PEMINAT MISTERI ke ? Hurmmm ..
Baru baru ni seorang rakan mintak aku promote produk dia di blog aku .. Bukan free tapi berbayar.. Apa nak buek kan , aku nak makan gak .. hehehe ..
Alhamdulillah .. sambutan selepas aku promote tu katanya tak menang tangan gak la menjawab telefon dan berbalas mesej .. huhu.. Ok la tu kan .. Risau gak kalau takde sambutan ..
Tapi , dalam dok bersoal jawab mengenai produk tu ada la jugak yang dok sibuk mengorek rahsia pasal aku !! Amboi , boleh pulak lagu tu ? Katanya siap bertanya camana boleh kenal aku .. kenal camana .. Aik ??? Apa kes gitu aihh ?
Jangan la gitu kawan .. Tak comel buat gitu. Kalau minat sekali pon , baca je kat blog .. Tak perlu nak korek dalam dalam rahsia peribadi orang. Aku ni pon sekadar manusia yang penuh kisah silam yang hanya Allah saja mengetahuinya .. Memadailah dengan baca apa yang aku tulis dan doakan agar aku sekeluarga sihat sejahtera , dah laa.. Lain lain tu , biarlah .. toksah amik tau .. ek ?