Huwaaaaa.. dia tak kisahkan aku dahhh bila ada gengg .. huhu .. Daddy main ngan Arissa je la .. huhu.. Qhaliff main ngan abang Ammar .Ibu gi masak kat dapur tuuuu . Heheeh …
Rindu main ngan baby ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Huwaaaaa.. dia tak kisahkan aku dahhh bila ada gengg .. huhu .. Daddy main ngan Arissa je la .. huhu.. Qhaliff main ngan abang Ammar .Ibu gi masak kat dapur tuuuu . Heheeh …
Rindu main ngan baby ...
Qhaliff , bulan ni saja 3 kali dah eksiden di dahinya tu.. Letih dah aku nak berkejar amik ais batu untuk demah di dahinya tu .. Pasni , aku nak belikan sesuatu untuk dia pakai ..
Ok tak ? Kalau aku pakaikan dia gini , rasanya dahi dia benjol lagi tak ? Hahahaha .. Adehh .. Nak cari solution untuk kaki dan tangan dia lak .. asyik kena gigit dek nyamuk jer ! Aku nak pinjam suit Iron Man je la gini .. huhuhu ..
Sayangkan anak , tangan-tangankan eh ? Perghh…
Bertolak ke Kelantan selepas berbuka puasa dengan famili aku . Tapi tak tau nak ikut jalan mana .. Sumber sumber sedia ada kata , jalan Gua Musang , Kuala Lipis tu jammed .. Rasanya jammed pon sbb orang balik keje kot ? Maklumlah petang .. Belah malam ? Hurmm..
Kalau sampai ke tol Gombak , tak jammed maka ikut je la Gua Musang .. Tu planningnya la dengan wife .. Qhaliff , tak kisah pon ikut mana ..
Sampai tol Gombak , kereta banyak .. Aku nekad ikut jalan Terengganu dengan berpandukan GPS walaupun dah berkali kali aku gi tapi masih tetap tak yakin .. hehehe ..
Perjalanan cantik sehinggalah sampai ke Chukai. Sampai situ , WAZE suruh aku masuk ikut jalan alternatif .. Aku berat skit nak dengar cakap dia sbb kalau ikut cakap hati aku , ikut je jalan biasa ..
Namun , aku tetap ikut cakap WAZE tuuu .. Dan hasilnya , laluan Ibok – Kuala Terengganu tu serupa aku hidup seorang diri atas dunia ni .. Macam dalam filem zombie laakkk !! Wife , dah bantai tidur .. Aku tau dia sedar tapi dia takutttt .. hahaha ..
Padan muka aku laaa .. nasib baik laa bulan Ramadhan .. maka , tak la takut sangat walaupun aku keseorang dalam hutan tuu.. mana ada kereta lain nak ikut jalan tuuu sbb menurut rakan di FB , jalan utama di Kemaman tu dah dibuka .. adehh ..
Terbayanglah ..
Bayangkanlah … aku yg tak pernah lalu laluan tu , hanya nampak hutan dan kekadang rumah .. Tapi ada pulak sekolah ? Hehehhe .. Maknanya time malam je ‘mati’ .. siang ceria jerrr .. Huhuh…
Menariknya, rupanya tu highway 2 lorong jer ! Tak nak letak kamera AES ke kat sini ? Kereta leh tahan laju .. Silap silap pontianak terbang langgar had laju pon leh dapat kat sini .. hehehe ..
Baru aku tau yang highway ni tak masuk bandar Kuala Terengganu langsung. Tau tau terus sampai Jerteh seterusnya leh ke Kota Bharu gituuu .. heheheh .. Cuma kalau malam tu , kena hati hati laaa sbb tau tau ada lembu kerbau lalu.. hehe.. Kalau yang atas tu lalu , tak tau la camana eh ?
Alhamdulillah .. Kul 7 pagi sampai umah mak mertua aku. Berenti solat subuh kat masjid Jerteh dulu baru sambung perjalanan. Sahur ? Dlm kereta jer. Nasib baik jiran ada bekalkan nasi impit sebelum bertolak .. huhu.. Rezeki ..
Ok , pasni aku tamo dah lalu situ ! Baik aku lalu je Gua Musang dan Bukit Tujuh tu sbb aku lagi familiar kat situ .. hahaha .. Insaf ? Tak jugak.. best pe lalu Ganu .. Meriah wooo ..
Ke Kelantan tahun ni .. Tahun lepas raya KL .. Hehehe.. Sebelum balik tadi , beraya ngan org tua aku dulu kt Cheras..
Skg ni kat Maran. Ikut Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) .. Alhamdulillah , clear je jalan .. Ngantuk tu ada tp berenti berenti laa .. Qhaliff , jap lena , jap sedar .. siann..
Haihhh.. tak tau nak kata apa dahh .. dlm dia duduk ngan mak dia , bangun .. tersungkur dek tersadung beg .. nak kata apa dah ?
Sejak bergelar pengguna laman sosial tegar ( Facebook , Twitter , Instagram , blog ) ni , banyak dah perkara yang aku rasa sukar satu ketika dulu , aku dah mudah melakukannya. Membuat kebajikan dengan cara paling mudah tapi berkesan !
Apakah itu ? Seringkali aku ternampak rakan rakan memuatnaikan status ‘sumbangan diperlukan’ , ' untuk membantu individu mahupun badan badan kebajikan .. Kalau tak mampu memberikan sumbangan , klik saja butang SHARE dan mintak rakan-rakan lain kongsikan sama di timeline mereka !
