Ramai tertanya tanya .. malah ada yang siap dok sebar yang nun tahun lepas punya kenyataan .. Sian … Aku sendiri pon tertipu gak ni .. siap join sama sebarkan berita lapuk tu ..
Walaupun aku bukan lagi penjawat awam , sekurang-kurangnya berita gembira begini , pastinya seronok berkongsi sama dengan rakan rakan aku yang bekerja di sektor kerajaan termasuk juga wife .. heeee .. Dapat tempias skit kan ..
Ok .. Ini kenyataan terkini yang aku amik dari SinarHarian Online yg bertarikh 16/7/2013 …
“ Kerajaan belum bincang pemberian bonus Aidilfitri “
Hurmm .. Nampak macam tipis je harapan nak dapat bonus sbb kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.
Namun segalanya terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output..
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa , untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.
"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.
Apakah ada bonus atau saguhati untuk penjawat awam ? Hehehe .. Doa doa kan laaah yer …
Oh yer , tolong jangan tuding jari pada kerajaan pimpinan BN sgt yer .. Jangan kata ini cuma janji manis mereka pada masa PRU ari tu .. Ada juga penambahbaikan untuk penjawat awam dari takda langsung .. Nak tau dengan lebih lanjut , sila baca kat SINI ..