Ada kawan tanya di FB dan juga Instagram ..
" Kebelakangan ni abang Ben post gambar Qhaliff mesti asyik bercawat jer.. Memang tak pakai baju ke Qhaliff kat rumah ? ".
Kebetulan jer. Sebelum ni aku post gambar dia , mesti berbaju kan ? Cuma sejak sejak dia dah bijak berfikir , mmg payah skit nak pakaikan baju terutama selepas mandi.
Manakala gambar gambar yang dia sibuk bermain tu , gambar sblm mandi yang mana aku dah bogelkan dia tapi tunggu masa sesuai untuk dimandikan .. Kebetulan lak dia suka wat aksi aksi melucukan dan aku teringin nak kongsi sama dgn rakan rakan akan telatahnya tu ..
Dan ada juga gambar gambar dia yang aku amik selepas makan. Abis baju comot aihh .. Tu yang dibogelkan untuk tukar baju lain .. Asal dibuka baju dia , maka dia akan berguling untuk melarikan diri ! Sakit pinggang nak pakaikan dia baju ! Huhuh. .
Takkan la nak kasi dia bogel duk kat rumah .. Masuk angin nanti .. huhuh ..