Wajib singgah beli sata dan otak otak ! Nasib baik masih dlm mood raya jd takde la byk gerai bukak..
Tapau skit utk org tua ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Wajib singgah beli sata dan otak otak ! Nasib baik masih dlm mood raya jd takde la byk gerai bukak..
Tapau skit utk org tua ..
Takut dia nak berjalan atas pasir ni .. sbb kan pasir ni bila pijak dia tenggelam .. Jadi dengan keberatan badan dia ni , dia tak berani nak berjalan .. Merangkak dia ! Hahaha .. Lawak laaa anak aku sorang ni ..
Hurm.. cantik pantai ni .. Sayangnya bahaya untuk bermandi manda .. Ombak yang kuat , dan dia bukan spesis pantai landai yang membolehkan anak anak kecik bermandi manda .. Jenis curam tu haa .. Bahayaa wooo ..
Dan bila di sini , automatik aku teringatkan satu amaran mengenai tsunami baru baru ni.. Dari bacaan aku di FB , ombak ketika tu dah menghampiri semenanjung pantai timur tiba tiba beralih arah ! Wallahualam .. Kuasa Allah .. apa saja boleh jadi ..
Tiba masa nak bertolak balik ke Kuala Lumpur .. Abis dah percutian sehari di sini .. hehehehe ..
Dungun di hati ku .. hehehe ..
Gambar hiasan jer .. Aku terbaca gak semalam pasal hujan meteor ni tapi terlupa nak tengok .. Lokasi aku sekarang ni mmg cantik sangat la nak tengok semalam tapi pada jam tu , yakni menurut pakar , jam 11 malam ke atas baru leh nampak .. tapi sayangnya , hujan turun la pulak ..
Ada yang kata apa yang best sangat tengok menda menda gini ? Ini dikatakan minat .. Minat manusia ni macam macam .. Kalau semua minat pada satu menda tu jer , tak meriah la dunia ni .. Macam pensil warna .. Kenapa tak satu warna je ? Kan sama je .. Bila dah berwarna warni , barulah nampak cantik ..
Begitu juga dengan minat.. Melihat langit ciptaan Allah ni mmg sangat mengasyikan .. Bayangkan baring tepi pantai bersama yang tercinta dan melihat langit di sebelah malam .. Cantik dan sangat indah terutama bila langit cerah .. Er , jangan gi bantai tengok sebelah tengahari .. buta mata tu haa ..
Apa itu hujan meteor ? Menurut wikipedia Hujan meteor adalah fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Meteor ini terjadi kerana adanya serpihan benda luar angkasa yang dinamakan meteoroid, yang memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan yang tinggi. Ukuran meteor umumnya hanya sebesar sebutir pasir, dan hampir semuanya hancur sebelum mencapai permukaan Bumi. Serpihan yang mencapai permukaan Bumi disebut meteorit. Hujan meteor umumnya terjadi ketika Bumi melintasi dekat orbit sebuah komet dan melalui serpihannya.
Tutup penghawa dingin ? Perghh .. Gile kejaammm !!
Sampai gini sekali strategi diorang ? Kejaaam sungguh ! Satu penganiayaan pada DLCW .. haihhhh ... sian sungguh ...
Takpe la , Datuk .. Anda senantiasa juara bg rakyat Malaysia ! Tak guna juara dgn cara kotor ..
Tercapai hajat nak menginap di Dungun ni .. Nasib baik la ada kawan wife yang cadangkan .. Terima kasih la yer Puan Ayuni sbb cadangkan menginap di sini dari dok asyik menginap kat Cherating tu .. hehehe ..
Ada dua resorts yang dia cadangkan .. Mayang dan Ulek .. Heheheh .. Dua dua kitorang gi check .. Memula tu gi ke Mayang .. Wife gi turun dan aku jaga Qhaliff .. Lagi pun aku dah penat giler .. hehehe .. nak rehat sat dalam kereta ..
Wife datang balik .. Dia kata kat kaunter penyambut tetamu takde org .. Huk aloh .. boleh gitu lak ? Resorts ni nampak dah macam 4-5 bintang .. tapi ??
Tak lama kemudian datang seorang staff dia .. Dan melayan segala pertanyaan .. Katanya bilik yang tinggal cumalah berharga RM100 jer .. Hurm.. leh bayang la camana punya bilik tu.. Bilik suite yang best best abis dah .. huhu..
Pastu gi ke Ulek Resorts .. di sana , layanan ok .. Bilik hampir tiada .. Nasib baik ada yang baru check out .. Dapat gak la bilik .. Harga RM200++ .. Duk depan kolam .. Puas laaa Qhaliff mandi nanti ..
Kunci dah dapat .. masa untuk masuk ke bilik .. Hurmmm .. hurmmm .. Bilik , lain dari hotel yang kebelakangan ni aku gi .. terutamanya bilik bilik hotel di negeri negeri .. bukan bandar besar cam KL maksud aku laa.. Dalam erti kata lain , biliknya mmg best la..cantik deconya .. Itu citarasa aku laaa .. citarasa korang , aku tak pasti tapi mmg best la …
Part makan , tak rasa lagi .. Kalau malas nak makan di hotel , leh je gi cari kat luar.. Bersepah kedai makan .. huhu ..
