Akuuuuuu !!!!! Terima kasih anugerah yg tak terhingga ini !! Luv u olls laaahhh ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Akuuuuuu !!!!! Terima kasih anugerah yg tak terhingga ini !! Luv u olls laaahhh ..
Atau usung keris ala ala zaman pendekar dulu dulu ? Atau memadailah dengan punya seni mempertahankan diri ? Segalanya untuk melindingi diri sendiri dan harta benda dari penyamun dan penyangak yang semakin berani buat kerja tanpa kira masa , tempat dan juga siapa mangsanya !
Sebelum sahur pagi tadi , aku sempat layan berpuluh video kes samaun , ragut , rompak bersenjata yang mana membuatkan aku mengelengkan kepala aja dan berisitighfar melihat segala kejadian yagng berlaku.
Kebanyakkan ketika kejadian , mangsa keseorangan dan tidak menyedari akan diperhatikan. Bila diserang , orang yg ada disekeliling belum tentu datang menolong kerana tak tau apa punca .. Bila dah jadi, barulah datang ‘bertanya’ dan terpinga pinga.. Hurmm .
Ada dua video yang membuatkan aku tersenyum. Yang pertama , sekumpulan geng berparang macam nak gi menyamuk atau lebih nampak macam nak gi bergaduh tapi bertempiaran lari bila mangsa mengeluarkan pistol !
Yang kedua .. yang ni ‘dol’ sangat penyangaknya .. Nak curi handphone di kedai .. Dia dok belek belek .. Pastu dia nak bawak lari hp tu .. Sekali hp tu kena ikat ! Apa jadi selanjutnya ? Korang tonton la sendiri kat link ni ! Hahahaha …
Ni nak raya , pastinya penyamun makin aktif . Jgn terlalu harapkan pada polis sangat .. Diri sendiri kena sentiasa beringat .. Kalau dah tau penyamun biasanya akan samun benda benda yang mahal , jangan pulak gi tayang di tempat terbuka harta korang tu .. Pehey dop ?
Nai buat biskut raya sama sama .. hinggakan aku batalkan projek nak layan THE WOLVERINE ..
Bila sampai masanyaaaa... aku ngan Qhaliff tidurrr daa.. mak dia je buat sorang sorang .. hahahaha..
Anak jadi pelik tgk ayahnya .. Ayahnya nak kelihatan 'cun' utk Iftar bersama rakan rakan blogger petang ni .. heeee..
Bakat Qhaliff terserlah dalam kedua dua bidang ni .. Dia pegang stering , automatik keluar bunyi kereta lumba .. Kalau dia gi dapur , automatik dia punggah semua abis mak dia punya set masakan ..
Jadi , aku plan nak belikan dia mainan.. Antara hok ada stering atau hok yang ada sudip ? Bukan nak ajar dia jadi ganas atau lembut tapi dari situ nampak dia punya kreativiti .. Apa dia nak buat dengan menda menda tu ..
Aku nak kasi lego , aku risau dia buat taman dalam perut dia ! Jadi tak mo la kasi dulu .. hehehe ..
Mana sesuai eh ?
Ok , rezeki blogging bulan ni dan bulan lepas .. sangat sangat aku bersyukur. Kaya tu tak tapi lepas la nak hidup sekeluarga tanpa sekat apa apa ..
Bila dapat duit , apa yang perlu aku utamakan ? Hurmmm .. Mula-mula aku kena setkan bayaran hutang terlebih dahulu.. Kemudian ibu bapa dan keluarga aku. Jika ada baki , barulah aku guna untuk aku ..
Kalau ada banyak , banyaklah untuk semua orang .. Kalau skit , tak leh nak kata apa la .. Kasi tetap kasi .. Walaupun orang tua kita tak nak duit kita tapi sebagai anak lelaki , wajib kena bagi walaupun dah berkeluarga ..
Serius , aku tak berbangga langsung dengan apa yang aku buat kerapa apa yang aku buat sedikit pon belum dapat membalas jasa kedua orang tua aku ..
Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.
Buat lelaki yang akan menikahi pasangannya , pastikan si perempuan itu maklum akan hal ini iaitu mana satu yang lebih penting bagi suaminya !
Tetapi si lelaki yang bakal jadi suami juga perlu maklum iaitu setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.
Jadi , pandai pandailah berbincang dan memahami tanggungjawab masing masing ..
Jangan tertipu dgn kecomelan.. Dia , sangat pantas buat kerja dan melarikan diri !!! Sebarang typo yg anda jumpa dlm blog mahupun laman sosial , saya disabotaj olehnya !!
