen sangat sangat.. Rasanya dengan jerebu di luar saat tu pon aku mampu tahan lagi.. Yang ni ? Aku surrender ..
Baru nak dukung dia , kat tv terpancarlah rancangan Upin Ipin .. Terus dia berenti merangkak dan layan jap cerita tu .. Aku , kesian lak nak halang dia .. Biar la dia tengok jap .. aku pon duduk di sebelah dia .. dengan menahan nafas !
Bila selesai , bawak naik gi tandas dan tengok hasilnya .. Padat dan melekat ! Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! Tak tau nak kata apa dah ..
-iklan-
Melancong FREE ke Australia
All fully sponsored including
2 way Flight tickets, accommodation,
Halal food, transportation, & tour.
For more info, visit:
www.WaneyZainuddin.com
Pergh.. tajuk tak leh hingat ! Tapi serius , mmg ramai yang tergoda bila aku post gambar ni ke FB tadi .. Macam macam komen dapat haaaa ..
Korang ingat awek mana ? Tergoda ? Hahahah .. rileks laaa ..