Kesimpulannya .. Tarak nyesal la singgah sini disamping dapat kenalan baru .. hehehe .. Terima kasih Puan Ayuni dan En. Nik sbb sudi melayan kami sekeluarga ..
Gambar bilik tak sempat nak amik sbb Qhaliff dah sepahkan .. huhu ..
Saja menginap semalam di sini .. Bawak Qhaliff bercuti.. Pasni susah dah nak bercuti .. heehe .. daddy biziiii...
Best gak pantai sini .. mendamaikan..
“ KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.
Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. “ – Bharian Online
Hurm.. banyak dah aku tengok kebelakangan ni , perempuan kalau memandu .. cermin tingkap dia , dibuka luas luas ! Seolah olah nak kasi masuk gajah dalam kereta dia ! Apa tujuannya ? Amik angin luar ? Huk alohhh ..
Gambar Hiasan
Tak pernah terbit ke di hati tu betapa bahayanya perbuatan tingkap dibuka seluas alam tu ? Tengok ni haaa .. kes simbah asid kembali ! Dan sasarannya mereka yang bukak tingkap kereta luas luas !
Yer , kekadang tu sbb nak save petrol terutama bila dah meter tu ke arah E ! Belajar belajar la senantiasa isi penuh. Jangan tunggu nak abis baru tercari cari stesen !
Di zaman ni terutama di traffic light tuuuuu .. mcm mcm kes leh jadi .. Hati hati la yer …
Dengan Qhaliff , aku takkan cakap pelat . Cuma kekadang tu , aku ketawa besar bila dia cuba bercakap dengan aku tapi yg keluar bunyi bunyian je …
Benar , aku tak patut ketawa gitu sbb nanti dia malu nak bercakap tapi tak boleh nak tahan sbb cute sangattt .. Siap dengan muncung muncung ..
Sekarang ni , bila dia cakap apa saja .. Aku akan jawab ..
“ Yer … daddy tauu .. “
Aku mengiyakkan saja .. Bila dia nakkan sesuatu , aku akan kata ..
“ Sabarlah sayang ..Cuba belajar bersabar skit .. “
Serius , dia terus cool dan tunggu je tindakan susulan dari aku .. Ini membuktikan bahawa , budak kecik ni faham cakap kita tapi kita je tak nak faham mereka ! Faham tak ni ? Haa…
Ada yang pandang sipi sipi bab syiah ni terutama dalam negara kita .. Mereka lebih prihatin isu jenayah lain sepert buang bayi , tembak dan lain lain ..
Bila suruh google dan cari maklumat , katanya dah lama dah dia tau pasal syiah ni tapi ianya sekadar mazhab je pon ! Dia kata laa.. Bukan aku kata ! OK , aku bagi sekeping gambar ni dan nilaikan ..
Inilah yang berlaku di Syria ! Dan di Mesir , puak puak syiah sedang bermaharajalela ! Mereka yang bermazhab Sunni ini menjadi sasaran Syiah ! Membunuh sesuka hati mereka ! Kononnya ‘agama’ mereka yang menyuruhnya ! Agama apa ??? Sapa sebenarnya yang suruh ?
Kalau rajin , google laa untuk cari jawapannya .. Tengok sendiri camana mereka sembahyang .. Apa yang mereka buat dalam peperangan .. Kalimah syahadah mereka .. Terlalu menyimpang dari ajaran sebenarnya !
Semoga Allah lindungi umat Islam di seluruh dunia … Aminn …
Tembak-menembak ? Gengsterime ! Amuk ? Bunuh bayi ? Dan terbaru , bom pulak ?
Adik ipar aku bagitau tadi .. ada kejadian bom di Kuala Krai tapi berita tu belum dapat disahihkan lagi sbb tak keluar di media online atau tv ..
Tapi di JKKK FAN CLUB punya fan page ( FB ) , ada dah ..
“ Berita terkini BOM control yang diletakkan di bawah sebuah kereta diletupkan di taman sri periuk chbg 4 tumpat...1230 sakni... Seorang kerani sek keb guchil k krai mati dgn kedua tangan putus dan perutnya pecah... Dasyat Malaysiaku kini.... Berdoa dan bertawakkallah kita walau dimana berada.....
HASIL SIASATAN AWAL :
1. Menurut saksi mangsa keluar dari rumah ibu mertua utk melihat suatu benda atas kereta Naza Citra WNS 8721 (warna gold). Tiba2 dengar letupan kuat dan dapati mangsa terbaring atas jalan mengalami kecederaan teruk dan dapati meninggal dunia.
2. Mangsa alami kecederaan putus dua belah tangan dan perut terburai
3. Mangsa : Mohd Yusrizal bim Mat Zai
Kpt : 810618-03-5649 (32 thn)
Almt : Kg Kenor 18000 Kuala Krai, Kelantan
Kerja : Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai
Status: Berkahwin ank seorang (perempuan, 4bln)
4. Tempat kejadian: hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya, Tumpat, Kelantan “
Admin Fan Page tu pon tak boleh nak sahihkan berita tu tapi tadi aku tengok di Sinar Harian Online , berita tu pon ada gak .. ternyata berita ni benar belaka ..
“ TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.
Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi. “.
Al-Fatihah buat mangsa .. Semoga kes ni dapat segera diselesaikan .. Harapnya tiada kaitan dengan pengganas atau gengster ..