Perghh .. marah sungguh rupa si Alvin ni .. Apa agaknya ‘pengajaran’ yg dia dapat semasa dalam penjara selama seminggu tu yer ? Tapi katanya , “ Nod bad” .. Aku rasanya sbb dalam Mstar tulis , ‘Tak teruk' .. Maka Not Bad la kan ? Hehehhe..
Jangan marah marah .. Sapa saja dalam negara ni atau mana mana negara sekali pon , kalau buat salah pasti akan dihukum .. Sapa sapa saja yer .. Tak tau la kot ada yang terlepas kan ? Tak pe.. atas dunia leh terlepas .. Akhirat punya mahkamah , siap ler.. Kaki tangan segala pancaindera jadi saksi ..
Takpe la.. harap pasni mana mana blogger atau pengguna internet ni , hati hati la dalam apa jua tindakan .. Silap silap , makan diri .. termasuk aku .. huhuh ..
Ah , sudah .. Mak bapak aku dok bebel sbb kat Petronas , diesel takde stok .. Abis camana bas sekolah nak bergerak ni ? Aiyooo . Aku pelik gak nape boleh jadi gitu. Sangka aku ,hanya kawasan tertentu jer takde .. Sekali aku bukak Bharian Online …
Tu diaaa … Kat Sabah pon dah rupanya .. Apakah punca kekurangan stok diesel ni ? Tanda akan naik harga ? Bermakna barang barang pon akan naik harga , sekali lagi ? Gulp .. masak gini ..
Nampaknya di sesetengah tempat , pengguna dah mula marah dengan ketiadaan diesel .. Huhuh.. Abis ler …
Semalam , aku gi Warta di Bangi. Kat sana , terjumpa kawan sekolah lama aku .. Aku tanya la apa dia buat kat situ ? Sbb pelik la … dulu dia dah hampir jadi manager di sebuah restoran francais makanan segera popular di negara kita ni .. Tup tup , ada kat situ lak ..
Jawabnya , dia lama dah berenti dari wat keje gitu. Boring .. Takde perkembangan .. Hehehe .. Aku tanya la dia wat apa sekarang ? Meniaga baju melayu ke ? Maklumlah , depan kitorang tu mmg ada booth baju melayu. Mana tau dah jadi tokey besar .. kan ?
Kataya tidak .. Dia kerja dengan satu company ni.. Buat bisnis pemasangan solar ke rumah rumah .. Wah , menarik. Aku mmg nak bercadang pasang menda alah tu kat rumah aku memandangkan tenaga elektrik skang rupa kena bagi BRIM kat TNB .. huhu .. Banyak siutt ! Kalau simpan tiap bulan tu , leh gi nikah kat Siam woooo .. hehe..
Sahabat tu pon terangkan kat aku .. Katanya dengan pemasangan solar tu , kita akan dapat pulangan selama 21 tahun .. Contohnya gini la.. Kalau aku pasang , kos tu aku kena tanggung. Katanya cuma RM60 ribu. Setiap bulan , TNB akan bayar RM1200 pada kita sbb tenaga solar dari rumah kita tu akan disalurkan kawasan sekitar. Dengan cara ni , TNB dapat mengimbangi keperluan tenaga elektrik di negara kita .. Haaaa.. Lebih kurang gitu laa ..
Menurut kawan aku tu lagi , dia baru pulang dari Kelantan . Dia buat promosi kat Pengkalan Chepa. Katanya , tak sampai 2 hari .. sold out ! Target mereka 7 hari ..
Aku tanya dia kenapa tak buat promosi melalui internet jer ? Dia jawab , setahun kuota yg diberikan TNB cumalah 2 ribu jer. Tak leh pasang banyak banyak .. hehehe ..
Menarik tuuu .. Aku tanya lagi .. RM60 tu jumlah yang besar.. Apakah mereka sediakan pinjaman ? Mereka dah ada perjanjian dengan Allied Bank . Atau bleh je guna mana mana bank cuma leceh skit la utk dapatkan loan peribadi. Kalau ada cash , lagi cun wooo.. 21 tahun woooo dapat bayarah RM1K ++ ..tamo ? Bayar bank cuma 10 tahun maksima.. lagi 11 tahun tu ? Dapat buta buta jer ..
Aku tertarik cuma buat masa sekarang , faktor kewangan lom mengizinkan aku lagi untuk membuat sebarang ‘hutang’ .. hehehe.. InshaAllah , kalau ada rezeki lebih , leh pasang di rumah aku ni .. Cuma , katanya bil letrik tu tak la free cuma kurang skit dari sekarang ni ..
Ok apa ? Dari guna duit modified kereta atau belanja awek yang belum tentu jadi bini no 2 , baik wat menda ni .. kan ?