Hurmm .. pening pening .. Kalau dah tau berdua ngan anak , dan anak tu pulak tak sihat .. tak payah la keluar berdua .. Tunggulah suami pulang atau carilah sapa sapa yang boleh jaga buat sementara waktu ..
Bila dah jadi , macam macam orang kata .. Waktu tu tak guna dah .. Menangis kuar air mata darah pon dah tak guna ..
Fikir sikit sblm nak buat .. Pandang wajah anak tu. Bayang jika sesuatu yang buruk mungkin terjadi .Bukan doa tapi kena waspada laaaa .. Aiseyman …
Aku tak rujuk kes ni je .. tapi macam macam kes lagi .. Sayangkan anak tapi pandang remeh jer ..
Di Kota Kinabalu , tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.
Goyang kereta baru terjaga
Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.
Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.
Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.