Atau paling tidak pon tweetkan saja mengenai sumbangan itu ! Sapa tahu kan , walaupun ianya nampak kecil tapi besar pada orang yang lain. Bayangkan dengan rakan yang kita ada ramai tu di FB , terbaca mengenai kutipan sumbangan itu lalu dia berminat untuk menyumbangnya walau sedikit . Itu baru seorang dari 5 ribu rakan kita .. Kalau dapat la 10 orang kongsikan di timeline mereka , berapa ramai dah yang berminat nak menderma ? Kan mudah itu ? Kecil tapi besar , sebenarnya !
Aku dah lakukan banyak kali dan rasa sungguh tenang sekali bila dapat berbuat begitu. Seronok dapat membantu orang ni ! Yelah , kita membantu orang lain ni , macam macam cara ada kan ? Serius , ianya amat berbaloi.
Cuba korang kongsikan pengalaman korang dalam melakukan sesuatu yang positif yang mana ianya sedikit sebanyak memberikan impak positif pada orang lain ..
Tak kira la dengan ceritakan di Facebook atau blog, kemudian letakkan tanda hashtag #PositivelyMalaysia serta lokasi anda seperti #Selangor atau #kualalumpur agar rakan rakan lain dapat semangat untuk melakukan sesuatu yang positf seterusnya berjaya membina masyarakat yang lebih bersifat penyayang dan bersemangat positif !
Setiap perkongsian anda ( #PositivelyMalaysia + #(lokasi anda)) akan dimuatnaikkan di www.malaysia.my/positivelymalaysia .
Mari kita sama sama wujudkan persekitaran yang lebih positif mulai sekarang ..
Ok .. sangat menakutkan aku tapi berkali terjadi terutama sebelah tengahari dan petang .. Memandu dalam keadaan panas , sememangnya amat meletihkan mata . Bukan nak sangat tidur tapi mata dah terlalu letih ..
Semalam , kawan aku cerita. Dia dalam perjalanan ke pulang ke kampung , sekeluarga . Nyaris kereta mpv yang dipandunya terbabas gara gara tertidur ! Siap terlepas tangan lagi ! Hurmmm .. Sangat merbahaya ..
Mengantuk , sila berenti .. Memang la.. Tapi nak berenti kat mana kalau RnR jauh lagi ? Kalau memandu di kawasan kampung tak pe la gak .. Ni kalau highway cam utara selatan tu , camana ? RnR dah la senantiasa penuh . Sangat merbahaya wooo ..
Peranan co-pilot .. Biasanya co pilot akan bantai tidur bila memandu jauh ni. Pilot pastinya nak teman bicara. Kalau duduk diam gitu je ,perghh.. mmg mengantuk wehh .. apatah lagi bulan puasa ni ..
Ok , aku ada jumpa 19 tips untuk elakkan mengantuk ketika memandu. Aku rasa ada beberapa info terbaru yang aku temui dan berguna untuk aku memandu malam ni .. hehehe ..
Sila rujuk SINI untuk ke tips tersebut .. Nasihat , kalau mengantuk tu .. berenti tidur la kejap. Biar lambat asalkan sampai ..
Berlaku sewaktu aku sedang mengundurkan kereta baru aku tu keluar dari halaman rumah .. Qhaliff berada dipangkuan aku..
Tiba-tiba angin bertiup kencang .. Pintu pagar yang terbentang luas ditolak masuk kembali tapi .. terkena pada badan kereta dan tersekat..
Aku mengeluh .. Geram sbb tak mampu buat apa apa.. Kang aku letak Qhaliff dan bukak pintu lalu gi berlari untuk menahan pagar tu , Qhaliff sendirian dalam kereta dengan enjin kereta dihidupkan ! Amat merbahaya !!
Aku pandang wife .. Aku suruh dia gi tengok dan tolak kembali pintu pagar tu.. Dia pandang aku .. Bibirnya bergerak mengatakan sesuatu ..
Aku istighfar .. Aku kata .. “ Dunia , dunia .. duniaaa semata mata .. “ ..
Aku redha dan Alhamdulillah .. hati aku tak sakit langsung. Kalau sebelum ni confirm aku akan marah marah dan geram bila mengenangkan kejadian tu .. Maklumlah , kereta baru .. huhuhu ..
Aku pujuk hati.. Nanti ada duit lebih , polish je la balik .. Kereta je pon .. bukan bawak masuk kubur ..
Bila nak tidur , punya la susah .. Dah dapat tidur , liat pulak nak bangun ..
Nak tidurkan dia .. pelbagai cara buat . Tamo dah kasi Upin Ipin sebelum tidur .. Maka aku bukaklah flash card Alif Ba Ta kat dia .. Suruh wife layan dia .. Habiskan masa dengan dia laa .. heheh ..
Tak sampai 5 minit , tidur ! Hahahahha.. rosakkkkkkkkk !!
Sejak dua menjak ni , dia semakin tak nak dengan orang . Walhal dulu , pantang nampak orang .. senyum molek diaa haaa .. Sekarang ni , mesti nak lari ..
Gunting rambut ? Ni kali sejak berkali kali dia gunting rambut , dia menangis .. real punya menangis ! Serupa awek cun giler yang tinggalkan dia ! Huh .. Malu la daddy .. huhu ..
Bila dah nangis , rambut yang sempat digunting .. cumalah bahagian bahagian tertentu jer .. Hurmmm .. Bayar sama gak harganya walaupun gunting tak sampai 5 minit .. nangis lebih 5 minit. Bila orang tu berenti gunting , dia diam.. Dia gunting balik , Qhaliff nangis semula .. hahaha ..
Akhirnya .. rambut serupa macam .. hurmm … tetap hensem gak la untuk raya ni .. huhu ..