Ada kawan tanya aku , berapa mAh kah power bank yang aku beli ? Berapa harga ? Aku jawab 7800 mAh dan harganya ialah RM179. Mahal katanya .. Begitu juga jawapan dari wife .. “ Boleh tahan mahal. “.. Made in Taiwan ..
Aku teringat kata kata seorang penjual smartphone yang aku selalu beli kat dia .. Kalau nak beli power bank , biar yang ‘ori’ . Jangan beli yang gred gred ni .. Mungkin ada yang ok .. dan mungkin ada yang tidak . Bukanlah nak kata yang ori ni bagus tapi sekurang-kurangnya ianya terjamin dari berlakunya kecelakaan. Setakat rosak tu , Ferrrari pon rosak gak kan ?
Faktor yang aku amik kira ketika membeli power bank ialah kualiti baterinya .. Baterinya dari jenama apa ( yang aku beli ni jenis Sanyo , buatan Jepun ) .. Apakah kita pernah dengar jenama tu atau ianya sekadar cap ayam ? Hati hati kerana ada kes pernah meletup . Cuba google yer. Bukan cerita dongeng ..
Aku tau pon setelah aku google mencari tips membeli power bank. Beberapa kesilapan ketika membeli power bank, boleh rujuk di SINI atau di SINI kalau malas nak guna kamus ..
Ok .. paling mudah la kan .. Sesetengah orang memilih power bank kerana harganya murah tetapi tidak mengambil berat tentang sel bateri yang digunakan. Sel bateri akan menentukan berapa lama bank kuasa anda akan terus hidup !!
Ada yang fikir makin besar mAhnya , makin bagus .. hehehe .. Ok , sila baca dan fahamkan ..
QUESTION :- If a smartphone cell is 1600mAh, does this means a 4800 mAh powerbank can charge it 3 times full charge?
ANSWER :It depends actually, it does not translate directly into triple the usage time for the device with a ratio of 1:3. There is a calculation formula for the approx device charge per cycle for a single powerbank charge. 4800mAh is only an indication on how long the device can power itself from the battery. All these factors will depend on the powerbank cell quality, cell actual capacity, cell PCB board design and cell reliability.
Kemudian jaminan kerosakkan .. Macam aku , aku gi beli je kat kedai sbb dapat ada tambahan bayaran macam insuran tu la.. Tambah RM10 jer .. Kalau rosak , aku dapat tukar yang baru terus . Tak perlu tunggu diperbaiki .. Biar kalah skit dari pening kepala .. hehehe ..
Faktor keselamatan yang terdapat pada power bank tu .. Kena tanya dan baca di kotak power bank tu .. Antara yang perlu ada ialah perlindungan litar pintas ..
Apa pon , terpulang pada anda sendiri .. Ada yang malas nak survey .. Maka bolehlah tanya pada rakan rakan yang dah guna , mana yang ok .. Kalau rajin nak survey , gi la kedai gadget terbesar seawal pagi sbb mood pekerja diorang baik ketika tu. Leh tanya macam macam ..
Google dan baca tips tips membeli power bank untuk memastikan anda tidak tertipu !
“ Beware of dishonest cheap power bank claimed to have high mAh capacity “
Kesilapan membeli power bank bukan saja mampu membuatkan anda kerugian duit malah mungkin gadget anda mungkin akan rosak dan paling penting ialah keselamatan anda sendiri !
PhoneCaseDiscount.com menjual pelbagai jenis powerbank pada harga yang berpatutan ( RM35-RM130 ) .
- Jaminan selama 6 bulan ( 1 to 1 exchange jika ada masalah ) . 100% original power bank.
- Promosi penghantaran percuma sedang berlangsung.
Sila layari PhoneCaseDiscount.com segera untuk mendapatkan powerbank yang sesuai dengan anda !